28 September 2008

Semut makhluk Allah .

Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.

Siapakah Semut?

Semut diketahui menghuni Alam ini sekitarsekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya.Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.

manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.

Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan "Ada gula, ada semut. Semut jugadikisahkan dalam lagu-lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.

Keajaiban dan fakta menarik tentang semut

1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)
2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia,bisanya mampu membunuh manusia.
4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Istimewanya makhluk Allah ini

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.
Firman Allah yang bermaksud:“Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana.”
(QS. Al-Hasyr, 59:24)
Semut Dalam Al Quran

Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.

Allah mengisahkan dengan firmannya yangbermaksud:(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.(Surah An-Naml, Ayat 18)
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.(Surah An-Naml, Ayat 19)

Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisahperbualan semut dan nabi Allah Sulaiman.Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.

Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.

Dalam hadist riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)
Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidakmembahayakan dan tidak menyerang manusia.*
Adapun semut-semut kecil yang mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).*

Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya danharus dipisahkan dari daging yang dimasak.*

Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidakharus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.*

Pengajaran

Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191)

27 September 2008

MB Perak : Syabas kepada guru PASTI

IPOH , 26 Sept. :-Saya mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua guru PASTI terdiri dari kaum muslimat yang telah melahirkan pelajar-pelajar di sekolah rendah yang tidak bermasalah dalam soal akhlak, pelajaran dan sebagainya. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis Penyerahan Saguhati oleh Yayasan Perak kepada 331 Guru-guru PAST Negeri Perak disini hari ini.


Majlis yang mencipta sejarah dan pengiktirafan pertama kali Kerajaan Negeri Perak dengan diagihkan setiap orang sebanyak RM 500 tunia dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 165,000.
Menteri Besar didamping oleh Timbalan Speaker dan Pengurus Besar Yayasan Perak sedang menyampaikan sumbangan.


Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Speaker Kerajaan Negeri, V. Sivakumar, Timbalan Speaker, YB. Pn. Hee Yit Fong, Pegawai Kewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini b. Hj. Ahmad, Exco Kerjaan Negeriyang hadir ialah ,YB.Nga Kor Ming ,YB.Tai Sing Ng ,YB.Jamaluddin bin Mohd. Radzi dan YB. Su Keong Siong , Hadir sama ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim.

"Dengan gaji yang rendah dari RM 100 hingga RM 450 para guru PASTI telah m,engajar dengan begitu baik, maka kerajaan negeri Perakbermurah hati dengan memberi sumbangan yang tidak sebesar mana sebagai tanda penghargaan kepada Guru PASTI di atas keikhlasan mereka menyumbang tenaga" katanya.

"Disamping itu kita telah mengumumkan bonus untuk lebih 7000 orang kakitangan Kerajaan Negeri yang sekurang-kurangnya mendapat minimum RM 1000 seorang.

Menteri Besar juga mengharapkan supaya pendapatan negeri dapat dijana dan ditingkatkan dimasa akan datang.

Sambil mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Perak yang mengatur majlis tersebut, Menteri Besar juga mengatakan Yayasan Perak juga setakat ini telah menyalurkan sebanyak RM 1.053 Juta kepada 1053 anak-anak perak yang melanjutkan pelajaran di IPTA dengan sumbangan sebanyak RM 1000 seorang. Pemberian itu tidak mengira agamaa, bangsa dan mana-mana puak.

Kejayaan Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII" Menjadi Pemangkin bagi Pembangunan China

Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII" yang membawa 3 orang angkasawan telah dilancarkan dengan jayanya malam ini. Beberapa hari berikutnya, angkasawan tersebut akan "berjalan-jalan" di luar kapsul dan menjalani ujian sains yang ditetapkan untuk membuat persiapan bagi membina stesen angkasa pada masa depan. Kejayaan pelancaran kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" ini bukan sahaja akan menggalakkan kemajuan dan kecanggihan teknologi China, malah akan mendorong usaha untuk menghasilkan ciptaan harta intelek sendiri.

China telah banyak mencapai hasil yang cukup cemerlang dalam penerokaan angkasa lepas sejak kapal angkasa lepas "Shenzhou I" dilancarkan. Ini telah memberikan kesan yang besar kepada pola sains dan teknologi dunia. Penjelajahan manusia ke angkasa lepas merupakan satu cabaran bagi sesebuah negara dari segi kekuatan bersepadu dan tahap teknologi. Hasil-hasil yang dicapai oleh China dalam bidang tersebut, seperti yang dipuji oleh badan media dari dalam dan luar negara, telah memperlihatkan imej China dan kekuatan negara yang semakin meningkat.

China mengadakan penerokaan manusia ke angkasa lepas dengan mempertimbangkan dari sudut sains dan teknologi serta kepentingan ekonomi. Pereka Roket "Long March 2F" yang digunakan untuk melancarkan "Shenzhou VII" ini, Jing Muchun menyatakan: "Penerokaan manusia ke angkasa lepas menjadi pemangkin bagi negara kami untuk membangunkan perindustrian asas serta menghasilkan bahan mentah dan komponen berkenaan. Sesetengah produk berhubung angkasa lepas sudah diperkenalkan ke dalam industri kegunaan awam."

Sebagai contoh, kebanyakan barang kegunaan harian dihasilkan dengan teknologi penerbangan angkasa lepas manusia, seperti robot pembedah, sistem pengurusan air dan pakaian renang. Di samping itu, sektor perubatan, farmasi, penerbangan, bahan baru, elektronik, pembuatan mesin, tekstil dan telekomunikasi pula akan ditawarkan peluang pembangunan ekoran kejayaan "Shenzhou VII" ini. Pakar dalam bidang berkenaan menganggap bahawa rangkaian industri angkasa lepasa China telah mencapai skala ekonomi sebanyak 120 bilion yuan RMB.

Ruang angkasa yang cukup luas dan penuh misteri telah menarik manusia untuk menerokanya. Kejayaan kapal angkasa lepas Shenzhou merupakan pencapaian bersama umat manusia. Menurut Zhou Jianping, pereka kapal angkasa lepas itu, "Shenzhou VII" merupakan kepunyaan semua orang yang terlibat dalam bidang pengajian angkasa lepas China dan rakyat China, malah semua umat manusia.

Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII" Dilancarkan dengan Jayanya

Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" yang membawa tiga orang angkasawan berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan malam tadi dan memasuki orbit yang ditetapkan.

Presiden China, Hu Jintao mengucapkan tahniah dengan kejayaan itu selepas menyaksikan pelancaran "Shenzhou VII". Kata beliau, misi penerbangan kali ini merupakan projek kajian sains yang paling penting bagi China pada tahun ini. Kejayaan pelancaran "Shenzhou VII" merupakan kejayaan peringkat pertama bagi penerokaan angkasa lepas kali ini.

Angkawasan tersebut akan buat julung kalinya "berjalan-jalan" di luar kapsul dan mengadakan ujian sains.

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac

Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.

Sebelum ini, Abdullah - dalam pelan peralihan kuasanya - bersetuju untuk menyerah kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan ramai yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa."Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

Hubungan baik“Tidak ada kena mengena dengan semua itu (tekanan). Ia berhubung kait dengan kerja saya. Apabila kerja habis, habislah.”Perkara itu juga, tambah Abdullah, tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tergempar pagi ini.

“Tidak ada apa-apa. Pada hari ini tidak ada langsung (bincang) tentang perkara itu. Mungkin ada dua, tiga orang yang kata begitu. Tetapi tidak ada satu-satu sebab hendak tekan, sebab mereka tahu hubungan saya dengan Najib baik. “Dalam apa-apa perkara pun, kami mempunyai persefahaman yang baik. Tidak ada masalah patut timbul dalam perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan. Perkara itu diputuskan kerana perubahan tarikh mesyuarat di peringkat itu “tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan” kepada parti, tegas Abdullah.

Putuskan sebelum 9 Okt

Keputusan itu disifatkan sebagai “bukan sesuatu yang menyusahkan” bahagian dan telah diterima ahli MT.Abdullah juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober depan.“Apa-apa keputusan saya akan buat sebelum mesyuarat bahagian,” katanya.“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Kamu boleh terus meneka tetapi keputusannya milik saya.”Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibu pejabat Umno pagi tadi.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan timbalannya sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.
Mesyuarat MT ini merupakan pertemuan kedua pada bulan ini, selepas mesyuarat bulanannya pada 18 September.

Tidak akan bercuti

Kebiasaannya, mesyuarat MT hari ini juga diadakan pada sebelah petang tetapi kali ini ia diadakan pada sebelah pagi.

Ditanya sama ada beliau akan bercuti, Abdullah menjawab: "Ada banyak kerja nak buat."Beliau juga tidak berniat meninggalkan Umno dan perkara itu dibuktikan dengan rekodnya bersama parti itu yang "bersih".“Saya cintakan parti saya. Walaupun pada masa yang sukar saya tidak tinggalkan. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti lain.

"Saya tidak pernah berada atas landasan pembangkang. Tidak ada rekod saya yang menentang parti pun, pada bila-bila masa pun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.

Najib berada di sisi kanan Abdullah sepanjang sidang akhbar tersebut.
malaysiakini.

Abdullah dijangka PM hingga Mei, Najib tersepit

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dihebohkan sebagai merupakan usaha terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyambung hayat jawatannya sebagai Perdana Menteri manakala timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan berada dalam keadaan tersepit.

Menurut seorang blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), mesyuarat khas MT itu dijangka akan mempersetujui penangguhan perhimpunan agung (PAU) dan pemilihan kepimpinan Umno yang sepatutnya diadakan Disember ini akan ditangguhkan.

Perhimpunan itu dijangka akan ditangguhkan kepada 9 Mei akan datang. Dengan itu, kata A Voice, Abdullah akan kekal memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga tarikh itu.

Perancangan Abdullah dijangka dapat dilaksanakan kerana, menurut blogger penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad itu, suara-suara yang menentang tidak dapat hadhir kerana pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pertemuan beberapa Ketua Perhubungan Umno negeri baru-baru ini sudah memutuskan untuk meneruskan mesyuarat dan pemilihan di peringkat bahagian-bahagian.

"Jika jadi, ini adalah satu keanihan kerana sesyuarat Bahagian Umno akan dikekalkan mengikut jadual yang ditetapkan bermula pada 9 Oktober hingga ke 9 November.

"Dengan tertangguhnya tarikh PAU ke 9 Mei 2009, ini bermakna persidangan tersebut diadakan 6 bulan selepas berakhir mesyuarat Bahagian Umno," katanya.

Sumber: http://www.harakahdaily.net

Dapatkah Abdullah tekan MT ikut kehendaknya?

KUALA LUMPUR, 25 Sept- Dapatkah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini tunduk kepada apa yang dilaporkan sebagai kehendaknya supaya perhimpunan agung Umno (PAU) dan pemilihan Umno ditangguhkan hingga ke tahun hadapan?

Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia.

Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Bahagian dan PAU ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.

Bagaimanapun Abdullah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan kehendaknya itu dalam mesyuarat hari ini.

Ruhanie memetik laporan dalam laman web penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz, mykmu.net

Sumber: http://www.harakahdaily.net

26 September 2008

Mesyuarat tergempar MT esok

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan.

Ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengesahkan pertemuan tersebut kepada Malaysiakini hari ini.Beliau bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan.

Mesyuarat di bangunan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga dijangka membahaskan saranan untuk menyegerakan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya setahun lebih awal.

Pada asalnya, Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010.Menurut laporan media, ahli-ahli MT Umno dihubungi pagi ini untuk menghadiri mesyuarat mengejut itu selepas pertemuan dua tokoh tertinggi negara hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Kementerian Kewangan petang ini, Najib juga mengesahkan mesyuarat MT akan diadakan esok tetapi enggan menjawab sebarang soalan mengenai perkembangan politik.

Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB, New York, Ahad ini.

PERAK THE FIRST STATE TO SET UP CAUCUS

IPOH: Perak became the first state to form the "Free Teresa Kok" caucus aimed at seeking a solution for the immediate and unconditional release of the Selangor state executive councillor and Seputeh MP from ISA.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the decision to form the caucus was in line with the parliamentary caucus announced on Wednesday.

He said that at state level, an organisational chart comprising chairman, deputy chairman and state assemblymen from the DAP, Pas and Keadilan would be drawn up.

He told reporters this after meeting DAP adviser Lim Kit Siang here on Sept 18.

Also present were senior exco member Datuk Ngeh Koo Ham and state executive councillor Chen Fook Chye.

Pakatan Rakyat MPs formed the caucus which is jointly chaired by Lim, PKR vice-president and Gombak MP Azmin Ali and Pas secretary general and Tumpat MP Datuk Kamaruddin Jaafar.

Meanwhile, Lim said the caucus must be expanded to all states in the country to support the cause and show a common intention for the abolishment of the ISA and release of all ISA detainees.

25 September 2008

Kuih Kalakataar.

Beberapa hari kebelakangan sejak pertengahan puasa lepas ramai orang membicarakan tentang kuih tradisi orang Banjar "kalakataar"(lihat :http://adamftrade.blogspot.com/ )Terasa istimewa pula sebab isteri saya adalah orang Banjar dan kuih itu telah menjadi kegemaran sejak khawin dengan isteri tercinta.





Itulah hikmah perkahwinan bukan sekadar ikatan sesama manusia namun mengikat kita dengan tradisi dan adat orang yang kita kahwini.


Kalau bercakap mana dia kalakataar yang paling sedap saya spontan akan menjawab yang paling sedap adalah yang dibuat oleh isteri dan ibu mertua kesayangan. Satu lagi yang dijual disebuah warung kecil di Parit Teluk Pial dalam DUN Kuala Kurau tidak kurang juga sedapnya.

Setiap kali kalau ada pertemuan resmi keluarga termasuk pada minggu lepas kami adakan majlis berbuka dikalangan adik beradik, emak memasak kuih kegemaran menantunya itu.

Anak-anak kami semuanya gemar memakan kuih itu, pastinya memberi semangat kepadanya untuk membuat kuih itu kalau ada kelapangan.

Biarlah kita riuh dengan kalakaatar tetapi masalah lain banyak lagi yang kita kena selesaikan dan fikirkan. Kulakataar akan terus kekal sebagai kuih tradisi orang Banjar namun masalah yang meghadapi masyarakat dan bangsa serta suku Banjar kita kena selesaikan.

Minyak turun 10 sen.

Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

Sesi persekolahan 2009 bermula 4 Januari

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.

Bagi negeri-negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.

Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.

Harga minyak dijangka turun lagi 10 sen sahaja.

Harga minyak dijangka diturunkan sebanyak 10 sen lagi, selepas penurunan sebanyak 15 sen bulan lalu.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 dijangka turun kepada RM2.45 seliter manakala RON 92 pula berharga RM2.40.


Kerajaan juga dijangka mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Semalam, Perdana menteri berkata beliau berharap harga petrol dan diesel dapat dikurangkan susulan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengurangan harga akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pagi ini.

"Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam kabinet.

"Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu."Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).




Jikalah benar seperti yang dijangkakan nampaknya penurunan ini tidak dapat meringankan beban rakyat yang ditanggung selama ini.

24 September 2008

Raja Nazrin berbuka bersama rakyat di Gunung Semanggol.

BAGAN SERAI, 22 Sept. :- DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin telah menemuai rakyat di Daerah Kerian dalam satu majlis Berbuka Bersama Rakyat dalam siri lawatan ke semua daerah di Perak sempena Bulan Ramdhan pada tahun ini.



Lebih 1000 orang telah memenuhi Mesjid Bukit Putus yang terletak tidak berapa jauh dari pekan Gunung Semanggol.

Raja Nazrin besalaman dengan kanak-kanak yang hadir.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamluddin, Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Md. Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abd. Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, ADUN Selingsing, Hussin Din, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari, Pesurhjaya PASSerak, Ust. Ahmad Awang, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli, Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Seri Zulkifli , Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Dif-dif kenamaan dan masyarakat setempat.

Raja Muda Perak menyampaikan wang zakat kepada Penghulu Mukim


Majlis dimulai dengan Tazkirah dari YAB Menteri Besar sebelum ketibaan DYTM Raja Nazrin.

Selepas majlis berbuka, Raja Nazrin telah sembahyang Maghrib berjemaah bersama rakyat dimesjid yang sama.

Tazkirah oleh YAB Menteri Besar Perak.

Satu Majlis penyampaian wang asnaf zakat untuk fakir miskin telah diserahkan kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Kerian oleh Raja Nazrin.

Program diteruskan dengan sembahyang Isya dan Tarawikh berjemaah. Selesai menunaikan sembahyang, Raja Nazrin telah melayani rakyat yang berbaris panjang dari dalam mesjid sehingga ke kenderaan rasmi.

MB Perak serah kuih raya untuk pasukan keselamatan

IPOH, 22 sept :- Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada jasa dan khidmat pasukan keselamatan untuk menjaga keamanan negeri perak yang kita sayangi, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan yang bertugas dihari raya di Kediaman Resmi Menteri Besar di sini.


Menteri Besar bersama Isteri memeriksa bungkusan sambil diperhati YB. Nga.

Sebanyak 12,000 bungkusan kuih raya telah diserahkan kepada pelbagai jurus pasukan keselamatan antaranya ATM dan PDRM.

Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Speaker Kerajaan Perak, V. Sivakumar dan isteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.

Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih atas gembelingan tenaga semua pihak untuk menyusun dan membungkus kuih.

"Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari Rakyat Perak bagi menghargai jasa anggota keselamatan yang bertugas semasa perayaan " katanya.

Dalam ucapan balas bagi mewakili pasukan keselamatan Ketua Polis Perak, Zulkefli Abdullah menyatakan tahap keselamatan di Perak pada masa ini adalah terkawal. Beliau juga menyeru semua pihak memainkan peranan menasihati dan mendidik rakyat supaya rakyat mengutamakan keselamatan.

"Pemberian kuih raya oleh kerjaan Negeri Perak amatlah kami harga dan kami mengucapkan terima kasih" ucapnya sebelum menghabiskan ucapan.