30 Julai 2009

Inkues kematian Teoh ditunda 5 Ogos

Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam, telah ditangguhkan kepada 5 Ogos depan.

Sejumlah 77 saksi, termasuk tunang Teoh - Soh Cher Wei - dijangka dipanggil memberi keterangan di prosidng inkues tersebut yang dijadual berjalan selama 15 hari.

Peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan Sankara Nair bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh dalam inkues tersebut.

Anggota keluarga Teoh tiba kira-kira jam 8.20 pagi tadi manakala para wartawan berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar diri.

Kira-kira 50 wartawan memenuhi dewan mahkamah untuk membuat liputan inkues tersebut.

Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata 12 peguam akan ditugaskan untuk menjadi peguam pemerhati sepanjang inkues tersebut.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabaty di tingkat 14 bangunan tersebut.

Teoh, setiausaha politik kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah merupakan saksi berhubung siasatan dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN Selangor.

Pada kira-kira jam 9.40 pagi ini, Gobind telah meminta mahkamah menangguhkan prosiding sehingga kabinet membuat keputusan meluaskan skop siasatan suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan.

"Jika kerajaan bersetuju, inkues ini akan menjadi tidak perlu," katanya.

MalaysiaKini/-

Peruntukkan adalah hak Adun, tidak perlu siasat!

SHAH ALAM, 29 Julai (Hrkh) - Timbalan Pengerusi kelab penyokong kerajaan Ahli Dewan Negeri Selangor (BBC) yang juga merupakan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Osman menegaskan peruntukkan Adun adalah hak mereka dan perkara ini tidak perlu siasatan lagi.

Menurutnya yang meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kajian semula mengenai peruntukan kepada Adun-adun sebenarnya adalah hak mereka untuk membelanjakan bagi faedah kehidupan rakyat dengan cara yang betul.

"Peruntukkan RM500,000 kepada setiap Adun memang ada dan peruntukan ini bukan berada di bawah meja Adun, tetapi diletakkan di pejabat daerah.

"Mana mungkin pihak pejabat daerah nak keluarkan peruntukan melainkan ada perjanjian hitam putih yang boleh menyakinkan mereka," katanya dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Annex, di sini, semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah 10 orang Adun antaranya, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; Adun Hulu Kelang, Shari Sungib dan Adun Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.

Tambah beliau, ada juga Adun yang tidak memdapat peruntukkan ini atas beberapa-beberapa sebab yang menghalang peruntukkan disalurkan.

"Peruntukkan ini hanya disalurkan selepas sesuatu acara program dilaksanakan baru peruntukan ini dikeluarkan, tidak kira program apa.

"Jadi sepatutnya perkara ini tidak perlu diperincikan kerana itulah juga jawapan yang diberikan oleh pegawai daerah itu sendiri bahawa peruntukkan ini kepada adun adalah hak adun untuk membelanjakan untuk kepentingan rakyat," katanya.

Difahamkan katanya, setiap penyelaras parlimen Barisan Nasional juga diperuntukkan sebanyak RM 2 juta ringgit untuk setiap kawasan parlimen, tetapi cara penggunaannya tidak jelas iaitu digunakan untuk kepentingan parti sedangkan peruntukkan ini adalah milik rakyat.

"Perkara ini terbukti dalam Pilihan raya pada 8 mac lalu, kita lihat bagaimana adun BN mengunakan peruntukkan ini dalam kempen pilihan raya mereka. Kita gesa SPRM supaya menyiasat perkara ini," katanya. - mks.

HarakahDaily.Net/-

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). - mks.

HarakahDaily.Net/-

Zambry dan Hee Yit Fong diperintah mengadap Jumaat ini!

Setelah dihalang oleh pasukan polis daripada memasuki Dewan Undangan Negeri Perak, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat mereka di Hotel Syuen tengahari isnin lepas.

Dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, Sivakumar , selaku Pengerusi Jatankuasa tersebut menyatakan, “ Adalah jelas dan terbukti bahawa sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 adalah tidak sah dan batal”

Menurut pandangan pakar , Thomas, tidak ada manamana Pengerusi sesuatu pertubuhan atau persatuan boleh ditukar daripada kedudukannya oleh ahli-ahlinya jika mesyuarat tersebut masih belum lagi di resmi.

“Samalah sepertimana pada Sidang DUN 7 Mei lalu, persidangan belum lagi bermula tetapi BN telah mengusulkan penyingkiran saya,” kata Sivakumar.

“Dan bagaimana Ganesan boleh dibawa masuk ke dalam Dewan sebagai Speaker baru, sedangkan sepanjang masa tersebut saya masih lagi menduduki kerusi Speaker,” tanyanya lagi

Sivakumar menjelaskan , lantaran persidangan pada 7 Mei itu tidak sah , maka beliau perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang Speaker yang sah.

“Ini bermaksud , Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang sah dan kami sekadar menjalankan tugas kami,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak menunggu keputusan perbicaraannya yang bakal diadakan pada 6 Ogos nanti di Mahkamah Tinggi ?

“Sehingga Mahkamah putuskan nanti, Saya adalah Speaker Perak yang sah,” katanya.

Sivakumar juga berkata , Jawatankuasa ini akan membuat keputusan hari Khamis ini , selepas persidangan kali kedua , dijangka akan diadakan lagi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kenyataan Siva itu menyebabkan wakil media gelihati dan tergelak kerana pastinya berlaku lagi kekecuhan dengan pihak polis dipintu masuk bangunan tersebut.

Sivakumar menerangkan bahawa Ganesan akan di perintah hadir pada Khamis ini bagi kali kedua.

“Jika dia gagal menghadirkan diri, kami akan membuat keputusan , sama ada beliau hadir atau tidak, kami akan putuskan ambil sesuatu tindakan,” katanya.

Sejurus selepas sidang media tersebut, Chan Ming Kai, salah seorang anggota jawatankuasa tersebut pergi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyampaikan surat notis kepada Dr Zambry Abd Kadir dan Hee Yit Foong, Timbalan Speaker DUN Perak.

Notis tersebut memerintahkan mereka hadir pada siasatan lain oleh Jawatankuasa tersebut , pada Jumaat ini, Jam 10.00 pagi.

Catatan Oleh alhusseyn

Jangan Lupa Lirik ke Jangan Lupa Allah?

Oleh : Mr. President

Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Janga Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotntonkan saban hari. Tidak cukup dengan 'live', ada pula siaran ulangan, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu tersebut.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat meningati lirik lagu tersebut. Terpakasa di'kick' keluar awal-awal. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?

Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi lah akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Hmm...tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ke?. Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari meningati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang meningatai Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.

Macam mana kita mendakwa kita ingat Allah, sedangkan kita tidak menutup aurat. Sebab Allah wajibkan kita semua menutup aurat dalam setiap apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri merubahnya. Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih baik.

‘Melepaskan Ibrahim Ali tersepit’

Email Oleh : roslan mohd
Oleh Zukri Aksah


BERA, Julai 27 — "Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur.

Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.

Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.

Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.

Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?

Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”

Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit."

Inkues kematian Teoh mula pagi ini

HADIR...Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir untuk mendengar sesi perjalanan inkues kematian Setiausaha Politik salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini. Foto THE STAR Oleh: KAMARUL ARIFFIN

KEPALA MELETUP JATUH DARI TINGKAT 16

Email Oleh : rbk_2020

Teoh Beng Hock jatuh dari tingkat 14 tapi kenapa kepala dia tak berkecai & darh pun tak mercik? Mendiang student UM ni jatuh dari tingkat 16 tapi kepala dia berkecai dan darah mercik samapai tingkat 2. Darah mendiang TBH dah beku ke? Kalau ada para doktor harap boleh bagi pandangan kemusykilan saya ini. Terimakasih.

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro. com.my


KUALA LUMPUR: “Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka yang terjatuh itu adalah pekerja di bawah jagaannya yang ketika itu sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.
“Menggigil saya melihat mayat mangsa dan sebelum saya memberitahu rakan lain agar menghubungi polis,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di bahagian bawah bangunan itu kecuali pekerja yang sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.
“Mereka tidak menyedari kejadian itu kerana mereka sedang mencuci di bahagian tingkat atas selain diganggu bunyi enjin alat penyembur itu.
“Apabila saya menjerit memaklumkan kejadian itu, barulah mereka mengetahui kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Muar, Johor berdasarkan kad pengenalan yang ditemui dalam beg mangsa yang ditinggalkan di koridor tingkat 16 bangunan itu.

“Mangsa dipercayai terjun dari bangunan itu berdasarkan penemuan barang-barang miliknya termasuk sebuah beg, cermin mata serta kad pelajar.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Rahasia Datuk berusia lebih dari 100 Tahun

Oleh : Sirajuddin Abbas

Dari berita di sebuah TV swasta yang menyoroti tentang kebiasaan orang berusia lebih dari seratus tahun. Adalah seorang kakek kelahiranYogyakarta , Pada zaman Penjajahan Belanda dibuang ke Sumatera atau tepatnya di Jambi. Kakek ini berusia lebih dari 100 tahun kalau tidak salahberusia 116 Tahun. Merupakan usia tertua di Indonesia mungkin di Dunia.

Merupakan suatu anugerah Tuhan tersendiri bagi si kakek ini untuk mengisi hari-hari

di usia senjanya dengan sangat baik. Lalu bagaimana kebiasaan hidup sang kakek ini,

ternyata sangat sederhana antara ain:

- Bangun pagi-pagi

- Minum segelas air putih

- Melaksanakan sholat subuh di mushola dekat rumah

- Minum Kopi dan menghisap Rokok? lo kok? Ya, Sang kakek percaya dengan merokok bisaawet muda (boleh percaya,boleh tidak yang jelas sang kakek tetap segar bugar di usia 116 tahun)

- Membaca buku

- Mengerjakan hobinya mengoleksi kerajinan wayang

- Jalan-jalan pagi atau bersepeda dengan sepeda kunonya bersama cucu, atau berkunjung ke sesama teman seusia, saling berbagi ilmu dan pengalaman, saling sapa dan bersilaturahmi.

- Menghormat bendera merah putih usang yang dipasang didepan rumah mengawali kegiatan sehari-hari

(semangat patriotisme pejuang)

- Bergaya dan berfikir sederhana dan bersahaja

- Bersyukur pada yang kuasa

Demikian antara lain kebiasaan sang kakek tertua di Indonesia / Di Dunia.

Setiap orang mempunyai gaya dan kebiasaan namun bagaimana berlaku dalam hidup agar bisa berusia seperti sang kakek.ada sedikit tambahan resep, kalau tidak salah begini:

“Sering-seringlah bergaul dan hormatilah orang-orang yang berusia tua, agar engkau diberikan ijin menjadi tua seperti mereka,dan isilah usia panjang mu dengan berbuat kebaikan dan keikhlasan.

Hanya Tuhan yang tahu akan kebenaranya.

10 Haiwan Unik Dunia 2009

Oleh : Sirajuddin Abbas

Makhluk hidup di dunia sangatlah beragam. Tuhan dengan sangat sempurna menciptakan semua makhluk hidup dengan karakteristik unik masing-masing. Di antara yang unik tersebut, terdapat beberapa makhluk yang benar-benar unik. Berikut adalah daftar sepuluh hewan unik dunia 2009 versi situs MSNBC:

1. Haiwan Gabungan Burung, Reptil, dan Mamalia

Mungkin Anda sudah mengenali hewan unik yang satu ini. Hewan bernama platypus ini memiliki beberapa keunikan seperti memiliki moncong bebek, kaki berselaput, dan bertelur seperti reptil. Satu keanehan yang mungkin belum banyak orang tahu adalah platypus jantan dapat menyalurkan racun dari sejumlah bagian di tungkai kakinya.

2. Mata Cumi-Cumi Sebesar Piring Makan

Sejumlah ilmuwan memancing seekor cumi-cumi raksasa (colossal squid) di perairan Selandia Baru pada tahun 2008. Mereka menemukan fakta bahwa mata hewan laut tersebut berukuran sebesar piring makan. Ini menjadikan mata cumi-cumi raksasa sebagai mata hewan terbesar di dunia. Colossal squids dapat tumbuh hingga sebesar 46 kaki dan mempunyai tentakel yang dilengkapi dengan pengisap dan pengait. Para ilmuwan meyakini hewan agresif ini mampu menyelam hingga kedalaman 6.500 kaki.

3. Primata Berjari Tengah Ekstra Panjang

Hewan bernama aye-aye ini memiliki ciri mata besar, telinga mirip kelelawar, dan berjari tengah ekstra panjang. Jari tengah ini digunakan primata tersebut untuk mencungkil makanan dari celah-celah pohon. Sejumlah ilmuwan asal Duke University di Amerika Serikat mengatakan aye-aye dapat dijadikan petunjuk untuk menguak misteri evolusi visi warna pada makhluk hidup.

4. Tikus Tanah Bermoncong Bintang

Tikus tanah bermoncong bintang? Dari namanya saja sudah menunjukkan keunikan dari hewan tersebut. Dengan 22 tentakel mini di moncong bintangnya, tikus tanah ini mampu mendeteksi dan mencerna makanan lebih cepat dari kedipan mata manusia. Ya, sangat cepat. Hanya sepersekian detik. Hewan menakjubkan ini tinggal di rawa-rawa dan daerah basah lain di sekitar wilayah pantai timur Amerika Utara.

5. Haiwan Evolusioner Dunia

Selain dapat tidur dalam tanah bertahun-tahun tanpa air dan makanan, katak bawah tanah asal Meksiko ini memiliki keunikan lain. Program konservasi global bernama EDGE of Existence mengklasifikasikan hewan ini sebagai hewan evolusioner dunia. Pasalnya, hewan ini hampir tidak memiliki hubungan kemiripan genetik dengan makhluk hidup apa pun di dunia.

6. Kepiting "Yeti"

Anda tahu hewan bernama yeti? Hewan raksasa legenda masyarakat Nepal dan Tibet ini disebut-sebut menghuni salah satu wilayah pegunungan tertinggi di dunia, Himalaya. Diambil dari nama yang sama, hewan yang diberi nama resmi Kiwa hirsute pada 2005 ini memiliki bulu halus berwarna kuning di kedua capitnya. Ilmuwan menduga capit tersebut digunakan untuk mendeteksi makanan dan mencari pasangan.

7. Paus "Unicorn"

Dari puluhan spesies paus di dunia, terdapat satu jenis paus berkarakteristik unik bernama paus unicorn. Paus ini memiliki gigi mencuat layaknya tanduk unicorn, hewan mistis dunia khayalan. Hewan berbobot sekitar 2.200 hingga 3.500 pon ini memiliki tanduk sepanjang delapan kaki yang mencuat dari sisi kiri rahang bagian atas. Belum lama ini, sejumlah ilmuwan mengetahui tanduk tersebut dilengkapi sejumlah sel saraf super sensitif yang diduga kuat berfungsi mengetahui kadar garam dalam air dan untuk mencari makan.

8. Kelelawar Berkaki Pengisap

Ilmuwan telah menemukan spesies kelelawar baru bernama Myzopoda schliemanni di Kepulauan Madagaskar, pada tahun 2007. Hewan berkaki pengisap yang mampu menempel pada pohon berdaun lebar seperti pohon palem ini berkerabat dekat dengan Myzopoda aurita yang hidup di daerah lembab. Ilmuwan terkejut dengan kemampuan hewan ini karena ia mampu hidup di daerah kering seperti benua Afrika. Padahal, wilayah hutan perawan di benua tersebut hanya tersisa delapan persen.

9. Mickey Mouse padang pasir

Sejumlah ahli biologi mengeluarkan rekaman video seekor hewan pengerat unik bernama long-eared jerboa pada 2007. Hewan yang kerap disebut Mickey Mouse padang pasir ini memiliki telinga yang lebih besar dari kepalanya dan kaki yang mampu melompat seperti kanguru. The International Union for Conservation of Nature kini menetapkan status terancam punah pada hewan ini. Salah ancaman nyata atas long-eared jerboa adalah kucing lokal.

10. Sincan?

Crayon Sincan? Nohara Shinnosuke? Anda mungkin mengira nama tersebut adalah nama salah satu tokoh kartun Jepang yang cukup terkenal. Namun sincan di sini adalah singkatan dari singa-macan atau disebut juga lion-tiger (ligers). Selama beberapa dekade silam, para ilmuwan biologi kerap melakukan sejumlah perkimpoian silang antarbinatang seperti sincan. Pada 2004, hewan tersebut ikut tampil menemani aktor Jon Heder dalam film berjudul Napoleon Dynamite. Selain sincan, terdapat beberapa hewan persilangan lain seperti persilangan paus pembunuh-lumba- lumba dan beruang grizzly-beruang kutub.(ANS)
*Sumber: Liputan6.com


Mudahnya H1N1 menular di Malaysia !

Cina Islam menulis :

Wabak selsema babi seperti nama yang sangat digemari oleh Rais Yatim dan H1N1 yang diguna pakai sehingga sekarang nampaknya semakin menular di negara kita.Semalam seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini

Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara Ahad lepas seperti kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican. Menurutnya 574 kes atau 53 peratus adalah kes import manakala 501 kes atau 47 peratus kes jangkitan tempatan.

Suasana membimbangkan ini dilihat apabila semakin banyak Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah telah ditutup bagi mengelakkan penularan wabak ini dari lebih serius.

Malah mengikut maklumat yang saya perolihi antara yang mungkin ditutup ialah USM Cawangan Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal yang bersempadan dengan Parit Buntar Perak.

Apa pun senario yang berlaku di atas sedikit sebanyak telah berjaya dikawal oleh pihak berwajib sehingga saya dimaklumkan pihak Hospital dan Pejabat kesihatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangani krisis ini.

Cuma yang saya nampak sangat dikesali adalah langkah pencegahan kepada penyakit ini dibawa masuk dari negara luar. Seperti yang saya lihat pada beberapa minggu lepas apabila pergi ke negara China. kawalan kepada kemasukan orang asing amat ketat dan menampakkan bahawa seriusnya pihak berkuasa China mengawal penyakit itu sewenangnya masuk kenegaranya.

Bayangkan kami semua penumpang Air Asia yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baoan Shenzhen ditahan sekitar satu jam lebih dalam pesawat dan satu persatu diperiksa tahap kepanasan badan dengan menggunakan lampu suluh khas. Setiap yang suhu badannya melebihi suhu panas badan yang sepatutnya akan ditahan dan lagi melambatkan kami dapat turun dari kapal terbang.

Selain itu setiap penumpang yang diperiksa diambil gambar satu persatu melalui rakam video oleh seorang petugas. Bayang kan begitu sekali ketatnya kawalan yang dibuat oleh pihak berkuasa China, yang saya dimaklumkan disemua pintu masuknya.

Sampai saja di tanah air, kami semacam tidak diperiksa langsung dan tidak diperiksa pun sebagaimana yang dibuat oleh penguasa China. Kami melalui suatu tempat mengimbas suhu badan yang letaknya sangat jauh dari lintasan penunpang dan tidak diselia dengan baik oleh petugas yang bertugas.

Itulah gambaran betapa mudahnya H1N1 menular dari luar masuk ke Malaysia. Adakah kerana kononnya terlalu untuk mengambil hati pelancong agar tidak masuk ke negara kita, kita sanggup pemudahkan orang asing masuk walaupun bersama adalah selsema babi ?

Selain itu kalau sudah menular di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Saya mendapati kawalan untuk memastikan kesan jangkitan dari beberapa pelajar yang didapati disitu sangatlah longgar. Paling malang penutupan pusat pengajian tinggi semacam untuk mengelakkan wabak itu belaku dikampus. Sedangkan saki baki yang mungkin dijagkiti dibenarkan pulang tanpa ada pengesahan yang pasti mereka sudah benar-benar bebas dari jangkitan.

Artinya yang nampak sekarang selsema babi bukan saja akan menular di kampus dan sekolah malah kalaulah benar jangkaan saya ada pelajar yang balik bercuti bersamanya selsema babi dia akan merebak dirumahnya dan seterus di kampung dan daerahnya dan semakin serius di seluruh negara.

Gambaran diatas mungkin terlalu spesifik dan terkadang dianggap mungkin mustahil tetapi senarionya kita terdedah kepada perkara tersebut.

Semuga Allah melindungi rakyat malaysia dari wabak ini dari terus merebak.

Sebelas Muslim Menjadi 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia(2008)

Oleh : Sirajuddin Abbas

Majalah Time kembali menampilkan 100 tokoh paling berpengaruh di dunia tahun 2008. Di antara 100 tokoh tersebut, terdapat 11 tokoh Muslim, mulai dari politisi, cendikiawan, sampai artis.

Mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia yang sekarang menjadi pelopor kelompok oposisi di Negeri Jiran, Anwar Ibrahim menjadi tokoh Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Dari 100 orang tokoh, ia berada di posisi ke-9. Disusul kemudian oleh pimpinan pejuang Syiah Irak, Muqtada al-Sadr pada posisi ke-13.

Mengomentari masuknya al-Sadr ke jejeran 100 tokoh paling berpengaruh dunia versi majalah Time, mantan komandan pasukan AS di Irak, Letnan Jenderal Sanchez mengatakan, Sadr berhasil menarik simpati kalangan masyarakat miskin Syiah di mana ia berhasil memengan kendali stabilitas di selatan Irak.

Setiap tahun, majalah Time memilih 100 tokoh dunia yang dianggap paling populer karena telah mengubah dunia, menjadi lebih baik atau lebih buruk. Tahun 2008, adalah tahun kelima pemilihan 100 tokoh paling berpengaruh veris majalah Time. Dan tokoh yang menduduki posisi puncak adalah Dalai Lama, tokoh masyarakat Tibet yang saat ini kembali memicu kontroversi di kalangan akademisi dunia.

Sementara tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia antara lain, Madeeha Hasan Odhaib-satu- satunya Muslimah yang masuk dalam 100 tokoh itu-dianggap telah menjadi pelopor bagi kalangan Muslim di Irak.


Madeeha Hassan, 37, disebut sebagi 'Bunda Theresa dari Baghdad' karena perempuan mengabdikan seluruh energinya untuk membantu warga Irak yang menjadi pengungsi. "Sementara Madeeha masuk dalam daftar majalah Time, masih banyak perempuan lainnya seperti dia yang bisa ditemui di Irak, " tulis Ratu Rania dari Yordania mengomentari terpilihnya Madeeha.

Setelah Madeeha, Muslim yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia adalah Mehmet Oz, penulis yang juga seorang dokter bedah. Nama Oz yang keturunan Turki itu, beberapa tahun belakangan ini namanya sangat popoler dan media Amerika kerap menempatkannya di posisi pertama, dalam deretan dokter paling terkenal.

Setelah Mehmet Oz, ada Muhammad "Mo" Ibrahim pengusaha bidang komunikasi asal Inggris keturunan Sudan. Ibrahim, 61, menunjukkan kepeduliannya terkait pemerintahan yang bersih dan akuntabilitas institusi-institusi di negara asalnya. Untuk itu ia mendirikan Ibrahim Foundation.

Novelis Amerika berdarah Afghanistan, pengarang novel best seller "The Kite Runner", Khalid Hosseini juga menjadi salah seorang Muslim yang masuk dalam 100 tokoh dunia majalah Time, ia berada di ranking ke-66.

Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka

Email Oleh : Sirajuddin Abbas
oleh Najwan Halimi


Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.

Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.

(i)

Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.

Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut.

Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.

Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.

Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!

Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.

Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya. Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!

Hidup Melayu!

(ii)

Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.

Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.

Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.

Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!

Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.

Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.

Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.

Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.

Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.

(iii)

Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.

Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!

Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.

Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.

Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam. Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.

Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.

Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hidup Melayu’ dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.

Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.

(iv)

Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.

Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.

Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.

Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.

Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti.

Najwan Halimi merupakan bekas jurutera yang kini meneruskan karier sebagai seorang birokrat. Beliau boleh dicapai menerusi laman blognya di www.najwanhalimi. com

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Oleh : Zamri Keciks

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , imam yang benar,
ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan
Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud
telah disebut oleh baginda dalamsabdanya yang bermaksud;

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.
" Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?

" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakahengkau tidak dapat
mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!"
Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)
muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di
dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih
berseri-seri oleh cahaya wudhu'."

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak
melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia
kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah
menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu
mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.
Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan
menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wallahualam bissawab.

Susu Segar Van Sant

Oleh : Sirajuddin Abbas

A. Sabri

Gus Van Sant datang lagi, kali ini dengan filem bercorak biografi drama seorang aktivis dan ahli politik gay di San Francisco, Amerika Syarikat, Harvey Milk (Sean Penn). Van Sant yang cukup selesa dengan filem seni dan eksperimental selepas Elephant, Last Day dan Paranoid Park, beliau tidak mengecewakan peminat-peminat filemnya dengan kisah pembunuhan aktivis itu.

Van Sant saat menerima anugerah Palme d'Or (Lionel Cironneau/AP)

Naratif filem ini bermula dengan flashback Milk sedang merekodkan percakapannya setelah merasai diri dan nyawanya dalam bahaya. Van Sant juga menggunakan klip-klip filem dokumentari, The Times of Harvey Milk (1984) oleh Rip Epstein. Sedutan-sedutan klip filem tersebut diselitkan sebagai justifikasi terhadap latar idea, pergerakan dan tindakan politik Milk.

Rakaman percakapan beliau di rumahnya pada 18 November 1978 itu, mengimbau perkenalan dengan teman lelakinya, Scott Smith (James Franco) ketika berselisih di terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah pada tahun 1970 di New York.

Milk juga menjelaskan kisah perjuangan beliau bersama rakan-rakannya sewaktu terlibat dalam kempen untuk jawatan penyelia di bandar San Francisco pada awal tahun 1972. Tahun itu juga mereka berpindah ke sana.

Pada tahun 70-an kemunculan budaya baru di sana, amnya di Amerika Syarikat dengan kehadiran pasangan gay, lesbian, dan seks bebas serta kes-kes pembunuhan dan penagihan dadah, termasuk di kawasan Castro Street – satu jalan di mana terletaknya premis perniagaan – Castro Camera – milik Milk.

Reaksi awal pembabitan mereka dalam masyarakat mendapat layanan buruk daripada masyarakat dan polis. Dalam scene rakaman perbualan itu, Milk menjelaskan hampir setiap minggu ada sahaja pergaduhan dan pembantaian pasangan gay oleh polis.

Namun lama-kelamaan studio gambar Milk menjadi destinasi dan tumpuan utama oleh pasangan-pasangan gay yang bersiar-siar, pelanggan-pelanggan baru dan anak-anak jalanan yang tiada rumah.

Selepas penglibatan awal Milk dan rakan-rakan dalam politik, iaitu memboikot minuman keras ‘Coors’ dijual di bar-bar yang rata-ratanya pelanggannya terdiri daripada pasangan gay lantas menuntut Milk mengumumkan percubaan pertama dalam politik – bertanding bagi pemilihan penyelia di San Francisco pada tahun 1972.

Ketika itu, beliau berimej ‘bohemian’seperti kebanyakan orang muda generasi hippie – berambut panjang, bertocang, berjambang serta memakai jean ketat. Bagaimanapun beliau kalah dalam pemilihan pada tahun tersebut.

Percubaan kedua pada tahun 1975, Milk mengubah imejnya seperti ahli politik – memakai sut, bertali leher dan kot, berambut pendek dan kemas, serta mencukur jambangnya. Percubaan pada tahun 1976, juga menemui kegagalan.

Kekalahan Milk pada tahun tersebut – selepas tiga kali percubaan –mematangkan Milk dalam politik. Tambahan pula sokongan pasangan gay dan penduduk kepadanya bertambah hebat berikutan kenyataan Anita Bryant, seorang ahli persatuan gereja konservatif, yang menyatakan seorang homoseksual adalah individu yang sakit dan peruntuh kepada institusi kekeluargaan.

Hal demikian memberi semangat kepada Milk untuk bertanding dengan meluaskan kempen dan tema yang diperjuangkan antaranya kepada ahli perniagaan, pekerja kilang, kesatuan sekerja dan orang kulit hitam serta memberi mereka harapan politik untuk membantu mereka.

Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem demokrasi – berbeza dengan Malaysia – membenarkan mereka mengadakan berdemontrasi sepanjang jalan tanpa kekecohan dengan laungan “We care about you, fight back” – di sekitar bandar San Francisco.

Van Sant berjaya menghidupkan suasana kehangatan demontrasi tersebut. Dengan kain rentang dan slogan-slogan yang menaikkan semangat para aktivis, pasangan-pasangan gay dan penduduk di situ.

Milk berkempen

Milk dalam salah satu kempennya (Laura Morton)

Percubaan pada tahun 1977 – setahun sebelum kematian – berjaya walaupun terdapat kejadian suka dan duka yang menjadi halangan dan sebagai titik tolak kepada kebangkitan Milk dan jentera kempennya.

Sewaktu berkempen pada tahun tersebut, menyaksikan perpisahan Milk dengan Scott. Ini kerana Scott bosan dengan kegiatan politik Milk dan berasa diri semakin diabaikan. Milk kecewa.

Kekecewaan beliau tidak tidak lama, apabila Anne Kronenberg (Allison Pill) – seorang lesbian – dilantik menjadi pengurus kempen Milk. Tugas pertama beliau, membuat kenyataan akhbar berhubung kesediaan Harvey bertanding sekali lagi.

Setelah satu jam menceritakan jatuh bangun karier politik dan masa hadapan Harvey, Gus Van Sant memperlihatkan ketabahan dan semangat Milk apabila Anita Bryant – sekali lagi – berkempen memburukkan golongan gay.

Anita melobi untuk memecat guru-guru yang homoseksual di sekolah seluruh San Francisco. Dan ia merupakan satu tamparan hebat kepada Milk dan rakan-rakan yang turut mengatur strategi berkempen dengan mengadakan perarakan aman mengisytihar tentangan terhadap cadangan Anita itu.

Laungan “civil right, civil war, gay right now” antara laungan keramat yang memecah kesunyian pada suatu malam di San Francisco. Ia di ketuai oleh Cleve Jones (Emile Hirsch) – penggerak utama kempen Milk – anak muda yang ambitious dan strategis sebagai counter attack kepada kempen anti-homoseksual Anita.

San Francisco antara bandar di California yang mempunyai undang-undang menuntut dan menjaga hak asasi setiap individu dan anti-diskriminasi pasangan gay dalam masyarakatnya. Milk antara pelopor utama, setelah mendapat sokongan daripada 11 penyelianya. Bagaimanapun ada seorang menentang iaitu Daniel.

Turut menentang kumpulan-kumpulan homoseksual ini adalah Senator John Briggs (Denis O’Hare) yang turut menyokong Anita Bryant dengan membuat referendum – Proposition 6 – membantah keberadaan homoseksual di sekolah dan di tempat kerja di seluruh Carlifornia.

Maka berdebatlah antara Milk dan Briggs dengan hujah-hujah mereka bagi menarik sokongan daripada ibu bapa di daerah-daerah utama di negeri itu. Bagaimanapun, Harvey mendapat 65 peratus sokongan dalam pungutan suara itu.

Beliau telah diisytiharkan dan dilantik sebagai pemenang sebagai penyelia di San Francisco dan dilantik menganggotai Barisan Penyelia-penyelia negeri itu, pada Januari 1978. Majlis perisytiharan dan majlis tandatangan perlantikan itu disaksikan oleh Datuk Bandarnya, George Moscone (Victor Garber).

Kemenangan yang berpihak kepada Milk turut mengecewakan White. Lebih-lebih lagi, Milk mendapat sokongan daripada datuk bandar, menyebabkan White merasakan dirinya tersisih menggugat pengaruh dan kerjayanya. Lalu dia meletakkan jawatan.

Babak akhir dalam filem berdurasi lebih dua jam ini, iaitu Harvey menonton pementasan Teater ‘Tosca’ – di panggung berhadapan pejabatnya – selepas itu merasakan kematian terlalu hampir dengan dirinya. Lalu Milk menelefon ‘bekas teman lelakinya’ Scott untuk meluahkan perasaan ketakutan yang menyelubungi dirinya.

Suatu pagi,White datang ke pejabat Moscone untuk menarik kembali surat perletakkan jawatannya dan merayu datuk bandar itu untuk menerima beliau kembali. Malangnya, rayuannya gagal, lalu White menembak Moscone.

Kemudian, dia bergegas ke bilik Milk untuk kononnya ingin berbicara sesuatu dengannya. Belum sempat Milk berkata apa-apa dia ditembak di tapak tangan. Dua das tembakan di kanan dan kiri dadanya dan satu das di belakangnya. Ketika itulah, Milk mengadap tingkap memerhati poster besar teater ‘Tosca’ dan memang benar intuisinya bahawa kematian, akhirnya menjemput beliau sebelum melepasi umur 50 tahun.

Maka, begitulah pengakhiran Milk, seorang homoseksual, ahli politik dan aktivis di San Francisco. Yang tinggal perjuangannya yang memberi kesan mendalam kepada penduduk Amerika khususnya pasangan homoseksual. Puluhan ribu berarak dengan nyalaan lilin menangisi kematian Milk yang pergi buat selama-lamanya pada 27 November 1978.

A. Sabri, 28, peminat bebas filem dan filem bebas.http://jalantelawi. com/?p=440