20 November 2010

Pao Zhuan Yin Yu : Lempar Bata Dapat Jed

13 Zulhijjah 1431H.

Asal Usul:

Pada zaman Dinasti Tang, iaitu antara tahun 618 hingga tahun 907 Masihi, di negeri China, ada seorang penyair tersohor yang bernama Zhao Gu. Puisi yang dihasilkannya selalu mendapat sambutan dan pujian orang ramai.

Pada ketika itu, ada seorang lelaki bernama Chang Jian yang juga sangat berminat untuk mencipta puisi. Bagaimanapun, dia merasakan bahawa puisi yang dihasilkannya masih kurang menarik jika dibandingkan dengan puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu.

Pada suatu hari, Chang Jian mendapat tahu bahawa Zhao Gu akan melawat ke Suzhou. Fikirnya dalam hati, "Inilah peluang yang baik untuk belajar dengannya. Tapi, bagaimana caranya untuk meminta dia mencipta serangkap puisi untukku?" Tiba-tiba, dia terfikir pula, "Jika Zhao Gu melawat ke Suzhou, pastilah dia akan mengunjungi Kuil Lingyan. Aku boleh menulis dua baris puisi pada dinding kuil itu dulu. Jika Zhao Gu nampak puisi yang belum lengkap itu, dia pasti mahu melengkapkannya."

Maka, Chang Jian segera berangkat, menuju ke Kuil Lingyan di Suzhou itu. Setelah tiba di sana, dia terus menulis dua baris puisi pada dinding kuil itu. Tidak lama kemudian, Zhao Gu yang melawat ke kuil itu ternampak dua baris puisi yang belum lengkap itu. Seperti yang disangka, ini telah menarik minatnya untuk melengkapkan puisi itu, kerana puisi klasik China biasanya mengandungi empat baris. Dua baris yang ditambahnya memang jauh lebih baik daripada yang dicipta oleh Chang Jian itu.

Setelah menbaca dua baris puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu, Chang Jian berkata dengan penuh rasa kagum dan hormat,

"Jika puisi saya diibaratkan sebagai seketul batu bata, maka puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu boleh diibaratkan sebagai seketul jed. Aku telah melemparkan seketul batu bata terlebih dahulu. Yang aku peroleh akhirnya ialah seketul jed yang jauh lebih bernilai."

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Pao Zhuan Yin Yu" ini bermakna, melemparkan seketul batu bata untuk mendapatkan seketul jed yang lebih bernilai daripada orang lain. Peribahasa yang menunjukkan sifat rendah hati ini, selalu digunakan oleh orang China untuk menyindir perbuatan orang yang "memancing" pandangan yang lebih bijak atau lebih matang daripada para pembaca atau pendengar, dengan menyatakan pandangannya yang dianggap kurang matang dan mentah. CRI/-

Memali: Kemuncak Umno takut berhujah

13 Zulhijjah 1431H.
Harakahdaily

BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.

Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.

Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.

Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.

Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.

Sekat kebangkitan PAS

Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.

Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.

Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.

Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana

Jaafar Abu Talib diberi sayap syurga

13 Zulhijjah 1431H.
From "BERANI KERANA BENAR!" by Zabidi Bin Morad

JAAFAR bin Abi Talib atau dikenali dengan gelaran Jaafar at- Taiyar mErupakan sepupu kepada Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja mempunyai bentuk badan Dan raut wajah yang menyerupai Rasulullah, malah perangainya juga seakan-akan sama dengan baginda.

Beliau adalah seorang pemuda yang jujur, amanah, bijak, Dan termasuk salah seorang pelopor ternama Islam.Jaafar memeluk Islam bersama-sama dengan isterinya Amma binti Umais pada Hari yang sama. Mereka berdua bersama-sama menanggung segala pahit perit dengan ketabahan tanpa memikirkan bilakah penderitaan itu akan berakhir.

Mereka juga telah menyertai rombongan awal kaum Muslimin untuk berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) Dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad, Abdullah Dan Auf.

Selama berada di Habsyah, Jaafar menjadi jurubicara yang lancar Dan sopan sesuai dengan panji Islam yang dipegangnya. Itulah nikmat Allah yang tidak ternilai dikurniakan kepadanya. Ini berlaku semasa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.

Penghijrahan itu membuatkan puak Quraisy berasa tidak senang hati. Maka mereka pun menghantar utusan untuk mempengaruhi Dan memperdayakan pemerintah Ethiopia. Pemerintah Habsyah ketika itu bernama Najashi (Negus) yang menganut agama Nasrani.

Utusan puak Quraisy telah membawa banyak hadiah untuk memujuk pemerintah Habsyah agar tidak membenarkan kaum Muslimin tinggal di sana.

Najashi sebagai pemerintah telah mengadakan satu pertemuan. Pertemuan itu dihadiri oleh kaum Muslimin, puak Quraisy Dan pemimpin-pemimpin agama Najashi.

Pada kesempatan itulah, puak Quraisy telah berkata: "Wahai Raja yang mulia, telah menyusur ke negeri paduka orang yang bodoh Dan tolol. Mereka tinggalkan agama nenek moyang Dan tidak pula menganut agama paduka, tetapi mereka membawa agama baru yang tidak pernah kami kenali."

Najashi pun bertanya kepada kaum Muslimin: "Agama apakah yang kamu bawa yang bukan agama kami?"

Jaafar pun bangkit berdiri Dan menjawab dengan sopan serta lancar sekali.

Katanya: "Wahai paduka yang mulia. Dahulu kami memang orang-orang bodoh Dan jahil, kami menyembah berhala Dan melakukan bermacam-macam perkara lagi.

"Tetapi kini Allah SWT mengirimkan seorang rasul untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Kami menerimanya Dan oleh sebab itulah kaum kami memusuhi kami. Lantaran itulah kami berpindah ke negeri paduka."

Najashi pun bertanya lagi: "Apa pandangan kalian tentang Isa?"

Jaafar pun bangkit lagi: "Baginda ialah seorang hamba Allah Dan Rasul-Nya serta kalimah-Nya yang ditiupkan kepada Maryam Dan roh daripada-Nya."

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Najashi berpuas hati Dan membenarkan mereka terus tinggal di Habsyah.

Jaafar telah syahid ketika menyertai peperangan Muktah. Beliau berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaupun beliau cedera, namun panji Islam masih tetap dipeluk kukuh di celah-celah pangkal dada Dan lengannya. Pada waktu itu, kedua-dua belah tangannya telah pun putus dipotong oleh pihak musuh.

Ketika beliau syahid, terdapat lebih 90 kesan tikaman pada seluruh badannya.

Rasulullah menyifatkan kedudukan Jaafar sebagai burung bersayap dua di syurga.

Khadijah binti Khuwailid (isteri pertama rasulullah saw

13 Zulhijjah 1431H.

Khadijah binti Khuwailid (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.
[sunting] Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah

Hasil perkongsian hidup Nabi Muhammad bersama Khadijah dikurniakan 6 orang cahaya mata, iaitu:

* Al-Qasim bin Muhammad
* Abdullah bin Muhammad
* Zainab binti Muhammad
* Ruqaiyah binti Muhammad
* Ummu Kalthum binti Muhammad
* Fatimah binti Muhammad

Manakala Ibrahim bin Muhammad pula adalah hasil perkongsian hidup antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang hamba perempuan yang bernama Mariah Al-Qibtiyyah. Hamba ini dihadiahkan kepada Nabi SAW oleh Muqawqis(Pemerintah Mesir).

Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah az-Zahra telah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib. Zainab berkahwin dengan sepupunya (anak saudara Khadijah) Abu al-'As ibn ar-Rabi'. Manakala Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan. Selepas kematian Ruqayyah, Uthman mengahwini pula Ummu Kalthum.

Ketiga-tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.

Cinta Pandang Pertama Membawa Bahagia

13 zulhijjah 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Anda selalu dengar orang berkata, cinta pandang pertama. Biasa kita dengar ungkapan itu daripada pasangan suami isteri yang bahagia. Ada juga sesuatu pasangan itu apabila ditanyakan bagaimana mereka boleh bertemu dan berkahwin, dengan bangganya mereka berkata inilah berkat cinta pandang pertama.

Apa istimewanya cinta pandang pertama?

Berdasarkan kata-kata di atas dapat kita rumuskan bahawa hasil cinta pandang pertama, sesuatu perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan. Tetapi tahukah anda mengapa cinta pandang pertama dan bagaimana dikatakan cinta pandang pertama, dan mengapa cinta pandang pertama itu boleh menjadikan sesuatu pasangan bahagia?

Di sini saya ingin mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan supaya bersama saya meneliti isu ini dengan penuh minat. Semoga dengan ini anda semua akan boleh mencapai kebahagiaan hasil cinta pandang pertama.

Pandang pertama bermaksud, seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserepak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”

Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat?

Ya, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci.

Bolehlah pandang pertama itu sudah boleh dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya. Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Kalaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya.

Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia.

Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal.

Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. Kalaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan.

Di sini saya sekali lagi mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan agar mencari cinta, dapatkah cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan.

Percayalah kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah.

ANWAR `SEMBILANG BERBISA', RAIS YATIM `IKAN EMAS DALAM AKUARIUM', MANA LEBIH HEBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

AGAK lama juga Rais Yatim menyepi. Semalam dia bercakap tentang DS Anwar setelah boss Rais, Najib memberi komen tentang kenyataan DS Anwar terhadap Malaysia sebuah Negara Islam Moden. Aku pun tidak tahu samada Umno selama ini menganggap Islam itu ada yang kunu, moden atau Islam yang sentiasa sesuai sepanjang zaman.

Kerajaan Turki di zaman Kamal Antartuk juga pernah digelar sebuah kerajaan Islam Moden. Jadi, tidak hairan juga Malaysia di bawah kerajaan Umno/Bn mendapat gelaran yang lebih kurang sama. Jika di zaman Kamal Antartuk, wanita Islam tidak dibenarkan bertudung atau menutup aurat, di zaman sekarang di negara kita isteri pemimpin pun bersepah yang tidak menutup aurat. Jadi, pelik apanya kita dengan pengiktirafan yang datangnya pula dari negara-negara `penyembah barat' itu?

Rais Yatim memberi perumpamaan kepada Anwar iaitu sebagai `ikan sembilang di dalam air yang keruh/berlumpur', di mana ikan ini akan menyengat kiri dan kanannya. Jika begitu perumpamaan Rais Yatim, saya rasa hebat sungguh Anwar Ibrahim. Buktinya, Umno kerap kali terkena `sengatan' dari Anwar. Bisanya sampai sekarang masih terasa. Oleh kerana `bisa'nya Anwar ini, maka tidak hairanlah ada usaha-usaha jahat untuk menghapuskannya. Jika Umno bernasib baik, tiadalah kena sengat tetapi apa yang selalu terjadi Umno kerap kali terkena sengat `ikan sembilang' ini.

Jika Anwar umpama `ikan sembilang bersengat', maka tentulah Rais Yatim layak menjadi `ikan emas di dalam akuarium'. Mana lebih hebat ? Ikan Sembilang ini jika mati pun, beliau akan melawan habis-habisan dan bukan mudah untuk menangkap ikan sembilang berbisa ini. `Ikan Emas' di dalam akuarium pula, sentiasa diberi makan dan kalau tidak diberi makan sekejap sahaja maka mati terapung lah ia di dalam akuarium dengan keadaan perut yang kembung. Maknanya, ikan emas ini mesti diberi makan. Rais Yatim pun begitu keadaannya. Sebab itulah beliau tidak boleh bertahan di luar Umno, beliau tinggalkan Parti Melayu Semangat 46 dan sanggup menjadi ikan emas di dalam akuarium.

Kesimpulannya, Rais Yatim secara tidak langsung mengiktiraf kehebatan DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

BANNER HARI RAYA I'DUL ADHA: USAHA SABOTAJ ZAMBRY?

13 Zulhijjah 1431H.
Safarizal Saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat isu kesilapan cetakan di dalam banner-banner bersempena Hari Raya I'dul Adha Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berlaku kesilapan tarikh Hijrah terus menjadi perbualan di dalam blog-blog terutamanya blog pro Umno yang marah dengan suasana tersebut.

Tarikh Hijrah yang sepatutnya pada 10 Zulhijjah bersama 17 November yang lalu di cetak dengan tarikh 17 Zulhijjah adalah amat memalukan. Sumber-sumber yang memberitahu DPPN Pk, syarikat percetakan tersebut bukannya baru mendapat projek-projek daripada Pejabat Menteri Besar, tetapi sejak perlantikan Datuk Seri Zambry
pada tahun lepas lagi.

Difahamkan juga terdapat dakwaan bahawa syarikat tersebut ada terbabit dengan salah seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar? Hari Raya I'dul Adha atau Hari Raya Qurban lazimnya di sambut pada 10 Zulhijjah tetapi agak pelik kerana seluruh Negeri Perak

Banner tersebut di pasang dengan memaparkan tarikh pada 17 Zulhijjah. Walaupun usaha memperbetulkan tarikh tersebut dapat dilihat, tetapi daripada integritinya syarikat tersebut tidak sepatutnya diberikan lagi projek di masa hadapan kerana jelas telah memalukan Datuk Seri Zambry .

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

6 Sebab Hati Jadi Mati

13 Zulhijjah 1431H.

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

1.Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2.Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
3.Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4.Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5.Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6.Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

Kebaikan Dan Khasiat Asam Jawa

13 Zulhijjah 1431H.
Email : nina mazrina

Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rendang.

Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 - 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.


asam-jawa

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu.

Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.

DEMAM PANAS

Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

SAKIT PERUT

Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA

Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK

Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

LUKA/BISUL

Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN

Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH

Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.

Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Jalan paling bahaya di dunia

13 Zulhijjah 1431H.
Email : roslan mohd

It is a 61 to 69 km road leading from La Paz to Coroico, 56 km (35 miles) northeast of La Paz in the Yungas region of Bolivia. The North Yungas Road in Bolivia is reported to have a fatal accident every other week, 100-200 people perish there every year and one estimate is that 200-300 travelers die yearly along the road.. It is said to be the most dangerous road in the world, oh is it? The road includes crosses marking many of the spots where such vehicles have fallen.



__._,_.___

19 November 2010

ADUN Titi Serong sembelih lembu korban.

12 Zulhijjah 1431H.

TITI SERONG : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sedang menyempurnakan penyembelihan lembu korban di Parit Tok Ngah Tanjung PianDang. Pada Kesempatan itu beliau menyembelih sendiri 2 ekor lembu sumbangannya untuk diagihkan kepada warga setempat.

18 November 2010

Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

11 Zulhijjah 1431H.
Chef Farid

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian.

Pertikai kedai tutup cuti Raya, Periksa tahap mental dia.

11 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi.

Chua dianggap sudah kurang siuman bila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia, demikian respon ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Twitter terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Saya desak pihak polis menyiasat chua kerana ia ada unsur melaga lagakan antara muslim dan non muslim,Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum.

Drs. Khalil juga menyatakan Chua juga mestilah memohon maaf secara terbuka dgn kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya , dengan maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat" kata Drs. Khalil

Menurutnya lagi umat Islam dan bukan Islam mesti bantah sikap chua yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan dan gambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak menyifatkan tindakan Chua mengambarkan dan membuktikan bahawa Parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN buka lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat."

Drs. Khalil : Korbankan waktu untuk imarahkan rumah Allah.

Drs. Khalil sedang menyampaikan Khutbah Hari Raya Korban di Surau Parit Hj. Nasir Titi Serong.

11 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi

TITI SERONG, 18 Nov.:- Umat Islam diseru untuk mengorbankan waktu 5 kali sehari semalam untuk memenuhi mesjid dan surau bagi memastikan mesjid dan surau tidak menghadapi femenomina kekurangan jemaah, Demikian antara kandungan khutbah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa beliau berkhutbah Hari Raya Aidil Adha di Surau Parit Hj. Nasir di sini.

Dalam Khutbahnya juga beliau menyeru supaya umat Islam juga mengorban waktu yang ada untuk menimba ilmu agama dimana sahaja. Tegasnya lagi Ilmulah merupakan pusaka yang terbaik yang kita boleh warisi kepada anak-anak kita. Dengan ilmu menurut Drs. Khalil anak-anak kita akan mencapai matlamat kehidupan dan ridha Allah SWT.

"Sesungguhnya para jemaah mestilah bertanggungjawab untuk memastikan rumah Allah ini tidak kosong dari jemaah, juga kita mesti pastikan anak-anak kita sudah dididik dengan ilmu agama secukupnya" Katanya.

Drs. Khalil yang ditemui selepas itu menyatakan bahawa kehidupan masyarakat dalam DUN Titi Serong adalah amat sinonim dengan Mesjid dan Surau. Mereka dikalangan masyarakat Melayu Banjar adalah sangat taat beribadah dan suka ke Mesjid dan Surau. katanya.

"Oleh itu program "Mesra Mesjid dan Surau" yang pernah saya katakan sejak awal saya menang disini masih diteruskan sehingga sekarang" jelas Drs. Khalil

Drs. Khalil juga mengharapak pihak jawatankuasa Mesjid dan Surau dalam DUNny sudi untuk menyampaikan maklumat sekiranya terdapat masalah dan keperluan yang perlu diambil perhatian.

"Sekiranya kita mampu untuk membantu kita akan usahakan melalui saluran tertentu, yang penting pejabat kami kenalah diberikan aduan terlebih dahulu" Katanya.

Menurut Drs. Khalil yang juga merupakan Ketua penerangan PAS Perak itu, ini adalah kali ke empat beliau berada diluar Pusat Tarbiyah titi Serong untuk menyampaikan Khutbah.

"Untuk tahun 2008, Raya Puasa dan Haji saya berada di Pusat Tarbiya Titi Serong, dan untuk tahun 2009 dan 2010 saya menjelajah sebanyak 2 mesjid dan 2 surau untuk sembahyang bersama warga Titi Serong" jelasnya.

"Kerana itu saya sangat mengharga pihak jawatankuasa Mesjid dan Surau dalam DUN titi Serong yang sentiasa mengambil langkah untuk mengimarahkan rumah Allah itu. Selain dari solat berjemaah, kebanyakannnya menganjurkan kelas-kelas pengajian disamping mengadakan aktiviti rutin mingguan seperti bacaan yaasin pada malam Jumaat, dan sambutan hari kebesaran Islam secara terus menerus."

Ditanya mengenai peranan Mesjid yang lebih penting baginya, Drs. Khalil menegaskan harapannya supaya rumah Allah itu menjadi tempat yang subur dengan ilmu dan tempat penyatuan umaah.

Katanya lagi jika dua peranan itu berjalan dengan seiring pastinya akan melahirkan masyarakat yang lebih baik dimasa akan datang.

PAS tidak perlu ceramah jika media adil

11 Zulhijjah 1431H.
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 18 Nov: PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah

Beliau menambah, isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir.

"Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, saya yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.

Ini tidak, katanya media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar.

Justeru itu, ujarnya mereka sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan.

"Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan," tegasnya.

Sementara itu, semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya.

Menurutnya, Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil.

"Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan.