25 Mei 2011
Guardiola tetap hormati United
Enam letupan gegar Tripoli
Ubah kerajaan jawapan terbaik selesai nasib guru .
22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -KENYATAAN MEDIA
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak
Saya menyeru kepada 400,000 rakan-rakan guru diseluruh negara untuk menimbang secara serius dan mendalam tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat berupa pengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat sebagai Kerajaan Pusat Pada PRU 13 nanti.
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini saya melihat kekecewaan 400,000 guru itu mula disuarakan sendiri melalui Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng ketika diwawancara oleh Bernama baru-baru ini.
Pakatan Rakyat amat menghargai jasa serta pengorbanan guru yang mendidik anak bangsa bagi menyiapkan dalam diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan.
Sesungguh kemajuan bidang pendidikan akan menjamin kemajuan sesebuah negara dimasa akan datang.
Tindakan kerajaan UMNO BN yang telah mengumumkan pada Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40.yang lepas bahawa sekelompok para pendidikan bakal menerima elaun tambahan dengan kenaikan pangkat pada awal tahun hadapan menambahkan lagi permasalah kepada sistem pendidikan negara kerana dasar tersebut terdapat unsur pilih kasih.
Dasar sebegini sebetulnya boleh menimbulkan iklim kerja yang tidak selesa dan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga memungkin prestasi kerja guru boleh menurun.
Seluruh guru di Malaysia sebenarnya sentiasa berkhidmat dengan gigih dan penuh dedikasi namun setiap kali datangnya sambutan Hari Guru atau Pembentangan Bajet Tahunan ternyata sangat sedikit berita gembira yang mereka dapat. Sekali ini hanya melibatkan 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang dapat imbuhan, selebihnya kecewa lagi.
Saya tidak menafikan para pendidik yang berjawatan guru besar dan guru penolong kanan sewajarnya mendapat imbuhan seperti diumumkan namun jasa semua guru lain yang berkerja tanpa mengira penat dan lelah semestinya juga dihargai sama.
Sekali lagi BN memperkenalkan dasar pilih kasih dan menekan rakyat, oleh itu para guru perlu buat pilihan untuk menukar kerajaan dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan negara malaysia yang kita cintai ini.
Saya melihat tindakan berani seluruh guru untuk ubah kerajaan adalah jawapan terbaik ke arah penyelsaian persoalan nasib guru di Malaysia.
BN ternyata tidak pernah sedar dan insaf bahawa dengan jasa para guru negara kita terus dipacu kejalan yang betul dengan lahirnya masyarakat berilmu dan berakhlak.
Kerana itu saya sangat berkeyakinan sekiranya Pakatan Rakyat berada di Putrajaya sesuatu yang terbaik akan diberikan kepada seluruh guru tidak mengira berpangkat atau tidak.
Kenyataan Media,
Drs. Khalil Idham Lim
IPOH, 25 Mei 2011.
24 Mei 2011
Dr Hatta, Nik Amar tanding naib presiden ?
Harakahdaily/-
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden.
"Sedia untuk bertanding naib presiden," tulis Nik Amar kepada Harakahdaily jam 7.15 malam ini.
"Setakat ini tanding, tapi belum bagi jawapan rasmi lagi. Sedang meneliti perkembangan terkini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily jam 6.32 petang tadi.
Keputusan Dr Hatta dan Nik Amar ini menjadikan tujuh tokoh dijangka menawarkan diri untuk jawatan ini sehingga kini iaitu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, AJK Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak.
Nizar bagaimanapun tidak mengesahkan sendiri hal ini kepada Harakahdaily tetapi difahamkan PAS Perak memutuskan beliau bertanding. Menurut pembantunya, pencalonan yang diperolehi oleh Nizar amat memberangsangkan untuk dibiarkan begitu saja oleh beliau.
Seorang lagi calon, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah masih belum diketahui sikapnya.
Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak.
Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya.
Nik Amar, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pernah menyertai pertandingan naib presiden sessi lepas tetapi tewas.
Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden.Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini.
Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun.
Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.
Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam.
Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM.
Kenyataan Media Dato' Husam Musa
21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -KENYATAAN MEDIA DATO' HUSAM MUSA
Bismillahirrahmannirrahim
Pada mulanya saya hanya bercadang untuk bertanding Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat sahaja.
Sebabnya, supaya saf Naib-Naib Presiden yang ada tidak diganggu di atas prestasi dan hala tuju yang memuaskan yang tunjukkan oleh mereka.
Namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap muktahirnya menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya.
Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutama di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti.
Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan, sebagai tapak utama PAS pada waktu ini, tetapi juga untuk PAS keseluruhannya.
Saya percaya polisi PAS untuk menjalinkan gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan.
Dalam hal ini, kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut.
Oleh itu di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan saf kepimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke-57 ini.
Kepada Allah saya bertawakal dan saya berharap bimbingan saf kepimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah amat berat.
HUSAM MUSA
Chengdu, China
20 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 24 Mei 2011
Semak arah kiblat , Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
—
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
- 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
- 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Sebelum
- Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
- Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
- Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
- Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
- Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
- Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
-
Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
-
Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
-
Tandakan arah qiblat.
Selepas.
- Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
-
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
-
Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…
Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas
WAllahu Ta’ala A’lam.
Adun Limbongan dijangka keluar hospital Khamis ini
Harakahdaily melaporkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menziarahi Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat di Hospital Raja Perempuan Zainab II yang sehingga hari ini masih dirawat sejak dimasukkan pada 19 Mei lalu akibat pendarahan usus.
Ini adalah kali yang kedua Tuan Guru menziarahi Zainuddin dalam tempoh beliau mendapat rawatan di situ, lapor portal MTD Limbongan.
Zainuddin yang telah dipindahkan dari Wad CCU ke Wad 10 dua hari lepas kini sedang menjalani rawatan susulan bagi memastikan tahap kesihatan betul-betul pulih sebelum kembali bertugas.
Menurut kata Dr Nur Atiqah, pegawai perubatan yang merawat beliau, Zainuddin dijangkakan dapat pulang ke rumah pada Khamis ini.
Dalam pada itu, Tuan Guru Menteri Besar berpesan seluruh warga khasnya di Limbongan agar tidak perlu risau lagi tentang ketiadaan Adun buat sementara waktu dan berharap rakyat sekalian akan terus berdoa memohon kepada Allah SWT agar Zainuddin akan kembali bertugas seperti biasa.
Zainuddin ketika ditanya, menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan agama yang syumul dan insya Allah akan kembali bertugas untuk terus memikul amanah rakyat seawal yang boleh.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan masalah kesihatan yang dialaminya dan tidak lupa juga kepada semua yang datang menziarahinya di situ.
Husam tanding Naib Presiden PAS, Mazlan cuma tanding AJK
21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini.
“Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.
“Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja.
Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan, terutama atas pandangan perlunya satu wakil Kelantan di peringkat yang lebih tinggi di dalam parti.
Mazlan Aliman yang menerima pencalonan bagi dua jawatan iaitu naib presiden dan ahli jawatankuasa hari ini mengesahkan hanya menerima satu daripadanya.
Dalam perkembangan yang berkaitan Mazlan Aliman mengesahkan menerima untuk bertanding jawatankuasa PAS Pusat, iaitu jawatan yang sedang disandangnya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.
"Setelah menimbang beberapa perkara, saya hanya bersedia untuk bertanding bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat sahaja dan menolak untuk jawatan naib presiden.
"Saya takut hilang fokus terhadap lajnah tanah yang saya pegang sekarang," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.
Pencalonan jawatan naib ketua dewan pemuda pas pusat

Pemimpin Umno hanya berpandu ‘kitab’ Utusan

Bulgaria : hormati hak beragama,kikis sifat perkauman

40 Peratus Rakyat Terkesan Jika RON95 Naik 20 Sen

Pas Perak ucap takziah kepada mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim At-Taqwa

Larangan berkhawat untuk elak zina
Anwar kembali ke tirai besi?


