21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat (LA DPPP) menyelar tindakan tidak bertamadun ahli-ahli fanatic Parti Nasionalis Attack Bulgaria dibawah pimpinan Volen Siderov yang mengganggu jemaah Islam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Banya Bashi di Bandar Sofia, Bulgaria kelmarin.
Tindakan yang tidak bertamadun ini tidak sepatutnya berlaku di Negara Eropah yang terkenal dengan sikap terbuka dan berpegang kepada prinsip hak asasi kemanusiaan. LA DPPP khuatir, sekiranya pihak pemerintah Bulgaria tidak bertegas terhadap parti-parti di Bulgaria agar tidak menjadikan hak beragama dan kebebasan mempraktikkan kebebasan bersuara, suasana tidak harmoni pasti timbul dikalangan rakyat pelbagai agama disana.
LA DPPP juga berharap, pihak polis Bulgaria dapat memastikan anasir-anasir perkauman yang ditiupkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dikalangan umat Islam ditangkis dengan kadar segera.
Adalah satu pernyataan yang sangat dangkal oleh Parti Nasionalis Attack yang menggunakan sentimen perkauman dalam usaha mendapat sokongan rakyat Bulgaria . Suasana pertama ahli Parti Nasionalis Attack yang membaling telur kearah jemaah yang mendirikan solat jumat adalah satu tindakan yang sangat dikesali.
LA DPPP berharap, Perdana Menteri Bulgaria akan segera menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh Parti Nasionalis Attack sebelum ianya merebak ke Bandar-bandar utama yang lain.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan