21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TRIPOLI: Pesawat pejuang tentera NATO berterusan melancarkan serangan awal pagi ini, serangan terbesar ke atas ibu negara Libya itu sejak kempen menentang rejim Muammar Gaddafi, bulan lalu.
Lebih 20 pesawat NATO terbabit dalam serangan bertalu-talu lebih setengah jam di sekitar Tripoli. Kepulan asap memenuhi sekitar bandar raya berkenaan, termasuk di kawasan yang berdekatan dengan kediaman Gaddafi yang menjadi sasaran pengeboman.
Seorang jurucakap kerajaan memberitahu, setakat ini tidak jelas apa kerosakan yang berlaku akibat serangan otu.
Jet pejuang NATO terbang rendah di bandar raya berkenaan dengan orang awam kedengaran menjerit di luar hotel tempat penginapan wartawan.
Bunyi bedilan anti pesawat dipercayai dari tentera kerajaan turut kedengaran. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan