24 Mei 2011

Pencalonan jawatan naib ketua dewan pemuda pas pusat

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat bagi Muktamar Tahunan kali ke – 52 Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1 – 2 Jun ini di Shah Alam nanti.

Saya amat yakin pencalonan yang telah saya terima adalah satu tugas berat dalam konteks Negara bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Malah tugas penting ini juga bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sudah tentu saya yang berasal daripada Negeri Perak juga mempunyai tugas amat berat untuk mengembalikan Kerajaan Negeri Perak kepada PR setelah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) dengan cara yang kotor dan jijik sekali. Bahkan tugas yang kini saya pikul memperkenalkan Parti PAS dalam konteks Pemuda kepada dunia terutamanya melalui Lajnah Antarabangsa.

Saya yakin mood rakyat kini untuk bersedia menghadapi PRU 13 dan saya yakin penumpuan PR juga kearah yang sama. Saya dengan rendah diri dan menghormati pencalonan-pencalonan yang telah diberikan kepada saya pada kali ini. Dan saya yakin di atas beberapa faktor pemberian pencalonan tersebut kepada saya.

Bagi saya yang keduanya, tugas berat ini tidak mampu saya pikul dan bagi mencapai matlamat jika tidak mendapat sokongan semua pihak. Apapun amanah yang akan diterima nanti sudah pasti diinginkan pencapaian Pemuda PAS di atas pentas yang tertinggi hendaknya. Perkara inilah yang memerlukan sokongan semua pihak bagi sama-sama untuk kita capai bersama.

Setelah mendapat pentunjuk dan nasihat daripada sahabat-sahabat, saya dengan rasa rendah diri akan menerima pencalonan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada kali ini.

Saya berharap dapat memberikan sumbangan dan buah fikiran bagi memantapkan lagi Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya menjana laluan dan alternatif kepada anak muda Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan fizikal dan spiritual Negara. Juga hasrat untuk memanfaatkan kreativiti anak muda dewasa ini untuk pengisian semasa dan mendatang serta membantu Pemuda PAS menjadikan Dewan Pemuda PAS sebagai 'shuttle' Anak Muda Malaysia.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Tiada ulasan: