24 Mei 2011

Pas Perak ucap takziah kepada mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim At-Taqwa

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, turut menyatakan simpati atas tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat Kajang, beliau mewakili seluruh ahli dan pimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah atas ujian yang telah diberikan Allah SWT itu.

Memetik ucapan beliau,“Saya mewakili PAS Perak merakamkan tanda simpati dan takziah kami kepada mangsa-mangsa tanah runtuh iaitu rumah anak yatim at-Taqwa, terutama sekali kepada mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah”

“Namun begitu, PAS Perak menyeru kepada seluruh ahli PAS Perak untuk memberi bantuan berbentuk kewangan dan material untuk meringankan beban mangsa dan keluarga” katanya lagi.

“ Semoga mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah di tempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah.”

“Saya juga mengharapkan agar mangsa-mangsa rumah anak yatim at-Taqwa tersebut tabah dalam menghadapi segala ujian Allah.” katanya lagi.

mohd hafez sabri

Tiada ulasan: