24 Mei 2011

Letusan gunung berapi di Iceland ancam Eropah


21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

REYKJAVIK 24 Mei - Debu panas yang meletus dari gunung berapi di Iceland kini menuju ke Britain dan memaksa penerbangan dibatalkan termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang terpaksa mengubah pelan lawatannya ke benua itu.

Letusan gunung berapi Grimsvoetn menimbulkan kebimbangan bakal mengakibatkan gangguan kepada laluan penerbangan seperti tahun lalu menyebabkan ruang udara Eropah terpaksa ditutup dan disifatkan sebagai terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

“Angin bertiup pada paras rendah... dan ia bertiup kencang menuju ke UK,” kata Peitur Arason dari Pejabat Meteorologi Iceland.

Trafik kawalan udara British pula menjangka awan panas itu akan sampai ke Scottland hari ini.

Obama pula meninggalkan Ireland menuju ke Britain pada sebelah malam Isnin, iaitu sehari lebih awal daripada dijadualkan kerana bimbang awan panas menjejaskan perjalanan. Ireland merupakan destinasi pertama dilawat Obama dalam rangka lawatan enam hari ke Eropah. - AFP

Tiada ulasan: