22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak
Saya menyeru kepada 400,000 rakan-rakan guru diseluruh negara untuk menimbang secara serius dan mendalam tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat berupa pengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat sebagai Kerajaan Pusat Pada PRU 13 nanti.
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini saya melihat kekecewaan 400,000 guru itu mula disuarakan sendiri melalui Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng ketika diwawancara oleh Bernama baru-baru ini.
Pakatan Rakyat amat menghargai jasa serta pengorbanan guru yang mendidik anak bangsa bagi menyiapkan dalam diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan.
Sesungguh kemajuan bidang pendidikan akan menjamin kemajuan sesebuah negara dimasa akan datang.
Tindakan kerajaan UMNO BN yang telah mengumumkan pada Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40.yang lepas bahawa sekelompok para pendidikan bakal menerima elaun tambahan dengan kenaikan pangkat pada awal tahun hadapan menambahkan lagi permasalah kepada sistem pendidikan negara kerana dasar tersebut terdapat unsur pilih kasih.
Dasar sebegini sebetulnya boleh menimbulkan iklim kerja yang tidak selesa dan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga memungkin prestasi kerja guru boleh menurun.
Seluruh guru di Malaysia sebenarnya sentiasa berkhidmat dengan gigih dan penuh dedikasi namun setiap kali datangnya sambutan Hari Guru atau Pembentangan Bajet Tahunan ternyata sangat sedikit berita gembira yang mereka dapat. Sekali ini hanya melibatkan 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang dapat imbuhan, selebihnya kecewa lagi.
Saya tidak menafikan para pendidik yang berjawatan guru besar dan guru penolong kanan sewajarnya mendapat imbuhan seperti diumumkan namun jasa semua guru lain yang berkerja tanpa mengira penat dan lelah semestinya juga dihargai sama.
Sekali lagi BN memperkenalkan dasar pilih kasih dan menekan rakyat, oleh itu para guru perlu buat pilihan untuk menukar kerajaan dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan negara malaysia yang kita cintai ini.
Saya melihat tindakan berani seluruh guru untuk ubah kerajaan adalah jawapan terbaik ke arah penyelsaian persoalan nasib guru di Malaysia.
BN ternyata tidak pernah sedar dan insaf bahawa dengan jasa para guru negara kita terus dipacu kejalan yang betul dengan lahirnya masyarakat berilmu dan berakhlak.
Kerana itu saya sangat berkeyakinan sekiranya Pakatan Rakyat berada di Putrajaya sesuatu yang terbaik akan diberikan kepada seluruh guru tidak mengira berpangkat atau tidak.
Kenyataan Media,
Drs. Khalil Idham Lim
IPOH, 25 Mei 2011.
1 ulasan:
Salam, saya adalah guru di bawah Kementerian pelajaran Malaysia. Satu masa dahulu saya sangat kuat dan penyokong tegar UMNO. Bahkan sudah dua kali saya mengundi pada general election, saya memangkah BN. Saya sayangkan pemimpin negara ini khasnya Dr.Mahathir dan Allahyarham Tun Abdul Razak. Persepsi saya dan sokongan saya mula berubah apabila negara dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi. Ketika itu Hisyamuddin dan Noh Omar memegang tampuk pendidikan nasional. Sangat menyedihkan apabila Abdullah Badawi membuat perubahan gaji kepada kakitangan awam termasuk guru. Saya adalah kumpulan guru DG29/41 yang teraniaya oleh sistem yang tidak bijak dan relevan. Terpaksa berada di IPTA sepenuh masa dengan gaji separuh, berhutang pula dengan PTPN, hilang seniority dan sekarang menerima ejekan dari guru yang melalui proses DG29 ke DG32 dan menerima imbuhan gaji yang melampaui apabila mereka berada di DG41.Hisyamuddin tidak mahu menangani masalah ini dengan serius sebaliknya menganggap ianya isu yang remeh temeh. Hal ini sangat menyakitkan hati guru.Baru-baru ini permohonan anak bongsu saya untuk masuk ke SBPI telah ditolak kerana alasannya pendapatan tahunan guru adalah besar. Sudahlah agihan netbook 1malaysia pun anak guru tak dapat, sekarang peluang nak masuk sekolah yang baik pun mendapat halangan. Saya tak tahulah macamana saya nak mengundi election ni nanti. Hati saya berat untuk mengundi pembangkang, tetapi kalau itu sajalah jalannya untuk mengubah suasana yang tidak adil ini,saya terpaksa. Apapun saya tetap mengenang jasa Tun Abdul Razak dan Tun Dr.Mahathir. Saya percaya nasib guru akan terbela jika pemimpin ini masih memimpin negara ini.
Catat Ulasan