23 Julai 2011

BN kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan BN pimpinan Najib Razak telah tersilap langkah apabila mengarahkan pihak imegresen menangkap Peguam Perancis (William Bourdon) ketika pesawatnya mendarat di KLIA semalam.

Walhal William Bourdon merupakan peguam yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Apakah kesalahan dan jenayah yang telah beliau lakukan sehingga dilayan seperti penjenayah?

Tindakan tersebut disusuli dengan arahan oleh Najib Razak supaya peguam tersebut dihantat pulang segera ke negaranya kerana khuatir maklumat jenayah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri tersebar ke seluruh negara.

Bagi saya tindakan tersebut telah memberikan imej yang tidak baik terhadap Malaysia di mata dunia, selain itu ianya memberi gambaran tentang kebebasan bersuara yang semacam disekat di Malaysia.

Saya fikir rakyat negara ini perlu khuatir sebagai warga Malaysia jika berhasrat mahu bercuti keluar Negara. Rasa bimbang mungkin ada sekiranya pihak lain bertindak bals kepada rakyat Malaysia yang datang ke negara tersebut khususnya Perancis.

Tindakan Najib Razak selaku Perdana Menteri telah mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling lemah, mereka dibayangi dengan ketakutan kepada oleh pendedahan tentang penyelewengan yang dilakukan kepada umum.

Tidak ubah seperti kisah-kisah pemimpin kotor yang diambarkan dalam filem Tamil.

Selepas Nasjib berbohong kepada Perdana Menteri Britain mengenai Himpunan Bersih, kini pentadbirannya menghalau seorang warga Perancis yang masuk ke Malaysia secara sah dengan tanpa sebab dan alasan yang kukuh

Tindakan yang saya rasa melambangkan betapa Najib dalam ketakutan untuk mermpertahankan kuasa dipenghujung usianya.

Justeru saya amat optimis bahawa Umno-Bn sememangnya akan tersungkur di tangan kuasa dan gelombang rakyat pada PRU 13 nanti di mana berdasarkan rentetan demi rentetan langkah yang diambil Umno-BN jelas menggambarkan kepada kita bahawa mereka kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR, 23 Julai 2011

PAS Akan Bertanding Parlimen Miri

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS menegaskan akan bertanding dalam parliamen Miri dalam pilihanraya umum ke 13 (PR13) nanti. PAS Miri sudah bersedia dengan calon yang ada potensi untuk menawan Miri. PAS akan meletak calon yang professional dari kalangan penduduk tempatan yang mempunyai ramai keluarga,saudara mara dan sahabat handai yang akan membantu PAS dalam misi menawan Miri. Calon tersebut boleh menguasai banyak bahasa termasuk bahasa
tempatan. Calon tersebut juga sesuai dan boleh di terima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekali lagi kita tegaskan tujuan utama PAS bertanding dalam kawasan bandar dan majority bukan Islam adalah untuk menunjukan bahawa PAS boleh di terima oleh semua bangsa dan agama serta bukan parti perkauman dan extrimis. PAS yakin dengan adanya kerjasama dalam Pakatan PAS boleh menawan parlimen Miri.

Walaupun rakan dalam Pakatan seperti DAP dan PKR juga ingin meletak calon masing-masing kita dalam Pakatan akan berunding untuk tentukan calon terbaik dari Pakatan untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Sekiranya tidak ada penyelesaian di peringkat kawasan kita serah pada negeri dan pimpinan pusat untuk kata putus.

Setiap rakan dalam Pakatan Rakyat harus menghormati keputusan dari pimpinan pusat sekiranya mahu Pakatan menguasai Parlimen Malaysia dan menuju ke Putra Jaya. Hanya dengan adanya kerjasama dalam Pakatan Rakyat pembangkang di Malaysia dapat menawan Putra Jaya. Jangan adanya sikap tamak dan ego semasa pembahagian kerusi nanti menyebabkan Pakatan Rakyat gagal sekali lagi menawan atau menumbang kerajaan BN.

Harap dapat kerjasama sepenuhnya dari rakan Pakatan demi mencapai impian dan kebajikan rakyat.

PAS untuk semua

Yang Menjalankan Amanah
Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Makhluk ganjil ditangkap di China

21 Syaaban 1432H. [MOD] -


MAKHLUK ganjil bermata besar, berkepala botak dan kurus ditangkap oleh seorang suri rumah, Mao Xiping di Kampung Gezhai, wilayah Henan, China baru-baru ini.

BEIJING: Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya.
-Agensi-

Mat Sabu: Buat apa saya tipu?

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

police mat sabu google map bersihSaleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

“Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

NONEPemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

NONESebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.

Malaysiakini/-

2 maut, 15 cedera dalam serangan terburuk terhadap bangunan kerajaan

MANGSA menerima rawatan di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo, semalam berikutan letupan yang turut merosakkan bangunan pejabat Perdana Menteri. - Foto AP

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

OSLO: Letupan bom yang kuat menggegarkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di bahagian tengah ibu kota Norway semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 15 lagi cedera.

Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Oslo yang lebih biasa disebut sebagai tempat anugerah Nobel Keamanan.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg terselamat kerana bertugas dari rumah, kata penasihat kanan kerajaan, Oivind Ostang.

Lokasi tempat bom meletup penuh dengan besi bengkok dan serpihan kaca selain kertas dokumen dari pejabat beberapa bangunan sekitarnya menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat beberapa akhbar utama negara itu termasuk tabloid terbesar, Verdens Gang (VG).

Banyak tingkap pecah di bangunan setinggi 20 tingkat yang menjadi pejabat Perdana Menteri dan menteri lain.

Polis berkata, kejadian disebabkan satu atau beberapa butir bom tetapi enggan membuat spekulasi dalang serangan. Anggota keselamatan kemudian menutup laluan ke kawasan masuk pejabat berdekatan termasuk stesen televisyen TV 2 selepas menemui satu bungkusan mencurigakan.

“Sehingga ini, pihak polis tidak boleh memberi apa-apa ulasan mengenai sejauh mana kerosakan berlaku kecuali ia disebabkan satu atau beberapa letupan,” menurut kenyataan polis.

Seorang wartawan yang kebetulan berada di pejabat agensi berita NTB Norway memberitahu, bangunan itu bergegar selepas letupan kuat berlaku dan pekerjanya dipindahkan selepas loceng kecemasan berbunyi.

Di tengah jalan, dia nampak seorang mangsa berlumuran darah di kaki dibawa keluar dari situ. Stesen televisyen kerajaan NRK menyiarkan gambar sebuah kereta rentung. – AP

Khutbah Jumaat : "TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

(20 Sya’ban 1432 / 22 Julai 2011)

"TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"

الْحَمْدُلِلَّهِ الْقَائِلِ،

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّ‌ٰكِعِينَ ﴿٤٣﴾

"Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat serta rukuklah (solat berjamaah) bersama-sama orang yang rukuk".(Al-Baqarah ayat 43)

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله, فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, yakni dengan mengerjakan semua perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kejayaan sama ada di dunia ini mahu pun di akhirat kelak. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Hadhirin yang dihormati sekalian,

Solat adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim semenjak mereka baligh, lima kali sehari semalam mengikut waktu yang telah ditetapkan. Solat menjadi tonggak dalam kehidupan Umat Islam yang akan memastikan kita sentiasa mentaati dan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala sepanjang kehidupan. Ianya menjadi sebab untuk kita mendapatkan Rahmat Allah di dalam kehidupan kita. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah An-Nur ayat 56;

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٥٦﴾

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, agar kamu diberi rahmat".

Sidang Jumaat Sekelian,

Perlaksanaan solat melambangkan kualiti iman dan keyakinan kita terhadap Allah Subhanahu Wata'ala. Solat merupakan ibadat yang membezakan antara umat Islam dengan penganut agama-agama lain. Solat merupakan penanda aras kekuatan agama, kemantapan jati diri dan keteguhan akhlak.

Oleh sebab itulah umat Islam dituntut mengajar anak-anak mereka untuk solat sewaktu berumur tujuh tahun dan boleh dipukul apabila berumur sepuluh tahun jika meninggalkan solat. Solat tidak boleh ditinggalkan sama sekali walaupun dalam keadaaan yang penuh dengan kesukaran seperti ketika berperang, ketika sakit, ketika bermusafir atau ketika bertugas. Walaubagaimanapun atas kasih sayang Allah terhadap manusia maka diberikan rukhsah (keringanan) bagi melaksanakan solat dengan cara yang lebih mudah dalam keadaan-keadaan tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Selain daripada tuntutan melaksanakan solat secara bersendirian, kita juga dituntut agar melakukannya secara berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w.:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً

"Solat berjamaah mengatasi solat bersendirian dua puluh tujuh darjat"

- Riwayat Muslim –Bil. 650

Ulamak menyatakan hukum solat berjemaah adalah samada Fardhu Kifayah ataupun sunat muakkad. Tetapi Hadis nabi menyatakan bahawa tidak boleh meninggalkan Solat berjemaah selama mana mendengar seruan azan sebagaimana sabda baginda :

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لاَ يُلاَ ئِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لاَ أَجِدُ لَكَ رُخْصَةً - رواه ابو داود

Daripada Abi Razin daripada Ibnu Ummi Maktum, bahawa beliau bertanya kepada nabi (saw), maka katanya ; Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku seorang yang cacat penglihatan, tinggal berjauhan dan tidak sentiasa mempunyai pembantu untuk memanduku datang ke masjid, adakah aku diberi keringanan untuk sembahyang di rumah. Maka sabda baginda; adakah kamu mendengar azan. Jawab Ibnu Ummi Maktum; ya. Maka sabda Rasulullah saw; kamu tidak diberi keringanan.

Malah mereka yang meninggalkan solat Jemaah juga akan mudah dikuasai oleh syaitan. Maka tidak hairanlah jika rumahtangga, masyarakat, negeri ataupun negara yang tidak mengambil berat mengenai solat berjemaah tidak akan merasai keamanan dan ketenangan dalam kehidupan mereka jika mereka mengabaikan solat berjemaah. Sabda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ ثَلاَثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلاَ بَدْوٍ لاَ تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلاةُ إِلاَّ قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّماَ يَأْكُلُ الذِّئْبُ مِنَ اْلغَنَمِ الْقاَصِيَةِ

Daripada Abu Darda’ berkata; aku mendengar rasullullah saw bersabda; tidak ada 3 orang di dalam sesuatu qaryah atau kampung yang tidak didirikan solat kecuali mereka akan dikuasai oleh syaitan, maka lazim atas kamu berjemaah kerana hanya kambing yang bersendirian sahaja yang akan dimakan oleh serigala

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Solat Jemaah menjadi lambang kesatuan dan perpaduan ummat dalam mencari Allah Subhanahu Wata'ala. Kita menghadap kiblat yang sama, kita patuh kepada imam yang sama dan segala bacaan dan pergerakan kita adalah sama. Solat Jemaah juga menjadi latihan kepada pemantapan kepada hubungan antara rakyat dan kepimpinan. Makmum perlu taat kepada imam selama mana imam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah. Makmum berhak menegur imam dan imam hendaklah menerima teguran makmum dengan penuh tawadhuk. Jika sekiranya imam berterusan melakukan kesilapan tanpa mahu membetulkan keadaan maka dibenarkan makmum mengambil alih kedudukan imam kerana tidak boleh sama sekali kita terus mengikut pemimpin kita yang membawa kita kepada kesesatan tanpa ada usaha untuk memperbaiki keadaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita sentiasa bercakap mengenai perpaduan umat Islam dan Bangsa Melayu. Perpaduan tidak akan dapat dicapai kecuali semua pihak tunduk kepada perintah Allah. Makmum tidak akan bersatu mengikut imam jika imam melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Sebahagian dari makmum yang mempunyai ilmu akan menegur imam atau berniat mufaraqah (mengasingkan diri dari Jemaah) manakala sebahagian lagi yang jahil akan terus menjadi pak turut kepada imam yang kerana mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menegur imam ataupun memisahkan diri dari ikutan mereka terhadap imam. Maka makmum akan kelihatan berpecah belah walaupun mereka asalnya mengikut imam yang satu. Jika ini berlaku, maka untuk menyatukan kembali Jemaah tersebut, maka imam wajib bersifat tawaddhuk dengan mengakui kesilapannya dan kembali kepada kebenaran. Jika egonya menguasai diri dan berterusan melakukan kesilapan, maka bersedialah untuk disingkirkan daripada jawatannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Perpaduan dan kesatuan amat penting dalam kita menghadapi saat yang amat genting ini. Kegagalan kita untuk bersatu padu telah diambil kesempatan oleh musuh-musuh Allah untuk menambahkan lagi kelemahan kita. Musuh-musuh Allah ini kebanyakannya tidaklah sekuat mana. Kita pernah menguasai mereka sebelum mereka merasai kemajuan tamadun yang mereka kuasai pada hari ini. Namun apabila umat Islam tidak bersatu padu maka mereka tidak langsung merasa gerun dengan kita. Untuk kembali menguasai mereka, kita mesti bersatu untuk saling menguatkan antara sesama kita, bukan tekan menekan antara satu sama lain. Kita perlu mewujudkan rasa gerun di hati mereka bukan sekadar mengambil hati mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 60:

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍۢ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi".

Muslimin mukminin yang dirahmati Allah sekelian,

Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia tidak berapa lama lagi, saya ingin menyeru jemaah sekelian untuk memulakan dengan diri kita sendiri untuk membuat perubahan dalam diri kita sebagi tanda kesungguhan kita untuk mencapai darjat ketaqwaaan dengan:-

1) Berazam untuk tidak lagi melepaskan peluang solat fardhu dan solat berjamaah di Masjid, surau, musolla atau di mana saja.

2) Sentiasa berpakaian lengkap dan menutup aurat agar kita dapat menunaikan solat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

3) Sentiasa menjaga waktu setiap solat dan tempat untuk kita bersolat berjamaah di awal waktu walaupun ketika bermusafir.

4) Sentiasa mepersiapkan diri dengan ilmu dan kelayakan yang mencukupi untuk menjadi makmum atau imam dalam situasi yang memerlukan.

5) Memastikan agar Amar Makruf Nahi Mungkar sentiasa ditegakkan dalam masyarakat.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Bagaimana mendapat taqwa dengan berpuasa?

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Untuk memiliki rasa takut atau taqwa, umat Islam perlukan latih-tubi dalam tempoh yang panjang, bahkan lebih berkesan kalau dilakukan secara beramai-ramai. Oleh sebab itu bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk umat Islam memulakan latihan taqwa. Kenapa?

Bukankah dalam bulan Ramadan semua orang berpuasa dan sama-sama mahu meningkatkan ibadah masing-masing.

Sebenarnya dalam bulan Ramadan itu Allah sediakan banyak latih tubi yang seharusnya diikuti oleh umat Islam. antara bentuk latihan itu ialah:

1. Berlatih untuk patut perintah Allah yang sunat di samping yang wajib. Islam perintahkan umatnya sahur pada waktu akhir, berbuka puasa diawalkan waktunya, membaca al-Quran dan berzikir. Allah juga perintahkan solat Tarawih sebanyak mungkin.

Kalau semua perintah Allah ini dapat dipatuhi umat islam secara istiqamah sehingga akhir Ramadan, pasti mereka akan beroleh sebahagian rasa taqwa.

2. Berlatihlah untuk meninggalkan larangan Allah yang makruh apatah lagi yang haram. Oleh sebab itu janganlah makan sahur pada jam 12 malam tetapi bangun pagi jam 7 pagi sehingga lewat Subuh. Janganlah melambatkan berbukan puasa dan makan dalam jumlah yang banyak hingga tidak sempat melakukan solat Maghrib. Lebih-lebih lagi tidak patut, kalau berbuka puasa dengan rokok.
Perlu diingatkan di sini, merokok walaupun pada sesetengah orang masih berpegang kepada makruh, seharusnya bermula Ramadan ini mereka bertanya diri kenapa masih mahu menempah kebencian Allah? Bukankah maksud makruh ialah dibenci. Sedangkan yang benci itu sekurang-kurangnya ada tiga pihak iaitu Allah, Rasul dan orang ramai. Bayangkan kalau Allah benci anda, bolehkah anda rasa bahagia. Bagaimana kalau kekasih anda bencikan anda, bolehkah anda rasa tenang?

Ketahuilah kalau Allah benci bukan sahaja ibadah kita dan kebaikan kita tidak diterima, malah boleh jadi kita tidak beroleh rasa taqwa. Jadi, jauhilah perkara makruh dan haram di mana-mana demi rasa takut kepada Allah. Anda mampu mengubahnya.

3. Dalam tempoh berpuasa itu setiap umat Islam diminta supaya bercakap dengan baik, membaca al-Quran, tidak bercakap sia-sia apatah lagi mengumpat dan membuat fitnah.
Bayangkan kalau selama sebulan kita boleh menjaga lidah ke arah kebaikan, apakah mungkin masih ada lagi dosa lidah. Percayalah mereka yang boleh mempertahankan sikap itu sudah pasti layak beroleh taqwa.

Dapatkan banyak lagi ilmu dan maklumat mengenai puasa dalam majalah Fardu Ain edisi 3.
Kenapa tidak meningkat?

Jika umat Islam memahami KPI puasa sebagaimana yang ditetapkan Allah, wajarkah mereka terus berpuasa pada tahap yang sama dari awal balighnya hingga ke usia ini? Secara logiknya mereka akan berasa tidak wajar. Semua yang berlaku di dunia itu berkembang dan bertambah hatta dalam ibadah.

Mutu puasa seseorang perlu ke arah yang lebih baik dari masa ke masa. Begitu juga dengan ganjaran yang akan Allah berikan, mengikut mutu yang dipersembahkan hamba-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ramadan itu awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Makannya kalau mereka tahu begitulah peningkatan dan perubahan yang disediakan Allah pasti pada 10 hari pertama bulan Ramadan dilakukan dengan sebaiknya. Dan ditingkatkan lagi pada 10 Ramadan kedua dan tingkatkan mutunya lagi pada 10 Ramadan yang terakhir. Tawaran duniawi yang sehebat ini tidak harus diabaikan begitu sahaja.
Sungguhpun begitu, ramai umat Islam yang tidak tahu kehendak Allah itu. Mereka tidak tahu bahawa ibadah yang dilakukan itu harus lebih baik dari hari ke hari. Hal ini kerana mereka lupa bahawa syurga yang disediakan itu berbeza-beza mengikut tahap ibadah yang kita lakukan.
Rata-rata umat Islam tidak menyedari tuntutan Allah itu lalu ibadah yang dilakukan cukup setakat memenuhi syarat dan rukun sahaja. Yang penting pada mereka ibadah itu sah dan diterima Allah. Padahal Allah hendak lebih daripada itu iaitu takwa. Jadi, Ibadah yang dilakukan tidak seharusnya statik tanpa berkembang.

Kalau anda mahu berubah, bacalah rencana ini seterusnya dalam Solusi isu 34

22 Julai 2011

Tuan Ibrahim masih demam

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 22 Julai: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini sedang menjalani rawatan di wad Hospital Pakar Alor Akar, di sini dilaporkan masih demam tetapi semakin pulih.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, keadaan Pesuruhjaya PAS Pahang itu sudah lebih stabil sejak dimasukkan ke situ Rabu lalu.

“Beliau masih demam dengan bacaan suhu badan mencecah 37 darjah tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, boleh makan dan dinasihatkan banyak berehat,” katanya.

Tuan Ibrahim yang demam menggigil dimasukkan ke hospital berkenaan Rabu lalu setelah pemeriksaan pada darahnya terdapat simptom dijangkiti kuman malaria.

Sehari sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Jengka setelah pemeriksaan darah berikutan mengalami demam berkala sejak beberapa hari.

Roslan mengakui pejabat PAS Pahang telah dihubungi pelbagai pihak bagi mengetahui keadaan Tuan Ibrahim justeru membuat kenyataan ini.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Tuan segera pulih seperti sedia kala bagi terus memimpin perjuangan ini,” seru beliau.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Kami seluruh warga blog Cina Islam mendoakan ustaz cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Peguam 'Scorpene' ditahan, akan diusir pulang

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdonDifahamkan, beliau akan dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.


Malayskaini/-

NGO berkeras nyatakan Teoh dibunuh

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

Selain keluarga Teoh Beng Hock yang menolak laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik itu, sebuah kumpulan sivil dan beberapa NGO lain juga tidak yakin dengan keputusan laporan yang memutuskan bahawa Teoh membunuh diri.

Hujah mereka, kematian Teoh adalah satu pembunuhan kerana lelaki itu mati ketika di bawah tahanan SPRM .

"Secara kategori kami menolak laporan suruhanjaya yang tidak menyakinkan itu bahawa Teoh membunuh diri. Kami tekankan bahawa puncanya adalah penyiksaan oleh SPRM sama ada secara mental, fizikal, termasuk juga ugutan yang menyebabkan kematiannya,” kata kumpulan itu yang menamakan diri mereka sebagai Pergerakan Rakyat Malaysia untuk Beng Hock dalam kenyataan bersama dengan beberapa NGO lain.

"SPRM dan kerajaan mesti memikul tanggungjawab untuk keselamatan dan hak asasi semua nyawa yang di dalam tahanannya. Apa-apa yang berlaku di agensi kerajaan sehingga menyebabkan kematian boleh dianggap sebagai satu pembunuhan atau homisid,” kata mereka.

NGO lain yang terlibat alah Suaram, Youth For Change dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut mereka laporan setebal 124 mukasurat yang didedahkan semalam itu membuktikan bahawa Teoh belum dibebaskan pada pagi 16 Julai 2009 seperti yang didakwa oleh SPRM dan masih secara paksa dalam tahanan SPRM.

malaysiakini/-

700 mat rempit ikrar pertahan Kelantan

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 22 Julai: Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.

Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.

Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.

Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.

Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.

Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.

Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.

“Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu,” katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.

Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta gusti lengan terbuka Johor pada 23 Julai ini.

Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.

Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaaffar. Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.

“Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.

“Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah,” ujarnya.

harakahdaily/-

Takraw Piala Dunia: Tekong berhijab tak kekok buat libasan

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 Julai – ”Hijab” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun.

"Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai ”hijab” pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.

Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama

Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.

harakahdaily/-

"Jika Betul Saya Mahu Rempuh Polis, Dakwa Saya Di Mahkamah" - Tian Chua

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 22 JULAI : Polis Di- Raja Malaysia (PDRM) dibidas kerana menuduh secara sembarangan kononnya peserta himpunan aman Bersih 2.0 melakukan provokasi sehingga memaksa anggotanya bertindak menyembur air bercampur kimia dan gas pemedih mata bagi menyurai himpunan tersebut.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, tindakan polis menayang rakaman terpilih semalam, seraya menuduh peserta himpunan membuat provokasi sangat tidak profesional berikutan mereka langsung tidak dipanggil untuk sebarang siasatan dan tiada ruang untuk membela diri.

"Ini adalah satu tindakan yang tidak profesional, kerana mereka (polis) membuat pertuduhan terbuka keatas individu-individu tanpa membolehkan mereka membela diri atau disoal siasat terlebih dahulu," tegas Tian.

Jurucakap polis, Salleh Mat Rashid semalam, bertempat di dewan Theattrette Bukit Aman bertindak menayang secara terbuka beberapa rakaman kepada wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil Media terpilih dalam usaha menghalalkan tindakan ganas dan zalimnya terhadap peserta himpunan itu.

Walhal peserta yang hadir menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara itu, bergerak secara aman tanpa membawa sebarang senjata.

Tian kemudiannya mengulas tindakan polis menayang rakaman seolah- olah dirinya dan beberapa peserta himpunan itu berlari merempuh kearah sekumpulan Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Justeru Salleh berkata, atas tindakan provokasi Tian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih kepada mereka.

"Kalau benar saya telah melakukan kesalahan dan mengepalai demonstran itu untuk menyerang polis seperti yang didakwa, polis perlu tunjukkan bukti dan boleh dakwa saya di mahkamah, dan saya tidak akan jawap didalam media kerana ini bukan forumnya," tegas Tian.

Tian turut menambah tindakan polis mendedahkan video terpilih semalam seolah-olah seperti polis sudah jatuhkan hukuman kepada tertuduh, sedangkan inidividu yang dituduh tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat.

"Sekirannya polis benar-benar mempunyai bukti bahawa seseorang itu telah melakukan kesalahan mereka sepatutnya didakwa dimahkamah dan video-video ini digunakan sebagai bukti dakwaan, bukannya bertindak menayangkannya di forum secara terbuka dan memburukkan mereka," katanya.

Selepas tayangan hampir 30 minit, Salleh akhirnya mengakui polis bertindak menyembur air bercampur kimia ke kawasan Hospital Tung Shin.

Pengakuan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Low Tiong Lai sebelum ini kononnya hospital itu tidak menjadi sasaran provokasi polis.

Bagaimanapun, Salleh menambah, polis tidak melepaskan tembakan gas pemedih mata ke hospital tersebut dan berkeras menyatakan angin yang meniup gas tersebut sehingga masuk ke hospital tersebut.

Salleh juga menafikan semua tuduhan kekejaman mereka dalam insiden yang lain termasuk kes di terowong KL Sentral dan dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dirempuh Pajero polis.

tv news/-

22 maut panas melampau

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

Suhu di timur Amerika dijangka meningkat hingga 38 darjah celsius

CHICAGO: Gelombang panas yang melanda bahagian tengah dan selatan Amerika, sudah mengorbankan 22 orang minggu ini, manakala jabatan perkhidmatan kaji cuaca meramalkan gelombang yang sedang menuju ke timur itu akan berterusan selama beberapa minggu lagi.

Jabatan itu melaporkan, seramai 141 juta penduduk di lebih 20 negeri di Amerika diberi nasihat atau amaran berikutan suhu yang semakin panas, manakala bahagian tengah Amerika sudah mengalaminya sejak akhir Mei.

Di Wichita, Kansas, jabatan kaji cuaca memberi amaran bahawa suhu akan meningkat hingga 38 darjah celsius setiap hari hingga hingga Selasa depan.

“Keadaan cuaca terlalu panas dan sungguh menyiksakan,” kata jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Chris Vaccaro.

Gelombang panas dilaporkan sedang bergerak menuju ke bahagian tengah Atlantik.
Suhu diramal mencapai 32 darjah celsius di Washington DC dan dijangka meningkat kepada 38 darjah celsius menjelang esok.

Pakar kaji cuaca berkata, gelombang panas dijangka berterusan hingga Ogos di kebanyakan negeri di timur Amerika.

Laman web Pusat Perkhidmatan Perubahan Iklim Global, AccuWeather.com meramalkan, kesan daripada gelombang panas kali ini dari segi kehilangan nyawa, penggunaan tenaga elektrik, kerosakan jambatan dan jalan raya akan mengatasi gelombang panas 1995, yang mengorbankan ratusan nyawa di Chicago saja.

Jabatan Kaji Cuaca melaporkan, beberapa hospital di Wichita sudah merawat sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang dikaitkan dengan kesan cuaca panas.

Di Des Moines, Iowa, seramai 16 orang dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit akibat terdedah dengan cuaca terlalu panas. – Reuters