05 Jun 2012

Anwar kata tak perlu bayar hutang PTPTN

15 Rejab 1433H. [MOD] -

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.

Kenyataannya itu menerima kritikan keras daripada setiausaha pengelola kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong yang berkata Anwar bertindak dengan tidak bertanggungjawab melalui saranannya kepada peminjam untuk melanggar undang-undang.

"Demi meraih sokongan daripada pengundi muda, Anwar menggunakan langkah populis untuk mendapatkan undi dalam cita-citanya untuk mengambil alih sebagai perdana menteri.

"Apa yang menyedihkan, beliau nampaknya bangga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Hanya pemimpin (Pakatan Rakyat) yang berani menunjukkan keingkaran kepada undang-undang seperti itu.

malaysiakini/-

Putih mata RM5,000 lesap

15 Rejab 1433H. [MOD] -

JABI, TERENGGANU – Pasangan guru terpaksa berputih mata dan kerugian lebih RM5,000 apabila mendakwa tertipu ketika membeli beberapa barangan elektrik daripada sebuah syarikat jualan lansung yang beroperasi di lokasi tertentu di bandar Jertih bulan lalu.

Guru lelaki berumur 33 tahun terbabit berkata, dia berasa tertipu kerana barangan yang dibeli tidak berkualiti dan tidak mempunyai pengesahan Sirim.

Dakwanya, kisahnya bermula apabila isterinya juga seorang guru berumur 29 tahun ditawarkan hadiah gelas oleh seorang jurujual yang menunggu pelanggan di tempat tertentu.

“Selepas mengisi borang di kaunter mereka, jurujual itu memberikan dua baucar kepada isteri saya, kononnya satu baucar memenangi RM50 dan satu lagi RM1,000,” katanya.

Guru itu berkata, jurujual lelaki terbabit memujuknya membeli set teater rumah bernilai RM3,688 dengan harga hanya RM2,688 setelah ditolak diskaun baucar RM1,000 yang dimenangi.

Dakwanya, isterinya memberitahu tidak ada wang sebaliknya jurujual itu mahumelihat kad ATM namun selepas diberikan jurujual itu terus melayangkan kad ke ATM pada mesin yang menunjukkan nilai RM700.

“Jurujual itu memberitahu wang itu tidak hilang dalam akaun dan meminta kad ATM lain serta kad ATM milik saya untuk membuat baki pembayaran termasuk membayar satu produk lagi barangan yang kononnya berharga RM3,500 tetapi saya hanya perlu bayar dengan harga RM900,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan guru itu kesal kerana apabila membawa pulang peralatan yang dibeli, satu daripadanya rosak dan tidak ada tanda kelulusan Sirim serta tidak sepadan dengan harga.

Apabila mahu kembalikan barangan itu, syarikat terbabit enggan menggembalikan wangnya sebaliknya guru berkenaan hanya boleh membuat pertukaran barang, itupun dengan syarat mereka perlu membeli barangan lain.

Mangsa yang bertugas di sebuah sekolah di Setiu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya berikutan ditipu jurujual sebuah syarikat jualan langsung.

“Akibat terdesak, kami terpaksa membeli lagi barangan lain bernilai lebih RM1,000 dan apabila pulang, baru terlintas kami tertipu dan telah membuat pembayaran kesemuanya berjumlah RM5,436,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Jertih.

Guru itu berkata, jurujual berkenaan juga memaklumkan dia tidak dapat berbuat apaapa termasuk tidak boleh mengembalikan wang kerana dia dan isterinya telah menurunkan tanda tangan pada surat belian.

“Saya membuat pendedahan ini supaya orang lain tidak menerima nasib seperti saya yang tertipu dan perlu berhati-hati ketika berurusan dengan syarikat ini,” katanya.

Sinar Harian

Kembali ke era pemuda Umno tahan lasak

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KEKECOHAN dan gangguan terhadap ceramah PKR yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim di Lembah Pantai malam Khamis 24 Mei 2012 adalah rentetan UMNO kembali ke era Pemuda UMNO tahan lasak pra 13 Mei, 1969.

Pemuda UMNO masa itu dipimpin oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman. Saya mengenali Senu dari dekat. Dia seorang yang baik dan berfikiran maju tetapi bukan seorang yang samseng.

Tetapi orang di bawah beliau ada yang ultra dan samseng. Maka dia hilang kawalan terhadap anak buahnya. Pemuda UMNO zaman itu mungkin ramai dan kuat, tetapi tidak dihormati. Mereka digerusi dan ditakuti.

Dalam mana-mana politik duniawi adalah orang keras dan pelampau iaitu ektrimis. Tetapi Pemuda UMNO tahan lasak pelampau, sebaliknya samseng yakni gangsterisma. Mereka kaki pukul, kaki gaduh dan kaki kacau.

Pembangkang penting dan utama era itu adalah PAS. PAS banyak pengalaman menjadi mangsa politik ranggi itu. Ia adalah era paling hitam bagi Pemuda UMNO.

Sejak Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara dan Tun Musa Hitam menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato Harun Idris, sifat samseng Pemuda tahan lasak itu mula dibendung dan orang lupa kepada samsengnya.

Tetapi ia mulai kembali ke zaman huduh itu apabila ceramah pembangkang mulai diganggu. Penunggang motosikal bukan sekadar menggamatkan dentum bunyi motorsikal masing-masing bah meronda seperti mat sempit berdekatan majlis ceramah pembangkang. Ia amat mencabar kesabaran pembangkang.

Mulai semula budaya UMNO mengadakan ceramah kilat beberapa rantai dari ceramah PAS. Sejak dulu dan sekarang ceramah UMNO tidak berorang. Maka ia tidak banyak mengadakan ceramah. Yang rajin mengadakan ceramah ialah pembangkang terutama PAS. Ceramah selalunya ada sambutan. UMNO pun suka mendengar ceramah pembangkang di celah-celah gelap malam.

Tetapi selalunya bila ada ceramah pembangkang biasalah UMNO mengadakan ceramah segera kadang-kadang berhadapan dan bersebelah dengan ceramah pembangang. Bukan ramai yang mendengar mereka, tetapi cukup mengacau, menghalang orang pergi ke ceramah pembangkang dan mengganggu yang hadir ke ceramah mendengar ceramah itu.

Gangguan itu mudah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku dalam ceramah PKR di Lembah Pantai itu.

Percayakah orang bahawa yang mengganggu itu bukan UMNO? Sama ada ia dilakukan oleh UMNO atau oleh sesiapa saja selain UMNO, tetapi persepsi orang ia adalah UMNO.

Boleh jadi bukan oleh UMNO. Tetapi sasaran ceramah itu selain dari menerangkan dasar dan perjuangan partinya, ia juga bagi menegur kelemahan kerajaan dan di mana tidak kenanya UMNO dalam berbagai perkara. Payah bagi pihak yang tidak berkenaan untuk memberi reaksi atas sasaran ceramah pembangkang.

Mungkin ia angkara orang lain, tetapi orang tetap kata ia khianat UMNO. Maka UMNO mesti menjaga kesabarannya sebagai pengamal demokrasi yang matang menjauhkan diri tohmah dikatakan samseng.

Orang yang tidak serorok dengan ceramah Anwar adalah UMNO totok saja. Orang lain sanggup pergi ke mana-mana untuk mendengarnya. Teremasuk orang UMNO. Mana ada penceramah politik dalam dunia yang tidak membidas dan mengecam lawan politik. Bukan UMNO kalau dia tidak kata PAS, PKR dan DAP tidak baik. Kalau pembangkang boleh sabar apa UMNO kata kepada mereka termasuk mengata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir, maka UMNO yang berpolitik lebih 60 tahun sanggup belajar dari perkara itu.

Jika Anwar tidak diterima orang sebagai pemimpin dan tiada orang hendak mendengarnya lagi, maka mengapa ceramahnya diganggu. Kalau orang sudah tidak bersamanya, nescaya tiada lagi yang mendengarnya.

Bila yang mendengarnya, dia pun tidak berceramah lagi. Jika UMNO tidak suka ceramahnya, UMNO boleh arah orang UMNO dan penyokongnya mendengar ceramahnya. UMNO jangan pergi mendengarnya.

Masalahnya UMNO pun ramai yang hendak mendengarnya. Kerana UMNO tidak terdaya menangkis serangannya dan tidak dapat menafikan kebaikan yang kerajaan pembangkang buat, maka cara mudahnya, ia balik ke alam samseng.

Najib mahu UMNO dan rakyat berfikir dan bertindak mengikut kelas dunia pertama, ketika semua orang sudah masuk ke kelas dunia pertama, UMNO masih berada di kelas dunia ketiga. UMNO tahan lasak lebih terkebelakang dari kelas dunia ketiga.

harakadaily/-

Nanas seakan buah sawit

15 Rejab 1433H. [MOD] -

TEMERLOH - Seorang peneroka yang mengusahakan tanaman nanas secara sambilan terkejut apabila mendapati hasil tanamannya itu membesar seakan-akan buah sawit.

A Muin Saat, 60, dari Felda Kemasul, di sini, berkata, dia menanam benih nanas Sarawak beberapa bulan lalu berhampiran rumahnya.

Menurutnya, selepas beberapa bulan dia mendapati terdapat kelainan pada bentuk buah tersebut yang lebih besar dan berkembar dengan pokok nanas yang ditanam di sebelahnya.

“Mula-mula saya lihat ia macam biasa tetapi lama-kelamaan buah nanas ini seakan bercantum dan semakin membesar.

“Apabila buah ini sudah mencapai berat satu kilogram barulah saya perasan kelainan yang ada padanya menyebabkan timbul minat untuk menyimpannya,” katanya.

Muin berkata, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

“Saya rasa ia pelik dan tidak akan menjual atau memakannya, tengoklah macam mana nanti kalau rasa dah puas simpan mungkin akan dijual juga,” katanya.

Sinar Harian

Anggota trafik dipukul dua mat rempit bergantung harap pada mesin untuk hidup

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KLANG – “Ayah hanya bergantung harap pada mesin untuk hidup, jika tidak…”

Kata-kata Mohd Hafiz, 21, tidak dapat diteruskan ketika ditanya keadaan ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Di raut wajah anak muda itu dilihat penuh rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa ayahnya.

Sambil menyifatkan mat rempit itu kejam, di fikiran Mohd Hafiz didesak dengan satu soalan.

“Mengapa mereka tergamak buat ayah seperti ini? Mereka pukul kepala ayah...mungkin guna fork lock (pengunci motosikal).

“Ayah tidak sedarkan diri. Bernafas pun guna mesin. Ini semua sebab kesan pukulan kuat di kepalanya,” katanya, semalam.

Menceritakan kejadian itu, awalnya, ibu, Norizan Shahidin, 53, enggan menceritakan berita malang itu kepadanya.

Mungkin tidak mahu hatinya risau, namun adiknya, Khairunnissa, 20, menelefonnya dan memaklumkan ayahnya tenat.

“Selepas lima jam baru saya tahu berita ini. Ketika itu ayah sedang nazak, otaknya mengecut dan perlu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Kuasa Allah, ayah kembali stabil,” katanya.

Ibunya, tidak henti-henti mengalirkan air mata. Sambil beberapa bacaan surah diperdengarkan kepada ayahnya.

“Begitulah keadaan ibu. Ibu tidak putus-putus berdoa supaya ayah kembali sedar,” katanya.

Mustaghni parah dirempuh dan dihentak dengan topi keledar oleh dua mat rempit di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, Mustaghni sedang bertugas dalam operasi cegah lumba haram.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata, gerakan memburu dua lelaki tersebut sedang dijalankan.

Sinar Harian

Tumor Adam semakin membesar

15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Sejak kisah Adam Akbar Ali, 10 menghidap penyakit tumor saraf tunjang disiarkan oleh Sinar Harian dua minggu lalu, sumbangan orang ramai kepada Adam meningkat kepada RM55,700 hingga petang semalam.

Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, sumbangan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung pembiayaan pembedahan Adam di Hospital Johns Hopkins, Amerika Syarikat yang berjumlah RM175,000.

Menurutnya, beliau sekeluarga berterima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang sentiasa memberikan semangat, nasihat dan sokongan kepada mereka untuk menghadapi ujian itu.

“Saya berharap hasrat saya untuk memberikan rawatan terbaik kepada Adam akan tercapai.

Keadaan Adam sekarang membimbangkan kami sekeluarga kerana Adam kerap sakit kepala dan terpaksa diberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan sakit yang dialaminya.

“Adam dilihat semakin lemah dan kurang selera makan. Kami juga dimaklumkan oleh Pakar Neuro dari Hospital Johns Hopkins, Dr George Jallo bahawa tumor Adam sedang membesar atau air bertakung di dalam saraf tunjang Adam semakin banyak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akbar berkata, keadaan tersebut menyebabkan beliau mengambil keputusan membuat ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) di Hospital Pantai, Bangsar, semalam untuk mendapatkan perkembangan Adam yang sebenarnya.

“Saya akan menghantar keputusan MRI tersebut kepada Dr. Jallo dengan segera. Saya juga berharap panel yang dilantik bagi menguruskan perubatan Adam dapat memberikan keputusan secepat mungkin,” katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Adam, bolehlah disalurkan ke akaun Maybank 512101054830 dan Bank Islam 12038025182964.

Sinar Harian

Kembali ke era pemuda Umno tahan lasak

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KEKECOHAN dan gangguan terhadap ceramah PKR yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim di Lembah Pantai malam Khamis 24 Mei 2012 adalah rentetan UMNO kembali ke era Pemuda UMNO tahan lasak pra 13 Mei, 1969.

Pemuda UMNO masa itu dipimpin oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman. Saya mengenali Senu dari dekat. Dia seorang yang baik dan berfikiran maju tetapi bukan seorang yang samseng.

Tetapi orang di bawah beliau ada yang ultra dan samseng. Maka dia hilang kawalan terhadap anak buahnya. Pemuda UMNO zaman itu mungkin ramai dan kuat, tetapi tidak dihormati. Mereka digerusi dan ditakuti. Dalam mana-mana politik duniawi adalah orang keras dan pelampau iaitu ektrimis. Tetapi Pemuda UMNO tahan lasak pelampau, sebaliknya samseng yakni gangsterisma. Mereka kaki pukul, kaki gaduh dan kaki kacau.

Pembangkang penting dan utama era itu adalah PAS. PAS banyak pengalaman menjadi mangsa politik ranggi itu. Ia adalah era paling hitam bagi Pemuda UMNO.

Sejak Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara dan Tun Musa Hitam menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato Harun Idris, sifat samseng Pemuda tahan lasak itu mula dibendung dan orang lupa kepada samsengnya.

Tetapi ia mulai kembali ke zaman huduh itu apabila ceramah pembangkang mulai diganggu. Penunggang motosikal bukan sekadar menggamatkan dentum bunyi motorsikal masing-masing bah meronda seperti mat sempit berdekatan majlis ceramah pembangkang. Ia amat mencabar kesabaran pembangkang.

Mulai semula budaya UMNO mengadakan ceramah kilat beberapa rantai dari ceramah PAS. Sejak dulu dan sekarang ceramah UMNO tidak berorang. Maka ia tidak banyak mengadakan ceramah. Yang rajin mengadakan ceramah ialah pembangkang terutama PAS. Ceramah selalunya ada sambutan. UMNO pun suka mendengar ceramah pembangkang di celah-celah gelap malam.

Tetapi selalunya bila ada ceramah pembangkang biasalah UMNO mengadakan ceramah segera kadang-kadang berhadapan dan bersebelah dengan ceramah pembangang. Bukan ramai yang mendengar mereka, tetapi cukup mengacau, menghalang orang pergi ke ceramah pembangkang dan mengganggu yang hadir ke ceramah mendengar ceramah itu.

Gangguan itu mudah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku dalam ceramah PKR di Lembah Pantai itu.

Percayakah orang bahawa yang mengganggu itu bukan UMNO? Sama ada ia dilakukan oleh UMNO atau oleh sesiapa saja selain UMNO, tetapi persepsi orang ia adalah UMNO.

Boleh jadi bukan oleh UMNO. Tetapi sasaran ceramah itu selain dari menerangkan dasar dan perjuangan partinya, ia juga bagi menegur kelemahan kerajaan dan di mana tidak kenanya UMNO dalam berbagai perkara. Payah bagi pihak yang tidak berkenaan untuk memberi reaksi atas sasaran ceramah pembangkang.

Mungkin ia angkara orang lain, tetapi orang tetap kata ia khianat UMNO. Maka UMNO mesti menjaga kesabarannya sebagai pengamal demokrasi yang matang menjauhkan diri tohmah dikatakan samseng.

Orang yang tidak serorok dengan ceramah Anwar adalah UMNO totok saja. Orang lain sanggup pergi ke mana-mana untuk mendengarnya. Teremasuk orang UMNO. Mana ada penceramah politik dalam dunia yang tidak membidas dan mengecam lawan politik. Bukan UMNO kalau dia tidak kata PAS, PKR dan DAP tidak baik. Kalau pembangkang boleh sabar apa UMNO kata kepada mereka termasuk mengata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir, maka UMNO yang berpolitik lebih 60 tahun sanggup belajar dari perkara itu.

Jika Anwar tidak diterima orang sebagai pemimpin dan tiada orang hendak mendengarnya lagi, maka mengapa ceramahnya diganggu. Kalau orang sudah tidak bersamanya, nescaya tiada lagi yang mendengarnya. Bila yang mendengarnya, dia pun tidak berceramah lagi. Jika UMNO tidak suka ceramahnya, UMNO boleh arah orang UMNO dan penyokongnya mendengar ceramahnya. UMNO jangan pergi mendengarnya.

Masalahnya UMNO pun ramai yang hendak mendengarnya. Kerana UMNO tidak terdaya menangkis serangannya dan tidak dapat menafikan kebaikan yang kerajaan pembangkang buat, maka cara mudahnya, ia balik ke alam samseng.

Najib mahu UMNO dan rakyat berfikir dan bertindak mengikut kelas dunia pertama, ketika semua orang sudah masuk ke kelas dunia pertama, UMNO masih berada di kelas dunia ketiga. UMNO tahan lasak lebih terkebelakang dari kelas dunia ketiga.

Harakah Daily

Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.

Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.

"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.

Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.

"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.

Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.

"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.

"Inikah mentaliti menteri yang ada?

"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi.

Harakah Daily

Perbak minta JKM selesai kerakyatan anak yatim

15 Rejab 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) memberi kata dua kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada menyelesaikan masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah seliaan mereka atau berdepan dengan demonstrasi.

Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah berkata, masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah kelolaan JKM sudah berlarutan selama tujuh tahun dan sehingga kini masih belum diselesaikan.

"Saya bagi tempoh dalam masa dua minggu untuk JKM selesaikan, sekurang-kurangnya 10 daripada 20 anak yatim itu dapat kad pengenalan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan demonstrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat selepas dipanggil JKM ekoran pendedahan seramai 1,758 bekas penghuni rumah anak yatim JKM tidak mempunyai kad pengenalan.

Beliau turut menyerahkan senarai 20 orang anak yatim yang pernah menghuni di institusi seliaan JKM yang tidak mempunyai kad pengenalan kepada Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Puan Norani.

20 orang anak yatim berkenaan pernah mendapat perlindungan di Rumah kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Rumah Kanak-kanak Abdul Aziz Perak, Rumah Kanak-kanak Kepala Batas dan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah.

Dalam pertemuan itu juga, Khairul turut memberi amaran kepada JKM akan mendedahkan bukti penyelewengan serta kegiatan tidak bermoral kakitangan JKM termasuklah meliwat anak-anak yatim.

Bahkan katanya, sebanyak tiga kes liwat telah berlaku pada tahun 2009, 2010 dan 2011 di mana ketiga-tiga kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis Melaka Tengah, namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap kakitangan JKM terbabit.

Apa yang berlaku katanya, kakitangan JKM terbabit tidak dikenakan tindakan undang-undang sebaliknya hanya dipindahkan tempat kerja sahaja.

"Saya ada bukti bagaimana kakitangan JKM meliwat anak-anak yatim dan bukti itu saya bawa bersama dalam pertemuan ini. Dan pegawai terbabit tidak membenarkan saya dedahkan kepada pihak media," katanya.

Jelas Khairul, jika JKM terus memperbodohkan mereka, beliau tidak teragak-agak akan membawa seorang perempuan yang akan menjadi pengadu pertama.

Di mana perempuan ini, katanya seorang ibu kepada empat orang anak yang terpaksa menjual anaknya kerana sesuap nasi.

"Jangan kata perempuan ini sahaja, saya boleh tampilkan anak-anak yatim yang kini hidup mereka tidak ada arah tujuan yang jadi tomboy pun ada apatah lagi yang jadi pelacur, " katanya.

Justeru, katanya, tindakannya itu sebagai membuka mata banyak pihak yang selama ini mengagung-agungkan JKM dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim, walhal ianya tidak seindah yang digambarkan.

"Apa yang saya buat ini, supaya kita bangkit dari tidur bahawa kita sudah diperbodohkan kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Kononya selama ini JKM membuat kerja, tetapi apa telah terjadi pada anak-anak yatim bukan sahaja tidak terbela bahkan ramai yang tersasar," katanya.

Khairul merupakan Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka. Beliau yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab.

Beliau berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.

Bagaimanapun, ekoran pendedahan berani beliau ini akhirnya permohonan mendapatkan status warga negara, tiba-tiba dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara sudah diluluskan pada 28 Disember tahun lalu.

Harakah Daily

Matlamat Bersih demi keselamatan negara

15 Rejab 1433H. [MOD] -

Mukadimah

Demonstrasi Bersih 3.0 telah berlansung dengan jayanya sekalipun berlaku beberapa insiden yang sengaja dirancang oleh pihak tertentu agar ianya dianggap bercanggah dengan kehendak rakyat. Lantaran itu timbullah isu berkenaan hukum demonstrasi sama ada haram atau wajib. Kenyataan dari MAJLIS SYURA ‘ULAMA sengaja dilewatkan sedikit supaya suasana kembali tenang dan semua dapat membacanya dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Tulisan ini akan cuba merungkaikan permasalahan ini dari segi tujuan demonstrasi serta asasnya di dalam sunnah dan sejarah Islam bagi membuang kekeliruan yang sering menghantui golongan yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman.

Realiti Demontrasi Dari Perspektif Dunia Moden

Demonstrasi adalah salah satu cara makluman kepada awam mengenai ketidak puasan hati terhadap sesuatu kezaliman, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain setelah cara lisan tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Dalam dunia demokrasi hari ini, demontrasi adalah sesuatu yang biasa berlaku di mana-mana negara demokrasi kerana ia adalah wasilah sesetengah golongan memberitahu kepada kerajaan dan rakyat khususnya apabila suara mereka cuba ditenggelamkan atau dimanipulasi oleh pihak yang berkuasa.

Dalam konteks Malaysia hari ini demontrasi ‘duduk dan bantah’ adalah salah satu cara terbaik menjatuhkan kezaliman khususnya sebagaimana yang telah berlaku di Mesir. Demonstrasi yang baik ialah demonstrasi aman, bersih dan tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif. Malangnya, sebagaimana yang berlaku pada permulaan demonstrasi di Mesir, demonstrasi dicemari oleh tangan-tangan kotor pihak keselamatan polis dengan melakukan provokasi sehingga berlaku pertempuran kecil antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu kesalahan dalam kontek negara demokrasi apabila pihak parti pemerintah menggunakan jentera kerajaan menghalang demokrasi aman dengan menggunakan jentera kerajaan kerana jentera kerajaan bukan milik parti pemerintah, tetapi ia juga adalah milik rakyat yang melakukan demonstrasi itu sendiri.

Apa yang diperkatakan di atas adalah realiti mukadimah tentang demonstrasi dari perspektif demokrasi dan realiti demonstrasi yang telah menumbangkan kerajaan yang zalim. Apa yang hendak difokuskan di sini ialah demonstrasi dari perspektif hukum Syariat.

Hukum Asal Demonstrasi

Demonstrasi adalah wasilah untuk menzahirkan sesuatu perasaan, tuntutan, bantahan dan seumpamanya. Demonstrasi pada asasnya tidak mempunyai hukum sama ada haram, wajib, sunat, harus atau makruh kerana ketiadaan dalil yang spesifik mengenainya. Hukumnya akan wujud bergantung kepada sebab ianya diadakan. Jika tujuannya baik dan penting, maka hukumnya boleh jadi wajib atau sunat. Jika tujuannya selain dari kebaikan dan kepentingan umat, maka hukumnya sama ada haram atau makruh.

Sama seperti pisau dan pedang, pemilikan dan pembeliannya tidak mempunyai hukum sama ada wajib, sunat, harus, haram atau makruh. Jika pembeliannya untuk tujuan yang wajib atau sunat, maka hukumnya adalah hukum tujuan tersebut. Dan begitulah sebaliknya, jika pembeliannya mempunyai tujuan yang lain, maka hukumnya adalah hukum tujuan tersebut.

Apabila seseorang isteri atau suri rumah membeli pisau yang baik dan tajam bagi memudahkannya menjalankan kewajipan menyediakan makan dan minum keluarga dirumah, maka pembelian pisau tersebut adalah sunat. Jika seseorang membeli pisau bagi tujuan merompak atau menyamun, maka pembelian itu adalah haram.

Begitulah demonstrasi, jika ia diadakan bertujuan yang baik dan murni, seperti mencegah kemungkaran yang besar yang tiada jalan lain melainkan dengan demonstrasi, maka hukumnya adalah wajib. Jika demonstrasi diadakan bagi tujuan yang bercanggah dengan ajaran Islam, seperti menyertai demonstrasi untuk menuntut kebebasan seksual, maka hukumnya adalah haram.

Oleh sebab demonstrasi boleh digunakan sebagai wasilah kebaikan dan wasilah kejahatan, maka ianya tidak mempunyai hukum tersendiri bahkan hukumnya dipengaruhi oleh tujuan dan matlamat demonstrasi itu diadakan. Bagi seseorang ulama di dalam menentukan hukum demonstrasi, mereka hendaklah melihat punca sebenar yang menyebabkan tercetusnya demontrasi tersebut. Penekanan yang perlu dibuat oleh mereka sebelum menentukan hukumnya halal dan haram tidak boleh hanya dilihat hanya kepada pihak kerajaan yang membayar gaji bulanan dan hanya membuka sebelah mata sahaja, tanpa merujuk kepada realiti sebenar yang berlaku dalam sistem pilihan raya sejak sekian lama. Begitu juga dengan kebebasan bersuara melalui media arus perdana yang biasa digunakan oleh semua negara-negara maju dalam dunia demokrasi hari ini. Kebebasan ini bukan sekadar demokrasi, malah ia merupakan tuntutan Islam itu sendiri.

Demonstrasi sebagai wasilah Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Syariat menggesa umatnya supaya nasihat menasihati di antara satu sama lain. Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: Agama itu adalah nasihat. Sahabat bertanya: Untuk siapakah nasihat itu? Nabi menjawab: Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan umat Islam keseluruhannya.

Bersama-sama kewajipan memberikan nasihat dan amar makruf, bersama itu juga terdapat kewajipan yang serangkai iaitu kewajipan mencegah kemungkaran. Kewajipan ini jelas daripada dalil yang banyak. Di antaranya ialah firman Allah: Maksudnya: dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. – (Aali-Imran: 104).

Bahkan Allah pernah melaknat sekumpulan Bani Israel suatu ketika dahulu kerana mereka tidak menyuruh yang makruf dan tidak mencegah kemungkaran, sekalipun mereka menyeru kepada kebaikan.

Firman Allah SWT: Maksudnya: Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

Firman Allah Ta’ala lagi yang bermaksud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. – (Hud: 113).

Kepentingan mencegah kemungkaran untuk umat

Di sana terdapat ayat-ayat yang menunjukkan bahawa, jika kemungkaran didiamkan dan tidak dicegah, maka azab dan kesengsaraan bukan sahaja menimpa golongan yang zalim dan penyokongnya, tetapi termasuk orang-orang lain yang baik, tekun melakukan ibadat dan kebajikan.

Firman Allah swt: Maksudnya: Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka. – (Al-Kahfi: 59).

Firman Allah Ta’ala lagi: Maksudnya: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. – (Al-Isra’: 16).

Di samping ayat di atas yang menunjukkan kelayakan azab bagi golongan yang zalim, di sana juga terdapat ayat yang menunjukkan bahawa azab akan tertangguh selagi mana ada golongan pengislah, iaitu golongan yang menentang kezaliman tersebut. Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. – (Hud: 117).

Ini menunjukkan, kewujudan golongan pengislah atau penentang kezaliman dapat menyelamatkan umat daripada dibinasakan oleh azab. Golongan penasihat (An-Naasihun) tidak sama dengan golongan pengislah (Al-Muslihun), di mana nasihat tanpa muslihun tidak boleh mengelakkan umat dari ditimpa oleh azab disebabkan kezaliman pemerintah dan penyokong-penyokongnya.

Selain daripada ayat-ayat suci Al-Quran di atas, di sana terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan kewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Antaranya ialah sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: Maksudnya: barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lidah, jika ia tidak mampu juga, maka hendaklah dicegah dengan hatinya. Mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. – (Hadis riwayat Muslim).

Demonstrasi Di Dalam Sirah Dan Sejarah Islam

Apabila kita meneliti hadis dan kitab-kitab sejarah, di samping wasilah amar makruf dan nahi mungkar, demonstrasi sebagai wasilah menentang kezaliman dan kejahatan yang sengaja disembunyikan oleh si zalim bukanlah sesuatu yang baru.

Antara dalilnya daripada hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

Di dalam Sohih Al-Mawarid, terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Abu Daud di dalam sunannya dan juga oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya, bahawa seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw dan berkata: “Wahai Rasulallah, aku mempunyai jiran yang sentiasa menyakitiku.” Nabi berkata: “bersabarlah” sebanyak 3 kali. Sahabat tadi terus mengadu perkara yang sama (menunjukkan ia tidak tahan dengan perbuatan menyakiti oleh jirannya). Kemudiannya Nabi bersabda: “pergilah dan lemparkan barangan kamu di jalanan.” Sahabat tadi mengambil barangannya dan diletakkan di jalanan (sebagaimana yang dicadangkan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) sehingga orang ramai mengerumuninya dan bertanya: “kenapa dengan kamu?”. Lelaki tadi menjawab: “aku mempunyai jiran yang sentiasa menyakitiku” dan ia menceritakan apa yang dilakukan oleh jirannya. Orang ramai mula melaknati jirannya. Akhirnya, jiran yang zalim tadi datang memintanya pulang ke rumah dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak akan menyakitinya lagi. - (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban. Al-Albani menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang sahih).

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa sahabat tadi dicadangkan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam supaya berada di jalanan dengan barangannya untuk menarik perhatian dan memberitahu orang ramai tentang kezaliman tersembunyi jirannya. Jika kepentingan individu boleh mengharuskan sahabat tadi berada di jalanan, maka kepentingan awam yang melibatkan kezaliman yang disembunyikan oleh pemerintah lebih utama untuk dianjurkan perkara yang sama.


Daripada Ibnu Umar R.A. pernah bersabda: “Jangan kamu memukul dayang-dayang (hamba-hamba perempuan) Allah.” Hadis ini bersempena dengan kedatangan seramai 70 orang wanita datang ke rumah Nabi SAW. Setiap mereka datang mengadu perihal suami mereka yang suka memukul mereka.


Hadis ini juga menunjukkan bahawa, isteri-isteri yang mempunyai masalah yang sama (mempunyai suami yang suka memukul) datang beramai-ramai berjumpa dan mengadu kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meminta pembelaan. Justeru itu, Nabi mengeluarkan sabda dan arahan supaya jangan memukul isteri dan seterusnya Nabi menceritakan kepada sahabat-sahabat lain tentang peristiwa isteri-isteri yang datang berdemonstrasi meminta pembelaan.


Hadis ini menunjukkan bahawa para isteri berdemonstrasi menuntut supaya mereka dibela daripada kezaliman suami mereka. Nabi mengiktiraf apa yang dilakukan oleh kumpulan isteri-isteri tadi bahkan menyokong dan membela mereka dengan mengeluarkan arahan bukan sahaja kepada mereka, bahkan kepada umat Islam keseluruhannya supaya jangan memukul isteri.


Dr. Saoud Al-Nafiisan berkata: “Apabila perempuan-perempuan di zaman Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam keluar secara berkumpulan dan berseorang pada satu malam mengadu tentang perihal suami mereka yang memudaratkan (suka memukul), bukankah ini demonstrasi aman? Apakah perbezaan antara peristiwa ini berbanding keluarnya bilangan seperti itu, atau bilangan yang lebih sedikit atau lebih ramai, sama ada pada hari ini atau hari esok, (berdemonstrasi) di hadapan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri atau Kementerian Keadilan atau Mahkamah Syariah atau Pusat Fatwa menuntut untuk berfungsi (sebagaimana sepatutnya), menuntut supaya kezaliman pemerintah dihapuskan, menuntut dihapuskan sekatan-sekatan untuk mereka berkahwin, menuntut supaya anak-anak dan suami-suami yang dipenjarakan tanpa tempoh kesudahan dan tanpa dibicarakan. Apabila wanita-wanita di zaman Nabi diharuskan untuk berbuat demikian (berdemonstrasi), maka apakah yang menghalang golongan lelaki (bukan sahaja wanita untuk berbuat benda yang sama?). Katakanlah kebenaran wahai golongan yang dipelihara oleh Allah!!!”.

Selain daripada dua hadis sahih di atas, di sana juga terdapat sejarah yang menunjukkan bahawa demonstrasi juga berlaku di dalam pemerintahan Islam. Antaranya adalah seperti berikut:

Di dalam kitab Al-Kamil Fi At-Taarikh menceritakan, setelah Palestin ditawan oleh tentera Salib, penduduk Halab (terletak di Syria pada hari ini) berarak ke Baghdad (pusat khalifah) berdemonstrasi memprotes kelembapan khalifah bertindak terhadap tentera Salib di Palestin. Mereka menuju ke Baghdad melalu jalan pelbagai. Apabila semua mereka sampai di Baghdad, mereka mula berkumpul beramai-ramai yang akhirnya bukan sahaja disertai oleh penduduk Halab, tetapi ia juga disertai oleh pelbagai pihak termasuk para Fuqaha’ dan ulama’. Setelah mereka berkumpul, mereka mula menuju ke Masjid Sultan. Setelah mereka berdemonstrasi, sultan pada masa itu berjanji untuk menggerakkan tentera berjihad membebaskan Palestin tetapi para penunjuk perasaan perasaan terus berdemonstrasi (duduk dan bantah dan mereka tidak akan bersurai) sehingga kerajaan benar-benar melaksanakan tuntutan mereka (untuk selamatkan Palestin). Demonstrasi berterusan sehingga masuk ke Jumaat seterusnya dan mereka mula bergerak menuju ke Istana Sultan. Mereka bukan sahaja lagi disertai oleh penduduk Halab, tetapi penduduk Baghdad juga mula menyertai demonstrasi tersebut. Apabila mereka sampai di Istana, mereka dihalang masuk oleh pengawal (iaitu polis dalam kontek moden) lalu akhirnya mereka dapat merempuh sekatan tersebut seterusnya mereka merempuh pintu (istana).

Dr Ali Qurrah Daaghi , Setiausaha Majlis Ulama Antarabangsa, menyebut di dalam Mukaddimah Tahqiq kitab Al-Wasit: “tindakan penduduk Halab yang disertai oleh ulama-ulama pada zaman itu adalah pengisytiharan perang terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan kewajiban umat Islam dan pemimpin yang sibuk menjaga kedudukan berbanding berjihad dan perkara-perkara yang dialami oleh orang Islam.”.

Dr. Muhammad Al-Jaabiri di dalam kitabnya Ibnu Rusyd: Sejarah dan Pemikiran menceritakan bahawa, penduduk Cordova (di Sepanyol pada hari ini) di zaman pemerintahan Islam telah menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap pemerintah di sana. Demonstrasi itu berlaku disebabkan bantahan mereka terhadap seorang askar yang telah mencabul kehormatan seorang wanita Cordova. Demonstrasi itu seterusnya dapat menukar pemerintah tersebut dan seterusnya mereka melantik kumpulan hakim yang diketuai oleh Ibnu Hamdin.

Peranan demonstrasi di dunia moden

Di dalam dunia moden, demonstrasi adalah sebahagian cara yang boleh dijadikan wasilah mencegah kezaliman dan menegakkan yang makruf. Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara demokrasi yang bebas, tetapi juga ia sudah berlaku di negara-negara ‘demokusi’, iaitu negara yang mengisytiharkan sebagai negara demokrasi, tetapi mengambil pendekatan kuku besi. ‘Demokusi’ adalah istilah ringkasan antara demokrasi dan kuku besi.

Kejayaan demokrasi bukan sahaja lagi sebagai menuntut keadilan, bahkan kuasa demonstrasi pada zaman ini boleh menggulingkan kerajaan zalim dan jahat khususnya setelah kejatuhan regim Zainal Abidin di Tunisia dan Husni Mubarak di Mesir.

Demokrasi aman adalah cara terbaik sebagai wasilah mencegah kemungkaran, khususnya kemungkaran yang tersembunyi yang dilakukan pihak kerajaan, atau kemungkaran yang hanya difahami oleh segelintir kecil dan tidak difahami oleh segelintir yang lain.

Kepentingan demokrasi dilihat lebih berperanan khususnya apabila kerajaan dalam negara Demokusi seperti Malaysia yang mana beritanya dikawal, disekat dan dimanipulasi sehinggakan rakyat kebanyakan tidak dapat memahami realiti sebenar disebalik tindakan-tindakan kerajaan dan agensi-agensinya yang boleh membahayakan negara.

Dalam negara maju yang mengamalkan demokrasi tulen semua pihak boleh bercakap di media cetak dan elektronik, maka demantrasi amat tidak releven. Adapun realiti di Malaysia sangat berbeza, kerana media cetak dan elektronik dikekang, suara mereka yang membantah pemerintah ditapis, kebimbangan mereka terhadap keselamatan negara disekat dari diketahui umum, isi komentar mereka dimanipulasi oleh media, maka keadaan ini lebih utama untuk mereka keluar ke jalanan bagi memberitahu umum tentang sesuatu perkara yang menjadi kepentingan awam.

Jika di zaman Rasululullah sebagaimana yang diceritakan di atas, kepentingan dan hak peribadi seorang jiran yang dizalimi oleh jirannya yang lain, kezaliman yang ditutup oleh si zalim, kezaliman yang hanya dirasai oleh seorang yang dizalimi, dibenarkan oleh Nabi untuk berdemonstrasi bagi menarik dan memberitahu orang ramai tentang kejahatan jirannya, guna bertujuan untuk mencegah kezaliman sekalipun ianya kezaliman ke atas seorang individu. Di zaman negara Demokusi, kejahatan dan kezaliman kerajaan yang hanya diketahuui dan difahami oleh segelintir masyarakat, kejahatan dan kezaliman yang ditutup dengan pelbagai akta seperti OSA dan sebagainya, kejahatan yang tidak mampu didedahkan dan difahamkan kepada masyarakat awam justeru media yang dikekang dan disekat, maka demonstrasi adalah lebih utama sebagai wasilah, guna bagi mencegah kemungkaran tersebut. Apatah lagi kejahatan dan kezaliman kerajaan yang boleh melibatkan keselamatan negara, maka ianya lebih utama untuk diguna pakai sebagai wasilah pencegahan.

Apakah matlamat Bersih diadakan?

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, hukum demonstrasi sama ada halal atau haram bukan dilihat kepada alat wasilah itu sendiri, atau dengan kata lain tidak boleh diukur kepada keluar ke jalanan membawa sepanduk sahaja, tetapi tujuan demonstrasi Bersih itu diadakan adalah menjadi kayu ukur kepada haram atau wajib demonstrasi ianya dianjurkan.

Bersih membuat tuntutan terhadap perubahan kepada 8 perkara iaitu, (1) bersihkan senarai undi, (2) mereformasikan undi pos, (3) Gunakan dakwat kekal, (4) Masa kempen minima 21 hari (5) Akses media yang bebas dan adil, (6) Kukuhkan institusi awam, (7) Hentikan rasuah dan (8) Hentikan politik kotor.

Kelapan-lapan tuntutan ini bukan sahaja tiada satu pun yang bercanggah dan haram di dalam Islam bahkan sebahagiannya adalah tuntutan Islam dan sebahagian yang lain pula adalah menjadi instrumen kepada keadilan yang lebih terjamin. Sampai hari ini, kerajaan tiada sebab untuk menolak dan tidak melaksanakan tuntutan ini melainkan hanya bersebabkan ianya sengaja dilakukan oleh pihak UMNO dan BN bagi menjamin penerusan kuasa mereka secara kotor.

Matlamat Bersih demi keselamatan negara

Apa yang lebih penting, demonstrasi bersih mempunyai tujuan yang sangat penting. Hari ini terlalu banyak bantahan yang dibuat terhadap daftar pengundi rakyat asing yang hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan yagn dikawal sepenuhnya oleh UMNO dan BN.

Isu ini boleh melibatkan isu keselamatan negara yang sepatutnya diambil berat oleh Parti Pemerintah dan kerajaan itu sendiri. Isu warga asing dengan mudah mendapat kerakyatan dengan diberika kad pengenalan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara, seterusnya dilayakkan mengundi dengan dimasukkan nama-nama mereka di dalam daftar pengundi.

Pihak Bersih berkeyakinan penuh bahawa rakyat yang menyokong UMNO dan BN bukan menyokong secara bundle. Ramai rakyat kebanyakan yang menyokong UMNO atas isu-isu tertentu dan termasuk juga rasuah politik melalui instrumen kerajaan. Tetapi dengan mandat dan kuasa yang diberikan oleh rakyat, UMNO dan BN telah menyalahgunakannya dengan memberikan kerakyatan dan Kad Pengenalan kepada warga asing, seterusnya SPRM melayakkan mereka untuk mengundi di dalam PRU ke 13.

Senarai pertambahan pengundi baru bukan hanya 10 atau 20 orang, tetapi senarainya mencecah ratusan ribu, peningkatan angka yang sangat drastik. Kemungkaran ini bukan setakat kemungkaran yang melibatkan individu, tetapi ia melibatkan keselamatan negara dan isu kedaulatan. Jika di zaman rasulullah, kepentingan individu berkait dengan individu lain dibolehkan untuk berada di jalanan bagi memprotes dan memberitahu awam, maka isu umat dan keselamatan negara ini lebih utama untuk dilakukan protes jalanan setelah segala rundingan dan cara perbincagnan dipandang sepi dan di’ding dong’kan oleh pihak berkenaan.

Maka apakah cara terbaik untuk mencegah UMNO dan BN melalui instrumen kerajaan membahayakan keselamatan negara demi kepentingan mengekalkan kuasa mereka? Rundingan telah diadakan, bantahan telah dibuat, perbincangan telah dilakukan, tak sampai 1 perseribu senarai yang tidak dikenali diluluskan bantahannya oleh SPR? Bakinya lagi bagaimana? SPR mengenakan birokrasi pelbagai bagi melambatkan bantahan, siapakah rakyat yang faham dan tahu? Manakah stesyen televisyen yang boleh memberikan ruang pendedahan kepada mana-mana rakyat sama ada ahli politik, akademik, hatta rakyat pernah ‘tangkap orang asing’ yang diberikan kad pengenalan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara?

Selain demonstrasi jalanan, apakah lagi instrumen terbaik di dalam realiti Malaysia yang mengamalkan Demokusi bagi memberitahu mereka yang tidak tahu, menyedarkan mereka yang masih tidur, menakutkan mereka yang berkepentingan, menyedarkan semua rakyat supaya bergerak membantah tindakan UMNO dan BN menggunakan instrumen kerajaan yang boleh membahayakan keselamatan negara?

Bersih hanya menuntut hak keadilan dan perubahan ke arah kebaikan di samping menyedarkan rakyat tentang tingkah laku UMNO dan BN melalui jentera kerajaan, bukan menuntut kerajaan ditumbangkan. Justeru itu, dimanakan kezaliman pihak Bersih dan di manakah salahnya pihak bersih?

Ulamak perlu bersatu

Untuk menentukan masa depan Islam dan negara seluruh para alim ulama mestilah mempunyai sikap yang boleh menguntungkan Islam dan menjauhkan diri dari sikap kepentingan diri dan takut untuk berkata benar. Perjuangan untuk mengajak seluruh rakyat kembali kepangkal jalan dan menolak segala kemungkaran merupakan titik untuk para ulama bersatu. Mereka harus peka dengan suasana sekitar seperti sistem pemerintahan yang terpesong jauh dari landasan Islam seperti arak, judi, pelacuran, sistsem kehakiman dan mahkamah, sistem riba, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ratusan lagi yang haram disisi Islam yang perlu di keluarkan fatwa rasmi oleh semua para ulama Islam tanpa rasa takut dan samar. Semua ini berpunca dari silapnya rakyat memilih pemimpin atau disebabkan sistem pilihanraya yang berat sebelah yang membolehkan kemungkaran terus berleluasa.

Bergabung dan menyertai non-muslim dari perspektif Islam

Ada yang berpandangan bahawa PAS tidak sepatutnya menyertai Bersih yang dikepalai oleh Ambiga, seorang peguam yang bukan Islam. Pandangan itu sebenarnya tidak menepati realiti bersih dan hatta tidak bersandarkan kepada nas dan dalil yang tepat.

Bersih bukanlah parti politik atau gabungan parti-parti yang ada. Ianya hanyalah platform sementara yang bersifat NGO bagi membuat tuntutan keadilan pilihanraya bersih, adil dan telus atau dengan kata lain, menentang kezaliman sistem yang terus menerus semakin teruk dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun.

Bagi tujuan menentang kezaliman dan kemungkaran, maka golongan Islam boleh bergabung dengan non-muslim sama ada gabungan itu dalam bentuk orang Islam menjadi panganjur dan membenarkan non muslim menyertainya ataupun bergabung untuk menentang kezaliman dengan gerakan yang telah dianjurkan oleh golongan non-muslim.

Dalilnya keharusan menyertai gerakan atau perjanjian menentang kezaliman sangat jelas daripada hadis nabi SAW yang berbunyi: Maksudnya: sesungguhnya aku menyaksikan bersama bapa-bapa saudaraku satu perjanjian di rumah Abdullah bin Jad’an. Aku menyukainya sebagaimana aku memperolehi humru an-niam (unta terbaik dan termahal). Jika aku diajak untuk menyertainya di zaman islam, nescaya aku menyahutnya. – (Sanad yang sahih menurut kitab Ad-Duraru As-Sunniyyah).

Perjanjian Al-Fudhul adalah perjanjian menentang kezaliman terhadap mana-mana penduduk mekah atau pengunjungnya. Perjanjian Al-Fudhul berlaku di zaman Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam masih kanak-kanak dan belum lagi diangkat menjadi rasul. Perjanjian itu sudah pasti satu perjanjian yang dimeterai antara golongan non-muslim kerana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam belum lagi diangkat menjadi rasul. Pengiktirafan Nabi bahawa akan menyertai perjanjian seperti itu jika diajak di zaman Islam, iaitu di zaman beliau sudah menjadi rasul menunjukkan bahawa gabungan dengan non-muslim untuk mencegah dan menentang kezaliman adalah perkara yang bukan menjadi tegahan.

Perlu difahami bahawa Bersih bukan bermakna semua parti dan golongan yang menyertainya akan menerima dasar parti dan badan-badan bukan kerajaan yang menyertainya. PAS hanya menyertai gerakan Bersih bersama-sama dengan parti dan NGO lain atas dasar menentang penyelewengan dan tindakan kerajaan melaluil SPR dan pihak JPN yagn dianggap boleh membahayakan masa depan negara, buka mempunyai perjanjian untuk menerima dasar-dasar yang bercanggah dengan Islam untuk diamalkan di dalam PAS.

Penutup dan Ringkasan Pandangan Majlis Syura Ulama PAS Pusat

Kesimpulan daripada perbincangan ini, apa yang paling penting yang perlu dilihat sebelum mengeluarkan fatwa hukum berkaitan demonstrasi Bersih ialah matlamat demonstrasi itu dan apa yang dituntut oleh Bersih, bukan perbuatan demonstrasi itu sahaja.

Ini kerana, demonstrasi tidak mempunyai hukum tersendiri tetapi hukumnya berubah disebabkan matlamat dan cara perlaksanaanya.

Di dalam perbincangan ini didapati bahawa demonstrasi mempunyai asas yang kuat daripada sunnah dan sejarah Islam sendiri dalam konteks untuk mendapatkan pembelaan dan mencegah kemungkran yang disembunyikan. Oleh itu, demonstrasi bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang menentang kezaliman dan kemungkaran.

Teknikal menentang kezaliman seperti bergabung dengan non muslim bukanlah isu utama selama mana gabungan itu bukan bermaksud menghakiskan dasar perjuangan yang mengikat gerakan Islam atau dengan kata lain, gabungan yang hanya mengfokuskan tuntutan perlaksanaan keadilan dan menentang kezaliman.

Atas alasan ini, maka MAJLIS SYURA ULAMA PAS melihat demonstrasi Bersih adalah paling sesuai dan sama sekali tidak bercanggah dengan syariat. Ianya amat selari dengan Syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, bahkan ianya menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan UMNO dan BN yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang UMNO itu sendiri.

Sekian, Wassalam.

Harakah Daily

25% potongan cukai pintu pangsapuri kos rendah

15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian potongan 25 peratus cukai pintu kepada semua pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor.

Potongan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengesahkan pemberian diskaun berkenaan pada Rabu ini, lapor Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun, potongan 25 peratus itu hanya layak kepada pemilik pangsapuri kos rendah yang mendiami rumah mereka manakala pemilik yang menyewakan kepada orang lain, tidak layak menerima pemberian istimewa ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pemilik boleh memohon kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dipertanggungjawab untuk memastikan hanya yang layak sahaja yang mendapat diskaun tersebut.

“Kita juga akan beri insentif kepada JMB supaya mereka menjalankan kerja efektif memastikan diskaun tersebut dapat dinikmati oleh mereka yang berhak,” katanya.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Penyerahan 50 lori pemampat sampah (kompaktor) kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.

Daripada 50 lori yang berharga RM14.5 juta itu, 28 unit diserahkan kepada MBSA, 18 unit kepada MBPJ, dua unit untuk Hebat Abadi iaitu anak syarikat KDEB Waste Management manakala baki dua unit lagi digunakan oleh bengkel untuk perkhidmatan sokongan.

Menteri Besar berkata, diskaun cukai pintu dapat diberikan susulan kejayaan Kerajaan Negeri mengurangkan kos pengurusan kutipan dan pelupusan sampah sebanyak RM100 juta setahun.

“Dari RM100 juta ini, saya gunakan 50% untuk memterjemahkan kecekapan kita untuk kesenangan rakyat. Dengan RM50juta ini, Kerajaan Negeri boleh memberi diskaun 25% cukai pintu untuk pangsapuri kos rendah. Inilah dikatakan hasil negeri untuk rakyat. Lebih banyak hasil, maka banyaklah manfaat untuk rakyat,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, penjimatan ini dapat dilakukan hasil pengurusan telus dan bertanggungjawab yang mementingkan kebajikan rakyat.

“Di bawah penswastaan melalui Alam Flora sebelum ini, rakyat tidak mendapat manfaat yang sebaik mungkin sedangkan penswastaan sebenarnya perlu melihat kepentingan rakyat bukan kontraktor sahaja.

“Kerajaan Negeri mampu ambil alih tugas Alam Flora dan kita telah pun lakukannya. Bukan sahaja kita memberi perkhidmatan yang lebik baik tetapi juga dengan kos yang berpatutan,” kata Menteri Besar.

Beliau juga berharap dengan adanya 50 lori pemampat sampah , kerja pengurusan sampah akan berjalan dengan lebih lancar.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan membeli lagi 50 lori untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

KDEB telah menandatangani perjanjian dengan pembekal di mana lori pemampat sampah yang rosak akan diganti baharu untuk sementara waktu sehingga lori berkenaan siap dibaiki.

“Menerusi perjanjian ini, syarikat pembekal akan menggantikan lori lain sementara menunggu lori rosak siap dibaiki. Justeru, kita tiada alasan kekurangan lori pemampat sampah kerana rosak,” kata Menteri Besar.

Harakah Daily

Himpunan Hijau dan Himpunan Belia mula dibanding

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Berikutan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Jumaat lepas di Alor Star, rakyat negara ini mula membuat perbandingan antara majlis anjuran Umno dan PAS.

(Perbandingan antara Himpunan Hijau dan Himpunan Sejuta Belia dari kacamata Bob Lokman)

Mereka membandingkan himpunan itu dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang berjalan tidak lama sebelum ini.

Kedua-dua program itu dijadikan titik pertemuan dan perbezaan antara pendekatan Umno yang mewakili Barisan Nasional dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Di dalam media sosial khasnya Facebook, penuh dengan gambar-gambar perbandingan antara kedua-duanya.

Mereka menggunakan visual atau gambar untuk menceritakan kebaikan dan keburukan antara satu sama lain.

Turut membuat gambar perbandingan antara Bok Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman melalui Facebooknya.

Persamaan antara kedua-duanya adalah mendapat sambutan ramai atau disertai ramai orang namun mempunyai ciri-ciri yang jelas berbeza.

Untuk Himpunan Hijau, ulamak selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjadi tarikan manakala Himpunan Sejuta Belia pula membawa penyanyi K-Pop dari Korea.

Yang menariknya, angka RM2.4 juta bayaran untuk membawa K-Pop ke Himpunan Sejuta Belia menjadi sorotan pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star.

The Star sebelum ini melaporkan para pengguna internet di negara ini membantah tindakan kerajaan BN membayar begitu mahal duit rakyat untuk membayar artis yang berpakaian separa telanjang itu.

Ketika mempertahankan dakwaan peserta himpunan belia dibayar, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin juga menyerang Himpunan Hijau dengan mendakwa pesertanya juga dibayar.

Seorang pengguna Facebook, Roza Wira menjawab tuduhan Muhyidin itu dengan berkata, ‎"Peserta dibayar utk ke himpunan hijau"..haha..dah pahtu bakpe mintak derme pulak kalau banyak duit nak bayar..pikir pakai lutut..."

Harakah Daily

Mia dalam keadaan stabil

15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Bayi yang menghidap penyakit hati, ‘missed biliary atresia’, Putri Mia Adriana Mohd Nooridan dimasukkan ke Hospital Selayang, semalam untuk membuang air dalam perutnya dan keadaannya stabil.

Ibunya, Nurhashimah Tasim berkata, Mia menerima rawatan di hospital tersebut kerana perut anak bongsunya itu semakin membesar sejak 27 April lepas akibat sistem perkumuhannya tidak normal.

“Saya tidak pasti berapa lama Mia akan berada di hospital dan kami sekeluarga bersyukur kerana Mia akan diberikan makanan untuk menambahkan berat badannya. Mia baru berumur tujuh bulan dan hanya minum susu formula yang dinasihatkan oleh doktor sahaja,” katanya.

Menurutnya, berat badan Mia hanya 5.5 kilogram (kg) dan memerlukan penambahan berat badan sebanyak 10 kg untuk membolehkan proses pemindahan hati dilakukan.

“Mia sering menangis kerana menahan kesakitan dialaminya. Kami risau dengan keadaannya kerana perutnya semakin membesar dan tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh Mia,” katanya.

Beliau berkata, selepas berita mengenai Mia disiarkan dalam Sinar Harian, beliau mendapat respons baik daripada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan setakat ini seramai empat orang sudi menjadi penderma hati kepada anaknya.

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin terhadap kesihatan anak saya dan ada yang sudi mendermakan hati mereka kepada Mia.

“Saya berharap ada penderma hati yang sesuai untuk Mia ditemui dengan segera kerana kami tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung Mia,” katanya. Nurhashimah berkata, beliau juga mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan anaknya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan kewangan kepada Mia bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank Nurhashimah 162107039647.

Sinar Harian

Keperluan Asas Guru Di Pedalaman Diabaikan

15 Rejab 1433H. [MOD] -

Guru merupakan aset atau tenaga pengajar yang amat berharga untuk membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

Masalah atau nasib para guru yang mengajar di pendalaman Sarawak seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan, agar mereka tidak terbiar tanpa sebarang pembelaan.

Kita dapati masih banyak lagi sekolah-sekolah di pendalaman Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, eletrik dan juga jalan perhubungan yang baik untuk kemudahan para guru berurusan dengan pihak pentadbiran atau membeli barang keperluan di bandar.

Walaupun mereka dibayar dengan gaji tambahan, tetapi kemudahan asas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal jauh di pendalaman. Para guru terpaksa membayar lebih mahal, disebabkan kos pengangkutan untuk ke bandar terlalu tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengajar di bandar.

“Mereka tidak mengharapkan rumah batu yang mewah,tidak mengharapkan lampu neon bergemerlapan atau air yang ditapis sehingga tujuh tapisan tetapi mereka perlukan perhatian untuk kelangsungan hidup, mendidik supaya insan-insan yang dididik lebih berkualiti dapat dilahirkan untuk negara, bangsa dan agama.” begitulah keluhan para guru yang mengajar di pendalaman.

Kita juga dapati diantara sekolah-sekolah yang masih belum mendapat kemudahan asas sepenuhnya seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Laong dimana para guru terpaksa tinggal dalam keadaan daif dan segala kemudahan asas yang pernah dijanjikan dahulu belum lagi ditunaikan sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.

Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dan pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesaikan dan segera mengambil tindakan sewajarnya keatas masalah yang dihadapi oleh para guru yang tinggal di pendalaman ini.

Jangan biarkan kehidupan para pendidik dan juga penduduk diluar bandar dipinggirkan dari arus pembangunan. Sebagai sebuah kerajaan seharusnya perkara ini perlu diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya, kerana mereka ini adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat memerlukan infrastuktur dan pembangunan. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

KHUTBAH KHAS SEMPENA SOLAT GERHANA BULAN

15 Rejab 1433H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ مُصَرِّفِ الأَكْوَانِ، ومُعَاقِبِ الْلَيْلِ وَالنَّهَارِ ومُقَلِّبِ الأَزْمَانِ، لَتُشْرِقَ بِهَا قُلُوبُ أُولِي اَلْعِرْفَانِ، وتَزِيْدُ مِنْ يَقِينٍ أَهْلَ الإِيْمَانِ، وتَقُومُ بِهَا اَلْحُجَّةُ عَلَى أَهْلِ الفُسُوقِ وَالكُفْرَانِ، وأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الكَرِيمُ المَنَّانُ، وأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، حَبِيبُ الرَحْمَنِ، وسَيِّدُ الأَكْوَانِ، وصَاحِبُ المُعْجِزَاتِ والبُرْهَانِ، المَبْعُوثُ إِلَى الخَلْقِ أَجْمَعِين مِنَ الإِنْسِ وَالْجَانِّ، والمَنْعُوتَ بِالفَضْلِ العَمِيمِ، والخَلْقِ العَظِيمِ، فِي التَّورَاةِ والإِنْجِيلِ وَالزَّبُورِ وَالفُرْقَانِ، صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ الغُرِّ الكِرَامِ الحِسَانِ، وَعَلَى التَّابِعِين لَهُمْ بِإِحْسَانٍ، وَسَلَّمَ تَسْلِيماً كثيراً مَا تَعَاقَبَ الحَدْثَان.
أَمَّا بَعْدُ..

فَأُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَى اللهِ فِي السِرِّ والعَلَنِ والغَيْبِ والشَّهَادَةِ فَمَا اسْتَمْطَرَتِ الرَحْمَاتُ وَلَا اِسْتَجْلَبَتِ النَفَحَاتُ وَلَا اِسْتَدْفَعَتِ المَصَائِبُ والبَلِيَاتُ بِمِثْلِ تَقْوَى اللهِ رَبِّ البَرِّيَّاتِ ،فَاتَّقُوا اللهَ أَيُّهَا المُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.

Sidang Jemaah yang dimuliakan sekalian,

Merujuk hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abi Masud r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

" إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ "
Bermakna : ” Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah ayat-ayat ALLAH SWT, ALLAH SWT mahu menakutkan hambanya dengan keduanya ( matahari & bulan ).”

Begitu juga terdapat hadis di dalam Syarah Imam Nawawi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abi Musa r.a berkata :

خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِيْ زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُوْنَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلَ قِيَامٍ وَرُكُوْعٍ وَسُجُوْدٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِيْ صَلاَةٍ قَطُّ، ثُمَّ قَالَ: اِنَّ هَذِهِ الْاَيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللهُ لَا تَكُوْنُ لِمَوْتِ اَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ، فَاِذَا رَاَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوْا اِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ.

Bermakna : ”Ketika zaman Rasulullah SAW hidup gerhana matahari telah berlaku, maka baginda bangun tergesa-gesa kerana bimbang hari Kiamat sudah tiba, lalu Baginda bersegera ke masjid. Maka baginda pun bersolat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang lama, dan aku tidak pernah melihat selama ini baginda solat begitu.

Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya inilah ayat-ayat yang dikirimkan oleh Allah, yang terjadinya bukan kerana kematian seseorang atau kehidupannya tetapi Allah mengirimkannya untuk menakuti para hambanya. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya maka segeralah ingat kepadanya, berdoa memohon ampun kepadanya.”
Sidang Jemaah yang dimuliakan sekalian,

Hadis di atas mengambarkan kepada kita bahawa fenomena gerhana ini sebenarnya adalah peringatan bahkan amaran dari ALLAH SWT. Suasana cerah tapi tiba-tiba gelap membuatkan manusia menjadi takut dan risau pada apa yang sedang berlaku. Bulan yang sepatutnya cerah dan mengambang, tiba-tiba terhalang cahayanya. Maka kerana itulah ALLAH SWT mengunakan fenomena gerhana ini untuk menakut-nakutkan manusia.

Imam Ibn Hajar di dalam Fathul Bari menyebutkan bagaimana kebimbangan Rasul SAW hingga menyebabkan baginda bersegera ke masjid, bersolat dengan bacaan yang panjang, berdoa dan beristighfar. Seolah-olah gerhana adalah satu musibah yang akan menimpa manusia, dan bukan sebagai sekadar satu fenomena semulajadi yang terjadi akibat keadaan bulan yang berada di antara bumi dan matahari dalam kejadian matahari, dan dalam keadaan bumi berada di antara bulan dan matahari dalam kejadian gerhana bulan.

Malah Rasul SAW mengatakan bahawa kejadian itu menyebabkan ketakutan pada dirinya dan memaklumkan atau mengkhabarkan kepada sahabatnya bahawasanya Allah SWT sedang menakutkan mereka dengan kejadian atau fenomena seumpama itu, dan lantas baginda menunaikan solat dan menyeru sahabat-sahabatnya untuk menzahirkan ketakutan dengan Qiyam, ruku’ dan sujud yang panjang.

Sidang Jemaah yang dimuliakan sekalian,
Imam Nawawi menyatakan hadis Abi Musa ini kemungkinan berlaku sebelum Rasul SAW diberitahu tentang tanda-tanda kiamat seperti terbitnya matahari di barat, Ya’juj dan Ma’juj dan sebagainya.

Namun sekiranya ia berlaku selepas pemberitahuan alamat-alamat kiamat, Imam Nawawi menyatakan mungkin kebimbangan Rasul SAW gerhana ini berlaku sebagai tanda amaran bagi azab ALLAH SWT sehingga tidak henti-henti berdoa hinggalah suasana menjadi cerah kembali.

Ini mengingatkan kita ketika detik-detik qiamat. Seperti mana difirmankan ALLAH SWT di dalam surah al-Qiamah ayat 6-9 :

6. Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" 7. maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), 8. dan bulan hilang cahayaNya, 9. dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.

Imam al-Qurtubi menyatakan ketika hari hampir-hampir kiamat matahari dan bulan akan kehilangan sinar dan cahayanya. Ibn Abbas dan Ibn Masud pula menggambarkan ketika itu dihimpunkan matahari dan bulan terbit di sebelah barat dalam bentuk bebola hitam kerana masing sudah semakin kehilangan cahayanya. Hakikat keadaan pada waktu itu sudah pasti akan jadi haru biru, kucar kacir dan manusia kebingunan tidak dapat kita bayangkan.

Imam al-Razi di dalam tafsir Mafatih al-Ghaib menyatakan ada ulama menyatakan sebelum berlakunya kiamat, gerhana akan berlaku. Imam Alusi dalam tafsir Ruhul Maani menyatakan adakah tidak mustahil peristiwa kiamat ini akan berlaku ketika awal bulan hijri di mana ketika berlakunya gerhana matahari, ataupun berlaku pada pertengahan bulan di mana ketika berlakunya gerhana bulan.

Lebih menarik Dr. Muhammad Basil al-Ta’i dalam bukunya Khalqu al-Kauni: Baina al-Ilm wa al-Iman, menyatakan ayat ini menunjukkan bagaimana Allah SWT menyatakan bagaimana detik-detik kemusnahan bumi dan alam ini. Perhimpunan ini bukan sekadar gerhana, namun perhimpunan dalam erti kata bulan dan matahari akan disatukan! Ianya berlaku ketika matahari sudah mencapai penghujung hayatnya,

ia akan mengembang hingga membakar planet-planet termasuk bumi dan bulan. Dalam erti kata lain kemusnahan sistem solar akan berlaku apabila matahari mengembang dan membesar hingga semua objek-objek di langit berhampiran dengan matahari akan hancur di’makan’ matahari.

Dari segi bahasa perkataan ijtima’ adalah dari ijtama’a yang bermaksud berhimpun tapi tidak bercantum, manakala perkataan jumi’a di sini berasal dari kata jama’a yang membawa maksud berhimpun yang mengakibatkan pelanggaran dan percantuman.
Imam al-Razi menyebutkan, jika di dalam surah Yasin : 40 , Allah berfirman :

40. (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Namun ketika berlakunya kiamat, matahari dan bulan saling mendapatkan antara satu dengan lain, hingga bersatulah keduanya. Segala sistem yang Allah tetapkan akan diberi titik akhir hingga matahari dan bulan kembali bercantum.
Sidang Jemaah yang dimuliakan sekalian,

Renungilah.. bahawa gerhana itu sebenarnya adalah percikan kedahsyatan hari Kiamat. Sehingga Nabi Muhammad SAW yang sangat mengetahui tanda-tanda Kiamat pun turut resah dan gelisah. Baginda bimbang jika sudah tibanya waktu Kiamat yang dahsyat itu, walaupun belum ada tanda-tanda besar akan berlakunya Kiamat.

Maka, kerana itu marilah kita sama-sama menginsafi kekerdilan diri di hadapan Allah SWT ketika kita berhadapan dengan kehebatanNya mengatur dan mencipta alam ini. Sesungguhnya gerhana ini adalah tanda-tanda keAgungan Allah SWT yang menunjukkan kelemahan diri kita yang hanyalah sekadar hamba, hamba kepada Yang Maha Agung.

أقُولُ قَوْلي هَذَا وَأسْتغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ لي وَلَكُمْ، فَاسْتغْفِرُوهُ يَغْفِرْ لَكُمْ إِنهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ، وَادْعُوهُ يَسْتجِبْ لَكُمْ إِنهُ هُوَ البَرُّ الكَرِيْمُ.

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak