26 Jun 2014

Himpunan Kuala Kangsar : Tahniah semua.

28 Sya'aban 1435. [MOD]

Pemuda PAS Perak merakamkan kesyukuran diatas keputusan Mahkamah Tinggi Taiping yang membebaskan hukuman penjara kepada 10 Orang Kena Zalim (OKZ) daripada tiga OKZ yang dibebaskan tanpa disabitkan dengan kesalahan yang telah menunggu semenjak lima tahun dahulu bermula pada 6 Februari 2009 di dalam himpunan yang berlaku di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar ketika itu. Bagi kami, ini adalah perjuangan rakyat dan kagum dengan semua OKZ yang mengharungi perbicaraan selama ini.

Duit gaji Menteri dari poket rakyat.

28 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR:Pengumuman perlantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baru daripada MCA dan Gerakan semalam oleh Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 menteri dan 27 timbalan menteri.

Kabinet diperbesar.

28 Sya'aban 1435. [MOD] -

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menambah anggota Kabinetnya dengan melantik tiga menteri penuh iaitu dua daripada MCA dan satu GERAKAN selain tiga timbalan menteri baharu mewakili MCA.

24 Jun 2014

Pesanan akhir sang murabbi

26 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik selamat dikebumikan petang tadi selepas disolatkan ribuan hadirin di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring.

Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan

26 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .
PADA hari ini, 23 Jun 2014, genaplah 12 tahun pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Pemergiannya sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua pembangkang di Parlimen sudah tentu memberi kesan kepada perjuangan PAS dalam politik tanah air, khususnya bagi mereka yang aktif dalam gerakan Islam dan dakwah.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

23 Jun 2014

Jenazah Ust. Abu Bakar di sembahyang selepas Asar

25 Sya'aban 1435. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Solat jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dijadual diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring selepas Asar hari ini.

Ketika ini jenazah telah dibawa pulang ke kediaman beliau bersebelahan MTT untuk diziarahi oleh ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK

25 Sya'aban 1435. [MOD] -
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.

Ustaz ABC, Arkitek Pemuda dan Aku

25 Sya'aban 1435. [MOD] -
Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

"Raja, ana dah beri nama anta pada Ustaz Bakor," sapa sahabat saya Tuan Sidek selepas peperiksaan terakhir saya di Universiti Islam Antarabangsa. Saya tanya kembali kepadanya, "kenapa ?". Tuan Sidek menjawab, "Ustaz Kor nak cari seorang pegawai sepenuh masa di Dewan Pemuda PAS Pusat". Saya terdiam dan hanya mengangguk-angguk tanda faham.

Perginya Sang Mirabbi

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

Tepat jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?". Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Siapa benarkan Vincent Tan bina kasino kedua negara?

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

PUCHONG:Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan(gambar) untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik Keadilan Daily.

Laporan Audit: Kerusi besi RM380 dibeli RM1,250

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

KANGAR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 2 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Perlis mendapati terdapat harga perolehan yang tidak munasabah pagi pembelian dua buah kerusi besi di pondok teksi di Pekan Simpang Empat .

Laporan Audit untuk Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mendapati agensi terbabit telah membina sebuah pondok teksi di Pekan Simpang Empat pada 12 April 2013 dengan kos sejumlah RM14,900 melibatkan kerja-kerja meroboh pondok dan tapak sedia ada, membina kerangka besi, kerja-kerja konkrit serta membekal dua buah kerusi besi.

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur, pagi ini.

Buat masa ini, jenazah beliau masih berada di Hospital Hulu Terengganu.

20 Jun 2014

21 Maut Dalam Letupan Ketika Menonton Piala Dunia

22 Sya'aban 1435. [MOD]

KANO, Nigeria: Kira-kira seramai 21 orang maut dalam satu letupan bom di utara Nigeria ketika asyik menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pukul 8.15 malam waktu tempatan kelmarin.

Muhyiddin nafi mahu berundur

22 Sya'aban 1435. [MOD] -


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

Spekulasi tersebar dalam media sosial menyatakan tokoh politik itu akan memberi laluan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat jawatan itu.

Bersama Presiden PAS dari Istanbul ke KL

22 Sya'aban 1435. [MOD] -
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR 
HATI ini sebak gembira melihat akhirnya Tuan Guru dapat pulang ke tanah air setelah tiga minggu beliau bersama saya berada di bumi bekasan Constantinople yang dibebaskan oleh Muhammad al-Fateh pada 1453 Masehi. Hati ini meruntun bukan kerana merasa berat berpisah dengan kota bersejarah Kostantiniyye (juga dikenali sebagai Islambol, Dersaadet, Istanbul) yang sarat dengan jutaan pengkisahan dan sejarah, tetapi saya terkenangkan santunan dan  persahabatan dengan rakan-rakan di Turki. Ketika ini hati saya teringatkan sabda Rasulullah SAW:

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (Hadis riwayat Muslim)