08 Mac 2008

Kempen Pilihanraya: Calon DUN Titi Serong Bersemangat

PARIT BUNTAR,6 Mac (Khamis) Calon DUN Titi Serong hari ini telah berkempen di Pasar Besar Pekan Parit Buntar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peniaga dan pembeli. Pada masa yang sama beberapa risalah dalam bahasa cina juga turut diedarkan kepada para peniaga dan pembeli.



Rata-rata pengundi yang ditemui berjanji akan memberi sokongan yang padu kepada PAS/BA untuk pilihanraya ke12 kali ini. Calon PAS, Drs. Khalid Idham Lim akan bertemu dengan Calon Barisan Nasional, Abu Bakar Mat Ali pada pilihanraya ke12 kali ini. Kelebihan yang ada pada Drs. Khalil yang tahu berbahasa cina telah menarik perhatian para pengunjung yang ingin mengenali beliau dengan lebih dekat.

Selain dari itu ciri-ciri peribadi beliau yang ramah dan mudah mesra menjadikan para pengundi tertarik untuk memilih beliau menjadi wakil rakyat mereka untuk penggal kali ini. Seterusnya pada sebelah petang, beliau dijadualkan untuk bertemu dengan para pengundi di Pt. Tok Ngah dengan memberi ceramah kelompok kepada kaum ibu. Turut sama bersama beliau adalah Calon Parlimen Pt. Buntar iaitu Dr. Mujahid Yusof Rawa.

2 ulasan:

Wan Muhammad berkata...

Tahniah atas kemenangan Islam. Selamat bertugas sebagai Yang Berkhidmat. Allahu Akbar.

ayubi70 berkata...

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah selesainya pilihanraya 2008baru baru ini, terpanggil untuk menafsir raut wajah dan persepsi serta sifat tidak senang dikalangan manusia manusia yang boleh di ungkapkan dengan istilah sombong akibat kejatuhan beberapa negeri ke tangan Barisan Alternatif. Istilah sombong adalah istilah paling sesuai ditujukan kepada mereka mereka terutamanya calon calon muslim. Diperhatikan sewaktu sebelum pilihanraya bibir bibir mereka mengungkapkan ketakburan dan kesombongan yang nyata disaksikan dan didengar oleh seluruh umat Malaysia melalui media media massa kerajaan. Kata-kata seperti itu seolah olah ditangan merekalah tertetaknya QADA’ dan QADAR tidak ubah seperti kata kata FIRAUN.

Hakikatnya seseorang itu sendiri tidak akan tahu kejadian ke atasnya dirinya sendiri pada hari ini atau esok pada setiap saat dan selepas setiap perbuatannya kerana itu adalah rahsia Allah s.w.t. seperti firmannya didalam surah LUQMAN ayat 34 –

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.

(Luqman – 34)

Verily the knowledge of the Hour is with Allah (alone). It is He Who sends down rain, and He Who knows what is in the wombs. Nor does any one know what it is that he will earn on the morrow: Nor does any one know in what land he is to die. Verily with Allah is full knowledge and He is acquainted (with all things).

(Luqman – 34)

Terjemahan dari ayat ini jelas satu peringatan yang nyata bahawa hendaklah seseorang muslim menjaga tutur kata akan kejadian atau sesuatu yang belum tentu dan pasti kejadiannya. Ketakburan mereka sendiri telah mendapat jawapan nyata di tunjukkan Allah s.w.t. Yang menarik ialah di mana seorang calon yang berkempen membawa mesej akidah yang cukup teratur tetapi hanyalah gimmick semata mata. Jelas membuktikan bahawa diri sendiri belum cukup sempurna dalam hal hal ugama. Bagaimanakah seorang muslim yang menipu dirinya sendiri boleh dipercayai? Apatah lagi sebagai seorang pemerintah. Tuan tuanlah yang menafsirkannya sendiri.

Terpanggil juga untuk melihat pendirian Tuan Guru Nik Aziz yang begitu tenang, kata-kata beliau yang merendah diri, berserah kepada Allah s.w.t. serta solat hajat berserah Hanya kepada Allah .s.w.t. yang HAQ setelah berusaha, adalah ciri ciri pemimpin yang patut dicontohi. Bahawa segala sesuatu itu adalah dari Allah s.w.t. setelah berusaha dan bertawakkal. Di atas sifat ARRAHMAN dan ARRAHIM serta segala puji dan syukur kepadanya, Tuan Guru Nik Aziz adalah hambanya yang ‘dipilih’ untuk memikul amanah Allah s.w.t. di atas bumi bertuah ini.


Pengajaran dari kejadian ‘tsunami’ politik ini telah mengubah iklim suasana semasa negara. Atas kehendak Allah s.w.t. jualah perubahan pimpinan berlaku untuk merubah yang bathil kepada yang Haq.

Wallah’ualam



ps: Alhamdullillah ustadz, insyallah mudah mudahan berjaya