19 Mei 2008

Kelab penyokong PAS Kaun India DUN Jawi dilancarkan.

NIBONG TEBAL, 18 Mei :- Kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Jawi diperkuatkan lagi dengan bertambahnya sokongan dari kaum India dengan mereka menubuhkan kelab penyokong PAS Kaum India. Sebanyak 70 borang telah diserah oleh sdr. Ponaah yang mewakili kawan-kawannya kepada YDP PAS Kawasan Nibong Tebal, Hj. Ismail Salleh.



ADUN Titi Serong dengan Ahli Kelab Penyokong PAS Kaum India
Penyerah borang itu dilakukan dalam satu ceramah Pakatan Rakyat dengana kehadiran lebih 1000 orang yang telah dianjurkan oleh PAS Kawasan di sini malam tadi. Penceramah yang dijemput ilah ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Jawi , YB. Tan Beng Huat.



YB. Drs. Khalil (berbaju Merah), Sdr. Ponaah, YB. Tan Beng Huat, Hj. Ismail (mengangkat tangan)
Drs. Khalil dalam ucapannya menegaskan bahawa Kerajaan Perak setelah hampir 100 hari didapati semakin diyakini dan didatangi oleh banyak pelabur dari dalam dan luar negeri. Katanya mana mungkin pelabur sanggup melabur wang jutaan ringgit jika keadaan perak tidak meyakinkan mereka.
Ceramah beliau dengan diselang seli dengan bahasa mandarin dan melayu menarik minat kehadiran kaun tionghua. Pada Kesempatan tersebut ADUN Titi Serong juga mengatakan bersadarkan kepada Al Quran yang diyakini oleh orang Islam kita semua adalah bersaudara. Jadi untuk apa kita saling bermusuhan.
Beliau Yakin zaman tersebut telah berlalu apabila dakyah buruk BN selama 50 tahun supaya orang Cina dan India takut kepada pAS telah berakhir. Serunya" marilah kita bina negara Malaysia ini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat untuk 50 tahun akan datang".
Drs. Khalil menjawab persoalan kenapa orang Cina takut kepada PAS, Katanya inilah sikap buruk pemimpin UMNO yang memomokkan PAS kepada orang cina dengan berbagai pembohongan. Namun zaman itu telah berakhir dan beliau yakin orang Cina dan India sama sekali tidak lagi mempercayainya.

2 ulasan:

Juraimi Zainal berkata...

Alhamdulliah,

Syukur benar saya benar apabila saya melihat Dr bercerita... Saya mengalu-alukan wakil2 China Muslim atau Hindu Muslim utk memberi penerangan tentang keadilan dalam Islam tu...

Nak benar saya mendengar Dr berceramah... Insyaallah suatu hari nanti...

Idham Lim (林川興) berkata...

isyaAllah panjang umur kita bertemu nanti.