Rayuan lima pemimpin Hindraf agar mereka dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditolak Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Demikianlah suatu undang-undang yang tidak berperikemanusiaan masih diguna pakai dinegara kita yang kononnya telah mencapai suatu tahap kemajuan yang boleh dibanggakan. Apakah ukuran maju yang sebenarnya jika masih ada suatu undang-undang (rimba) seperti ini.
Jika benarlah mereka bersalah dengan bukti-bukti kukuh yang terkumpul kita mendesak kerajaan Malaysia untuk membawa mereka kepengadilan untuk diadili. Sesudah itu terserahlah kepada mahkamah untuk menghukum sekiranya benar mereka bersalah. Sebaliknya bebaskanlah dengan segera jika mereka tidak bersalah.
Sesiapun tidak akan bersetuju dengan suatu undang-undang yang tidak memberi hak kepada tertuduh untuk membela diri.

1 ulasan:
Alangkah tidak berhati perut sesiapa yg menyokong ISA. Minta tuan tuan baca buku karya Syed Hussain , kini Timbalan Presiden PKR, buku bertajuk "Dua wajah" yg beliau karang berdasarkan pengalamannya semasa dalam tahanan Kemunting.
Tuan tuan juga boleh membaca buku karya Said Zahari, kisah beliau ditahan di Singapura oleh Regim Lee Kuan Yu, juga dibawah Akta ISA, maka anda semua akan sedar bagaimana siksaan dilakukan oleh pihak berkuasa kpd insan insan yg tidak bersalah .
Kerajaan dan ahli ahli parlimen BN tak payahlah berlagak dan berlakon tunjuk perihatin kpd rakyat negara asing, misalnya sibuk minta bebaskan anak General Aung San di Burma, tetapi "anak negara sendiri disiksa jiwa dan raga"
Jika keluarga Khairy dan Mukhriz belum kena , janganlah dgn angkuh dan sombong. Anda berdua "sedang meniti di atas bara", cuma menunggu jatuhnya saja yg pasti akan tiba.
Catat Ulasan