04 Jun 2008

Harga minyak naik mulai Ogos: Harga barang naik mulai sekarang

Ketidak cerdikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad hari ini terserlah apabila beliau membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

Sebenarnya kenyataan ini sangat mengundang bahaya dan akan membawa kesan kepoada kenaikan harga minyak dan tidak mustahil belaku kegiatan menyorok barangan jualan sebelum kenaikan tersebut.

Kata beliau :"Ia akan berlaku... harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula," katanya. Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

Pi mai, pi mai rakyat juga yang akan menanggung bebanan kesan dari kenyataan menteri yang tidak bertanggung jawab ini.

Siapakah yang boleh menafikan perkara ini akan menyebabkan kenaikan harga barang dengan mendadak. Istilah mudah ialah kenaikan dengan kadar menggila "khinzir". Menteri boleh main lepas cakap saja, yang susahnya rakyat marhain.

Sudah acap kali saya katakan bahawa BN adalah benar benar Bahaya Negara kerana setiap kali dia menang pilihanraya tentunya Barang Naik.

Tiada ulasan: