04 Jun 2008

Siapa akan kena ?

Kelantangan Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak sehingga ada yang mencadangkan mereka perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.


Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.


''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya.


Nampaknya masalah dalam batang tubuh UMNO sekarang sangat menguji intergriti dan kemampuan Lembaga Displin UMNO untuk mengatasi pelbnagai kemelut itu.


Sedangkan telah saya ulangi banyak kali dan saya mengulangi sekali lagi disini bahwa Lembaga Displin yang ada sekarang adalah yang paling lemah dalam sejarah UMNO.

2 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

ustaz,

semua akan kena.di depan Allah nanti tak dak sapa pun boleh kecuali.......sekali dengan Lah Badawi....macam mana nak terang tentang islam hadhari ?

Idham Lim (林川興) berkata...

Setiap amalan sebesar zarrah nescaya akan dihitung, barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat balasannya pula(Az-zalzalah: 7-8)