04 Jun 2008

Muhasabah setelah menghampiri 100 hari jadi YB

Beberapa hari lagi 8 Jun akan menjelang menandakan akan genaplah 3 bulan atau 90 hari saya memikul amanah sebagai seorang wakil rakyat. Gelaran YB saya akui asalnya dari maksud Yang Berhormat. Namun realiti yang saya lalui dalam tempoh 90 hari lepas, YB adalah Yang Berkerja, yang Berbakti, Yang Beramanah, Yang Berjemaah, Yang Bersabar, Yang Bertenang, dan macam-macam lagi.

Sebagaimana semasa ditanya dalam banyak-banyak soalan oleh wartawan Siasah dalam temuramah di Ipoh petang tadi, antaranya beliau bertanya adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa ada dikalangan wakil rakyat jadi sombong setelah menduduki jawatan tersebut.

Jawapan saya mudah sahaja, bukan melihat kepada sesiapa namun diri sendiri menjadi penilaian, prinsip peribadi saya usah dipandang orang lain namun diri sendiri adalah penentunya.

Saya berkata, bahawa selagi ada manusia yang melihat gelagat manusia yang lain pasti ada perpeksi dan penilaian yang berbeza mengikut selera masing-masing. Oleh itu jangan takut untuk dikritik selagi apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan hukum dan syariat.

Meminjam kisah Luqman dengan anaknya berserta seekor kaldai. Mulanya mereka keduanya tidak mengenderai kaldai tersebut, sesudah itu Luqman mengenderai, diganti oleh anaknya, sesudah itu keduanya menaiki kaldai namun semuanya dianggap orang banyak sebagai salah dan tidak betul.

Demikian manusia yang bersifat manusia semuanya yang dilakukan oleh orang lain tidak betul ditambah sesudah bersarang di dalam hatinya sifat iri hati, dengki, khianat dan sebagainya.
Langkah hari mendatang adalah langkah-langkah yang memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan dan segala sifat yang akan memberikan kebaikan kepada semua manusia tidak mengira agama, bangsa, keturunan, pangkat dan kedudukan.

5 ulasan:

pasnational_unity berkata...

Moga Allah SWT memberi kekuatan untuk memikul amanah berat ini.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Keikhlasan dalam melaksanakan amanah adalah merupakan kunci kejayaan yang kekal abadi.Seeru'ala barokatillah.

sahabat diperantauan
N9 Darul Khusus

DRS. KHALIL IDHAM LIM berkata...

Terima kasih dengan peransang yang diberikan. Teruskan perjuangan berbekalkan ikhlas yang dimiliki.

zackry berkata...

salam.....................
mmg sombong sbb sy telah melihat dengan mata sendiri..yg mana yb kita yg hebat bercakap dikhalayak ramai ini sememangnyer sombong. setelah makan dengan family di sebuah kedai mkn yb kita nie telah berlalu pergi tanpa mempedulikan pengundi-pengundi yg penah mengundi beliau. setelah jd yg berhormat nie beliau telah menjadi lebih sombong. sepatutnya beliau kena menegur semua yg ada disitu xkan masa pilihanraya jer kot. hmmmm xtau laa nak ckp..
sekian dr pengundi yg kecewa

nor berkata...

Saya sokong..kata2 zackry...sama la dgn YB Parlimen. Dtg KK,bg bantuan dh la waktu malam2 pd 1 kmpg. Dah tu jmp rakyat ditepi kedai makan lgsung buat tak peduli..takut kena bayar ke..hehe.. Tu la YB..YB PAS.

DRS. KHALIL IDHAM LIM berkata...

alhamdulillah zackry dan nor tegur kelemahan saya,saya terima. mudah-mudahan ada kebaikannya.