11 Julai 2008

Ulama dan Umara'

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri (pemimpin)di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul…” (QS. An-Nisa‘: 59)

Di zaman sekarang ini banyak dari kalangan ulama berjaya menjadi umara (pemimpin negeri atau pemerintah), namun tidak banyak umara ingin menjadi ulama. Keadaan ini disebabkan antara lain banyak umara di zaman ini menjadi sibuk sekali dengan urusan dunianya dan banyak yang terjerumus menjadi pelaku kemungkaran.

Sejarah telah membuktikan , Rasulullah SAW dan sebahagian dari sahabat juga pernah menjadi umara. Banyak yang menjadi khalifah di masanya.


Manusia dijadikan Allah dan diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai "khalifah" di bumi, dengan misi menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama.


Lebih-lebih kalau melihat ayat di atas, Allah memerintahkan kita mentaati umara/pemimpin dikalangan kita. Persoalannya umara yang bagaimana ?Tentunya terhadap umara yang benar-benar menegakkan amar makruf dan nahi mungkar iaitu yang taat kepada Allah dan Rasul. Dalam sebuah hadits malah dikatakan bahwa pemimpin yang adil mendapatkan keistimewaan dari Allah hari akhirat kelak. Sewajarnyalah dia dihormati dan ditaati semasa didunia.


Kerana itu, sebahagian orang berpendapat, ulama terlebih baik menjadi umara kerana mampu menyatukan kedua peranannya. Artinya, kekuasaannya sebagai umara mampu diperuntukkan untuk menegakkan agama Allah. Itulah yang lebih baik dan sempurna kerana seorang ulama yang menjadi umara pasti terkawal nafsunya kepada melakukan kezaliman, rasuah , penindasan dan sebagainya.

1 ulasan:

jamal nasir berkata...

Asalamualaikum
Saya amat mendukung dan menyokong perjuangan yang ingin mengangkat ulama atau Ilmuan islam sebagai pemimpin. Khususnya Ulama yang Al Hafiz. Jelas bahawa kemampuan ulama ini menghafaz Al Quran dan Hadis adalah anugerah besar daripada Allah SWT untuk seorang individu yang kemudian diberikan hati yang terang untuk mengistinbat hukum. Kita martabatkan ulama menjadi pemimpin kemudian di bawahnya disokong dengan para ilmuan dari pelbagai bidang ilmu kifayah, yang akan secara langsung harus akur dengan arahan dan nasihat daripada "bossnya" yang mengutamakan Allah dan RasulNya. Sistem yang meletakkan ulama Al Hafiz dibawah pimpinan ilmuan fardu kifayah adalah secara jelasnya kita lebih mengutamakan duniawi dari ukhrawi. Ini terbukti bilamana pemimpin dari kalangan ilmuan fardu kifayah ada kalanya akan mencari cari dalil dari pelbagai ulama atas dasar untuk membolehkan sesuatu yang ingin dilaksanakannya itu dihalalkan. Keselamatan ummah bukanlah akibat daripada kemampuan pemimpin mengekalkan keamanan negara tetapi kerana Redha Allah. Negara boleh dilihat seperti aman kerana tiada peperangan namun pada hakikatnya porak peranda dengan pelbagai masalah hutang peribadi rakyatnya, sosial, jenayah dan prasangka buruk antara masyarakatnya. Keselamatan dan keamanan datangnya daripada jiwa yang tenang yang di anugerahkan Allah. Semoga Iltizam untuk mengangkat Ulama menjadi pemimpin akan di kabulkan Allah.

Wassalmualaikum.