
Katanya proses peralihan kuasa itu bermula hari ini dan dengan keputusan itu beliau tidak akan memimpin BN pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka pada 2012 atau 2013. "Saya ambil kesempatan memaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi pada mesyuarat tadi bahawa saya telah mencapai kesepakatan dengan Datuk Seri Najib bahawa saya tidak akan mempimpin parti BN dan Umno pada pilihan raya yang akan datang yang ke-13.
"Dan juga ini bermakna satu peralihan kuasa perlu diwujudkan. Saya maklumkan kepada MT ia bermula dengan apa yang saya umumkan hari ini.
"Iaitu saya bercadang untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk ambil alih jawatan presiden parti dalam pertengahan Jun atau pertengahan tahun 2010," kata pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Khas Tertutup dengan pemimpin Umno bahagian dan pemimpin ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan