11 Julai 2008

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan tersebut jelas tidak benar dan bohong semata-mata. PAS mahupun Dato' Seri Menteri Besar Perak tidak pernah ada perjanjian mahupun bersefahaman dengan DAP berhubung kononnya Menteri Besar Perak tidak boleh bercakap mengenai Islam.

Malahan Dato' Seri Menteri Besar Perak setiap kali memberi ucapan di khalayak ramai samada program formal ataupun tidak sering memulakan ucapan dengan ayat al Quran, mengkaitkan segala urusan kerja dengan menghayati budaya kerja yang dianjurkan oleh Islam.

Sebagai seorang Menteri dalam kabinet negara, beliau sepatutnya menyelidiki sumber dari mana yang menyatakan ada Perjanjian Pangkor II.

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh abang Menteri Besar Perak. Sebagai seorang abang, sepatutnya beliau bertanya terlebih dahulu kebenaran sumber yang diperolehinya daripada adiknya sendiri, bukan terus membuat kenyataan melulu dengan melemparkan berbagai tuduhan dan fitnah.

Misbahul Munir
Setiauaha Politik
YAB Menteri Besar Perak

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
Dari mana pulak ye abg MB dapat sumber cerita ini semua. Masakan tak ada angin pokok bergoyang? Adakah abg sendiri tak sefahaman dengan adiknya? Mkin juga...