BUKIT MERTAJAM: Seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat mengenai Permatang Pauh hari ini. yang mampu berkunjung telah berada di sana sejak lebih seminggu yang lepas adakah mereka petugas parti atau pemerhati. Sehingga kelmarin dijangka sejumlah 40,000 orang lebih orang luar berada di Permatang pauh.
Yang peliknya semua laluan tol disekitar utara semenanjung diadakan sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan.
Seramai 58,459 pengundi berdaftar akan keluar mengundi mulai jam 8 pagi bagi memilih wakil mereka di Dewan Rakyat dan menjawab teka teki siapakan PM Malaysia yang berikutnya.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah; Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat) dan Hanafi Mamat (Angkatan Keadilan Insan Malaysia).
Keputusan pilihan raya umum Mac lalu memihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan meraih 30,338 undi, menewaskan pencabarnya, calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi dengan majoriti 13,388.
Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan, pecahan kaum keseluruhan di Parlimen Permatang Pauh, yang membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) ialah 40,024 Melayu, 14,490 (Cina), (3,715) India dan lain-lain bangsa (228).
Bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini, SPR menetapkan pusat penjumlahan undi ialah di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Mengkuang dan keputusan dijangka diperoleh seawal kira-kira jam 9 malam. Tiga DUN dalam Parlimen terbabit adalah Seberang Jaya yang diwakili Arif Shah sebagai Adun dan mempunyai sembilan daerah mengundi, sembilan di kawasan DUN Permatang Pasir dan 10 di DUN Penanti.
Seperti biasa, SPR menetapkan semua pusat pusat mengundi bagi pilihan raya kecil kali ini mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.
Saya yakin Anwar akan menang besar dengan jumlah undi melebihi majoriti yang Wan Azizah perolihi dalam PR ke 12 yang lepas. Kita tunggu dan lihat......
1 ulasan:
Sdra,
Kita nantikan esok dengan harapan realis... agar ikhtiar reformasi bermula dengan cergas! InshaAllah!
Assalamu'alaikum!
Catat Ulasan