BUKIT GANTANG, 10 Feb. :- Kehangatan mengenai siapa calon Pakatan Rakyat dan BN dalam pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang mulai terasa. Hampir setiap hari ada saja mesyuarat kedua belah pihak membincangkan siapakah calon yang akan ditampilkan oleh kedua belah pihak.
Apapun sejak menerima berita meninggal dunianya Hj. Roslan Sharom saya menerima komen dalam blog ini dan banyak sms yang mencadangkan calon-calon bagi PR yang mengikut pandangan mereka adalah yang terbaik, dan bagi saya tidak memandang rendah kepada semua cadangan tersebut.
Cadangan paling popular ialah DS. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin , diikuti oleh Ust. Idris Ahmad dan Ust. Norazli Musa.
Mengenai cadangan DS. Nizar sebagai calon saya menerima komen dari seorang pembaca yang juga mencalonkan DS. Nizar namun menyatakan kedudukannya sebagai MB Perak pakatan Rakyat yang kita iktiraf akan terlucut kerana beliau kena letak jawatan sebagai syarat menjadi calon. Katanya lagi kita pertahan supaya dia jangan letak jawatan namun dia kena letak jawatan kalau dicalonkan di Bukit Gantang.
Selain itu nama AJK PAS Pusat, Ust. idris Ahmad juga hangat disebut di Bukit Gantang. Beliau pernah menjadi calon DUN Changkat Jering ditempat yang sama pada tahun 1999. Setelah itu pada PR ke 11 dan 12 beliau bertanding dua kali di Parlimen Jerlun.
Ketokohan Ust. Idris sangat bergantung kepada ketokohan peribadi dan latarbelakang keluarga Hj. Ahmad Sungai Petai yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Abangnya Datuk Hassan Hj. Ahmad adalah Mufti Negeri Pulau Pinang. Abangnya juga Datuk Salleh Hj. Ahmad adalah tokoh akademik terkenal sebagai pensyarah di UIA.
Nama yang disebut juga ialah Ust. Norazli Musa , bekas calon DUN Trong pada PR yang lepas dan Ketua Dewan pemuda PAS Perak.
Apapun bagi Pakatan Rakyat dan PAS siapa pun calon tidak menjadi masalah yang besar, semua boleh mencadangkan namun setelah pimpinan memutuskan semua akan akur dan bermati-matian memenangkan calon. Bukit Gantang akan menyaksikan gembelingan tenaga semaksima mungkin.
Permatang Pauh , Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang akan meranapkan Impian kosong BN.
Dari permatang, pergi ke kuala dan kini di dua bukit. Satu di Perak dan satu di Kedah ayuh kita gerakkan tenaga untuk memenangkan calon kita.

8 ulasan:
Selain nama2 yg ust nyatakan, ada few nama lagi yg ana rasa boleh consider;
1. Ust Ahmad Awang
2. Abg mat sabu
3. Dr Khairuddin
Apa punya bangang la "p**bangang" ni... semua benda dia nak bangkang. Hang tak dak kerja lain ke? Buang masa orang lain je membaca komen tahap tadika kemas engkau tu...
"Selain itu nama AJK PAS Pusat, Ust. Idris Ahmad juga hangat disebut di Bukit Gantang. Beliau pernah menjadi calon Parlimen ditempat yang sama pada tahun 1999."
Pada tahun 1999, Allahyarham Hj Roslan Shaharum yang menjadi calon Parlimen di situ bukannya Ustaz Idris. Beliau calon Dun Changkat Jering yang sekarang dimiliki oleh Osman Jailu..huhu
mohon TGHA buat istiqarah utk pilihan calon spt di Kuala Terengganu
Jangan confident sangat yeop dan yong. Kat KT kita kalah undi cina.
Jangan lupa sebut2kan insya Allah dalam setiap keyakinan kita. Jangan dahului ketentuan Ilahi.
Insya Allah, dengan situasi terkini, kita boleh menang!!!
Assalamualaikum,
Sudinya saya mencadangkan satu calon baharu. Calon ini petah berkata-kata dalam majlis dan mampu mencapai standard sebagai seorang ahli parlimen.
Selain itu, calon ini berkemungkinan dapat menarik hati kaum muda.
Calon yang saya maksudkan adalah Ustaz Misbahul Munir. Ya dialah sekarang ini setiausaha politik kepada MB Perak yang sah.
1. Calon bertanding Parlimen tak perlu kosongkan kerusi DUN. DS Nizar boleh bertanding.
2. Ramai golongan muda cina di KT tak balik mengundi kerana terlalu hampir dengan tahun baru. Perlu diingat BN kalah di kebanyakan saluran 3 & 4.
kubur merah lagi gileer, berebut nak jadi calon doh
Catat Ulasan