23 Mac 2009

Biar Anwar jelaskan - Guan Eng

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, biarlah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai timbalan ketua menteri dan anggota exco berkuatkuasa 8 April.

Mohammad Fairus bagaimanapun masih kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dan juga anggota PKR.

Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.

Mengenai sebab peletakan jawatan timbalan ketua menteri oleh Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya.

"Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut.

"Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.

Beliau turut berkata sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus perlu dirujuk kepada Anwar.Mstar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The weakest link in the Pakatan Rakyat's chain: Parti KeAdilan Rakyat.
Asyik-asyik ahli mereka buat hal. Dulu masa p'raya, petugas tak ramai mana tapi nak bertanding banyak kawasan. Ahli PAS kena buat kerja, ahli mereka entah di mana. Kemudian sang posman nak jadi MB, akhirnya jadi pelompat parti. Tamak!
Tapi....Mat Saman Kati boleh sedap-sedap kata ahli PAS macam-macam dalam blog dia, tuduh kita pulak yang tamak. Menyakitkan hati betul mereka ni...

Ahmad Baei Jaafar berkata...

Kenapa begitu rapah hubungan ahli PKR? Cubalah kawal agar tidak berlaku perpecahan yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan atas kelemahan musuhnya. Contohilah yang baik dan elok pada parti lain sama ada kawan atau lawan.