23 Mac 2009

Sudah terlambat : Mahathir cadang peluang akhir selamatkan Umno

KUALA LUMPUR: Nasi sudah menjadi bubur, itulah pepatah Melayu yang berligar di kepala saya dan saya kira itulah juga yang sebetulnya di fikirkan oleh TDM sehingga beliau pada akhir-akhir ini bercakap seakan-akan dia adalah penasihat kepada UMNO. Realitinya dia sudah tidak ada apa-apa kaitan dengan parti yang pernah berketuakan dia.

Penyakit UMNO sangatlah parah dan kronik. kalau pesakit dia sedang di ICU kan. Semua kerabat sedang membaca yaasin dan UMNO akan masuk kedalam kubur yang digali sendiri oleh pemimpin mereka.

Umno perlu menyerahkan kepada perwakilandalam perhimpunan agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr. Mahathir berkata, peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Dipetik Bernama, jelas beliau, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepasucaptamanya pada Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza.

"Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah... jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RE: manafaatkan perhimpunan umno itu nanti untuk proses mengkapankannya.

hisamuddin di katakan akan menghulurkan keris tumpul bertatah berlian ala ala pendekar umno waktu pemilihan umno nanti. syok !

dulu orang dah kritik, tapi pendekar bacul umno ni tak ingat. mudah lupa dan hilang akal. masih ingat bagaimana dia di hentam oleh pemuda mca dan dia minta maaf. tu pasal kita panggil dia pendekar auwww auwww!

bukan ape .. ini lah kesempatan yang perlu di ambil sempena pilihanraya yang bakal di adakan sejurua selepas perhimpunan umno. cuma perlu peka akan kenyataan yang akan di keluarkan oleh umno ketika majlis tersebut. tentu ada yang terpacul keluar tentang perkauman.

.... ala .... biasak la.

mahathir dengar khabarnya akan di jemput hadir.

sejak akhir akhir ini, dia menceritakan tentang perjuangan bangsa, bangsa melayu dalam kecemasan dan macam macam lagi. dan yang cukup sensitif adalah kenyataannya tentang bangsa bukan melayu yang tidak berterima kaseh dengan bangsa melayu yang sanggup berkongsi negara.

benda benda macam ni biasa di dalam umno. cumanya kalau kenyataan umno tentang perkauman di tiup hebat dalam pesidangan kali ini, rasanya ramai pengundi di bukit selambau dan gantang yang berminat nak tau.

walaupun peratus pengundi bukan melayu sikit, sekurang kurangnya jumlah kecil itu akan menyokong pakatan rakyat. hindraf yang di khabarkan menentang pencalunan bukit selambau pun mungkin akan berpatah balik. heheh !

jadi jangan lepa kerana alpa umno akan merosakkan bn seluruhnya. nak bagi tau pemimpin umno, sikap perkauman mereka itu lah punca bn terkubur lepas ni. melayu dah lari, cina dah pesong dan india pun dah tak hairan dengan bn lagi...

tanya singh ... heheh .. singh pun dah lari sama.
umno hancur kerana umno syok sendiri.

manafaatkan perhimpunan umno itu nanti untuk proses mengkapankannya.

p/s
teringin nak tengok macamana umno sokong pemimpin yang lari dari menjawab soal altantuya .. dan juga bik mama. anggun ke kali ni? heheheh !

-rentakjari-

Tanpa Nama berkata...

Di mana Najib nak cari pimpinan UMNO yang bersih dari rasuah untuk duduk dalam kabinet? Umpama mencari salji di musim panas!

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah nazak tapi ada pula berapa kerat 'JIM dalam PAS'yang nak bagi 'life support'. Tamak nak dapatkan kuasa dalam kerajaan federal tanpa susah payah mungkin, sedangkan dapat kuasa sebagai kerajaan negeri satu term saja pun terlepas.

Hamba berkata...

Kenapa lah bekas PM, bekas ahli umno ni sibuk dgn umno lagi... Kalau dah keluar dari UMNO sebab marah dgn UMNO buat apa menyibuk2 lagi. Duduk diam kat rumah buat ibadat lagi baik....UMNO pun pernah tegur PAS dan DAP dupaya jgn masuk campur urusan UMNO. Hanya ahli UMNO aje yg blh komen ttg UMNO, tapi ni ex umno ni masih sibuk mengarut.... tak cukup 2 dekad memusnahkan negara agaknya dia nak suruh anaknya pulak sambung kerja menghancurkan negara...

Abuarif berkata...

Mahathir masih lagi berpenyakit Prime Minister Sindrome.Jadi cakapnya macam nak caturkan kerajaan lagi.Tapi Mahathir mudah lupa yang dia adalah rakyat biasa,jadi bebas beri pandangan yang sentiasa ideal.Masa dia jadi PM dia pun terlantik pemimpin yang rasuah.

Jadi pada pandangan saya sebahagian pemimpin atasan yang bersih untuk tadbir Malaysia adalah seperti berikut:

Mentri Mentor - Mahathir

Perdana Menteri - Mukriz Mahathir

TPM - Muhammad Mat Taib

Menteri Kewangan - Zaid Ibrahim

Menteri Pertahanan - Ibrahim Ali

Ini kerana bukan senang nak cari Pemimpin umno yang betul-betul bersih.ORANG KAMPONG PUN TAHU.

Tanpa Nama berkata...

Manusia - pandai bercakap tapi 'cakap tak serupa bikin'. Dulu masa krisis perlembagaan di mana Mahathir mahu menghadkan kuasa Raja-raja, timbul cakap2 bahawa tidak adil adanya 'dinasti' di mana kuasa berpindah dari bapa ke anak dan bukan atas dasar merit. Tapi sekarang Mahathir pun nak tubuhkan dinasti, nak jadikan Mukhriz pewaris kepada kerajaan Malaysia...