Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.
Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar 'SMS alert' hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.
Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.
Tiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno - Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam - dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.
Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.
Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.
Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.
"Kami meneruskan kempen seperti biasa," kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.
Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
"Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam," katanya.Malaysiakini.

5 ulasan:
Yb...stby pula untuk negeri kelahiran Hang Jebat. Dengau kata siap ugut nak bubarkan DUN
Bagus SPRM coz bertindak tanpa kira parti. Tapi, itupun masih dianggap menyebelahi kerajaan oleh PAS & PKR.
View Profile: Panassss™
aku rasa mesti mat taib tu. dialah yang bawa duit lima kilo ke australia dulu. lepas tu dia kata mi no spik englis. kah, kah, kah.
dia tu cerdik.
pandai putaq belit.
payah nak jerat.
ngan sultan tun dia bleh main.
dia tu cerdik.
pandai putaq belit.
payah nak jerat.
ngan sultan pun dia buleh main.
Catat Ulasan