17 Mac 2009

Usul gantung Gobind diluluskan

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh selama setahun, diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah.

Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Pandikar Amin Mulia.

Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.

Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli Parlimen membahaskan usul tersebut.

Usul dibentangkan terhadap Gobind kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana ment

Minggu lalu, wakil rakyat Puchong itu digantung sehari daripada menghadiri Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz akan diputuskan hari ini. Ia sedang dibahaskan sekarang.

Teks lengkap usul seperti berikut:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.Malaysiakini

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Drs,
Kenapa MP PR keluar dewan? bukankah kalau undi tak cukup 2/3 maknanya usul tersebut tidak diterima..atau MP PR keluar dewan kerana tak ramai MP PR yang hadir dan menyebabkan jika diundi pun usul tersebut akan berjaya? jika begitu, sepatutnya MP PR mesti diwajibkan hadir bagi setiap sidang parlimen supaya puak MP BN ni tidak bertindak sewenang2nya...

Saya cukup hairan dgn MP PR, selalu sangat nak bantah dgn cara keluar dewan, akhirnya PR jugak yg menjadi mangsa akibat usul yg dibahas pasti akan menguntungkan BN..wahai MP PR tolong jgn bertindak bodoh, cara pengecut ini yg anda buat utk m'bantah usul tersebut mengakibatkan Gobind tak dpt menghadiri sidang parlimen selama setahun..geram sungguh saya baca berita ni...

Tanpa Nama berkata...

salam perjuangan
wahai mas untuk pengetahuan demo..klu undi x percaya x perlu undi 2/3..hnya perlu undi sebulat suara je..
bila2 kaji dulu sebelum bercakap 2..
hang ingat MP PR 2 x thu ke..
dioarng lbh pndai dri demo lah

Tanpa Nama berkata...

Bukan undi sebulat suara, undi simple majority je. 2/3 kalau nak pinda perlembagaan.