TAIPING, 16 Mac :- Wang bukan segala-galanya. Begitulah dinyatakan oleh Tokoh Sastrawaan Negara, Dato A. Samad Said ketika melancarkan Gerakan Kerja Badan-badan NGO Islam dan kaum India/Cina sempena menjelangnya Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen P-59 Bukit Gantang di Markaz PASTI, Kampung Boyan dekat sini petang semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Pilihan Raya P-59 diadakan pada 7 April depan manakala Hari Penamaan Calonnya 29, Mac ini.
"Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang,� katanya.
Beliau menegaskan, sejak awal Tun Dr Mahathir Mohammad memperkenalkan PPSMI itu, telah heboh diperkatakan oleh tokoh bahasa negara akan kesan dan akibatnya terhadap pembelajaran murid-murid Melayu dalam sains dan matematik berpenghantar Inggeris itu.
Kata A. Samad, setelah digunakan beberapa tahun kaedah tersebut, hasil kajian profesional membuktikan kemampuan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu bertambah lemah dari tahun ke setahun hingga kini.
Disebabkan tidak sanggup lagi menerima kesan buruk akibat pengunaan PPSMI terhadap generasi kita, maka saya sanggup berada bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hari protes PPSMI, 7, Mac lalu dan telah terkena gas pemedih mata serta tembakan pancutan mariam air terhadap kami petang itu, katanya.
"Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" kerana dapat bersama mempertahankan untuk memansukan segera PPSMI itu," jelasnya.
Bagi beliau, PPSMI itu adalah seumpama gas pemedih mata juga kerana kalau lambat diubati dengan memakan garam sedikit serta membasuhnya dengan air maka ianya akan bertambah parah, kucar-kacir murid-murid Melayu kesudahannya.
"Itulah sebabnya saya berada seimggu di sini menjelaskan betapa pentingnya PPSMI dimansuhkan segera dengan diajar dalam Bahasa Melayu," kata Samad.Harakahdaily.

5 ulasan:
Bahasa jiwa bangsa....hanya Jauhari yang mengenal Maknikam....Hanya pejuang bahasa yang mengenal erti mendaulatkan bahasa Melayu..Hidup Datuk A. Samad Said
zaman sekolah tahun 70han saya banyak baca novel a.samad said. memang beliau layak dianugerahkan sasterawan negara...... kini, beliau membuktikan wang dan gelaran tidak bermakna jika bahasa ibunda tidak didaulatkan sebagai bahasa ilmu....
Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said pernah menghadiahkan ratusan buku karangannya kepada Sekolah Agama Rakyat di Perak yang kekurangan wang (gara-gara bantuan kewangan ditarik dan ibu-bapa ditakutkan dari menghantar anak ke sekolah agama bukan kerajaan). Beliau dan anaknya Helmy mengizinkan Maahad itu menjual buku-buku tersebut dan menggunakan hasilnya untuk menampung perbelanjaan. Dan mereka telah memberi bantuan itu tanpa sebarang publisiti.
Bekas guru Maahad
aku berbangga punya pejuang bahasa ibundaku seperti datuk A.Samad Said ..Pejuang yg kononnya Ketuanan melayu sanggup melayukan bahasa sendiri ..
amno kata duit segala galanya
Catat Ulasan