KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, hari ini atas pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, melalui komen yang dihantar ke satu laman web pada 14 Februari lalu.
Ahli perniagaan, Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan Fatimah Maisurah Abdullah, 34, menghadapi dua pertuduhan menghantar komen itu di http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak, www.sultan.perak.gov.my dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan secara bersama menghantar komen menghina Sultan Perak pada jam 7.57 dan 8.01 pagi pada 14 Februari lalu, di alamat No 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga, di sini secara sedar dan sengaja untuk menyakitkan hati orang lain.
Pendakwaan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Abd Karim, dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Azmi Ariffin.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) dan (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.
Fuad yang memakai kemeja berbelang putih dan seluar hitam sedondon dengan isterinya yang berkebaya dan tudung rona sama diwakili Peguam, Wan Zainuddin Wan Musa dari Wan Zainuddin & Co, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 seorang.
Mahkamah menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes. Bernama.

10 ulasan:
Salam... pasal mereka berdua tu org PR. klau org BN kebal...lebih kebal dari kuasa sultan..
(harapan63)
satu pengajaran kepada yg biadab.
diminta pihak bar council supaya dapat membela mereka2 ni kerana tindakan menangkap mereka adalah melanggar hak kebebasan bersuara rakyat...
bukan kah rakyat bebas menentukan suara mereka? ni adalah salah satu cara pemerintah untuk menutup mulut rakyat..diminta pihak peguam dan bar council dapat uphold kebebasan bersuara dan kebebasan di internet...
yang UMNO Terengganu dok bising "NATANG" tu, pe cerita???? xkan SAudari2 semua buta kot..... Sapa yang biadap, kurang ajar???? Sultan xkata apa2 pn....
aku mau pihak PR supaya jgn berdiam diri dlm hal2 ni kerana yg kena tu bukan nya penyokong be end..tapi sahabat2 kita dari PR juga..masing2 dah tension bila keadilan dicemari...so jgn le membiarkan mereka2 ni dihentam..bantu lah mereka2 ni dgn menyediakan pasukan peguam! mereka hanya menyuarakan kekecewaan yg tak terkawal....
untuk yg kena tangkap tu..diminta anda jgn cepat2 mengaku salah!! minta lah bukti2 yg nyata!! jgn bagi mereka,kerja senang je untuk menutup mulut rakyat....
cepat2 mengaku hanya menyemarakkan lagi pihak berkenaan untuk mermaharajalela...
Mereka tak mengaku salah...tapi media seolah sudah menghukum mereka...
Kalau sesuatu memehak kepada mereka(BN)maka dikatakan demokrasi.Jika pakat-pakat rakyat tak keluar mengundi(bisukan semua)apamacam?Kalau mengeluarkan pendapat pun saudara saudari perlu beradab dan sopan,message nya tentu sampai.Kita orang Malaysia,lebih-lebih lagi sebagai orang Malaysia Islam.
Kebanyakan manusia sedia menerima teguran cuma cara kena betul dan berhikmah.
Kes ini sudah selesai, sila lihat ini :
http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story9381254.asp
saya minta sesiapa yang telah menghukum kami sebelum dibuktikan bersalah, bertaubatlah...
Catat Ulasan