29 Mac 2009

Gempar dari Ipoh, pemuda India dipukul polis dirawat di hospital.

Negara sekali lagi dikejutkan dengan berita gempar dan menggerunkan. Sekali ini berlaku di Ipoh Perak. Kalau kita masih ingat dengan kejadian yang menimpa Kugan, hari ini kejadian yang hampir sama berlaku di IPD Ipoh.

Seorang remaja India berumur 26 tahun telah dipukul dan mengalami kecederaan dikebanyakan tempat dibadannya. Sangat Menyayat hati, demikian berita terbaru yang kami terima dari IPOH melaluin pesanan ringkas.

Dimaklumkan juga sedang berkumpul di Hospital Ipoh ialah pemimpin Pakatan Rakyat, antara nya Speaker Perak, V. Sivakumar, Dato' Ngeh Khoo Ham dan Yb. Kulasegaran.

Pemuda India yang dikenali dengan nama Patmanathan berasal dari Chemor itu dipukul setelah beliau pergi ke Balai Polis setelah adiknya ditangkap oleh polis setelah disyaki memiliki ganja .

Saya masih menunggu laporan yang lengkap mengenai kejadian itu.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Nampaknya Polis tidak dapat mengawal nafsu ganas mereka mencedera dan membunuh rakyat. Inilah warisan BN dan UMNO kepada rakyat dan negara - anggota polis yang berkelakuan sebagai 'hired killer' untuk pihak atasan dan kaki pukul kepada rakyat jelata. Mereka lupa bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat jelatalah yang membayar gaji mereka. Mari kita doakan supaya mereka menerima pengajaran dari Allah Ta'ala atas kekejaman dan kezaliman mereka itu.

Awanama berkata...

Perbuatan polis sudah melanggar batas2 kemanusian.Islam menganjurkan supaya kita berlaku adil kpd semua manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warganegara.Skrg polis ibarat raja diMalaysia,kebal dari segi undang2 malah lebih teruk lagi mereka spt tidak bertamadun....