Lima buah kenderaan rasmi dari enam kesemuanya telah dikembalikan kepada Pejabat SUK iaitu satu Proton Perdana Executive, dua Proton Perdana, satu Naza Sorento dan satu Mercedes Benz Pacuan Empat Roda yang digunakan oleh bekas Menteri Besar itu telah diserahkan pada 23 Feb 2009 manakala kediaman rasmi Menteri Besar diserahkan pada 27 Feb lepas.
Tinggal sebuah lagi yang belum diserahkan oleh YAB. DS. Muhammad Nizar Jamuluddin seperti yang dijelaskan oleh SUK Perak ,Abdul Rahman yang berkata berkata setakat ini Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan tiga surat rasmi kepada pihak Mohammad Nizar selain membuat permintaan secara lisan agar Menteri Besar Perak pakatan Rakyat itu memulangkan sebuah lagi kenderaan rasmi jenis Toyota Camry 2.4V bernombor pendaftaran AGS 10.
Persoalannya kenapakah beberapa dakwaan dan kenyataan ini dikeluarkan oleh Abdul Rahman. Termasuklah dakwaannya yang dia sendiri tahu jawapannya bahawa dia menerima maklumat yang menyatakan bahawa Mohammad Nizar juga masih mendapat bayaran gaji dan elaun penuh sebagai Menteri Besar Perak. Selain daripada itu tanda nama Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan atau yang membawa maksud yang sama seperti itu juga ada dipasang di rumah sewa beliau.
Nampaknya Abdul Rahman sudah ada kelayakan untuk menjadi orang politik sepenuh masa. Itupun kalau dia berani turun ke gelangang. malah sepatutnya dia sudah menawarkan diri lebih awal untuk menjadi calon UMNO di PRK Bukit Gantang.
Eloklah mahkamah yang menentukan , janganlah kita banyak bercakap dan menyebelahi satu pihak sehingga orang sudah tidak hormat dan dianggap sebagai "barua".

3 ulasan:
waspada. seperti nya ada yang tak kena dengan pilihanraya kali ini. ada pihak yang ghairah dengan perubahan kepimpinan di dalam umno. ada yang brani menggunakan kuasa berlebihan sekarang.
Sejak awal politik UMNO bermula, banyak pengalaman yang di cedok dalam perjalanan sejarah keujudan parti tersebut.
Kini UMNO berhadapan dengan zaman pengpupusan mereka kerana hampir kebanyakan pemerintah dan pemimpin yang lepas lepas adalah pemimpin yang gila kuasa dan korup sehingga ke sampai tahap menipu, berbohong, mengelak membunuh dan mengugut. Tambah menyedihkan ada yang cuba mengelak dari di bicara, sehingga menyangka diri mereka sentiasa sesuci abadi.
Bila berada di atas, mereka di kelilingi dengan dunia serba ada. Tawaran dari pihak yang ingin bermewah kerap di sambut dengan lebar tangan. sehingga sekarang, semuanya bagai budaya yang tidak pernah cuba untuk di tinggalkan.
UMNO semakin pupus. Rakyat sudah jemu dengan UMNO kerana sikap sikap buruk dan gila kuasa yang mereka tunjukkan. Sekarang tugas pihak pihak tertentu yang buta mata dengan janji kemewahan turut menyandang tanggung jawab untuk bermewah bersama. Dan golongan ini bakal mengekalkan pemimpin pemimpin yang gila kuasa di atas sana.
Kini .. prosidur demokrasi dan keadilan sudah tidak lagi menjadi guideline mencapai kejayaan. Ugut, dengki, khianat dan cemburu dengan kejayaan orang lain adalah sikap UMNO yang sedang ingin di tunjukkan.
Lantas .. kita perlukan satu badan yang boleh memandang kehadapan kearah kemungkinan kemungkinan yang bakal dilakukan oleh agen agen yang di kerah untuk memberikan kemenangan kepada BN.
Kalau merujuk kepada sistem demokrasi yang telus, PR tidak mempunyai sebarang masalah, kini kita berhadapan dengan kemungkinan perlanggaran undang undang dan perlembagaan yang di halalkan.
Kerana itu, sebagai pelayar setia .. kepada blognetwork@perak .. ingin berpesan sesungguhnya berwaspadalah kerana terlalu banyak jerangkap samar yang tidak kelihatan menanti mangsa sujud mengaku kalah.
3 tempat serentah. Batang Ai .. Taib Mahmud begitu yakin dengan kaedah samsengnya. Bukit Selambau, tidak kisah menang atau kalah, tapi di Bukit Gantang berlainan sedikit kerana calunnya adalah DS Nizar. dan Kalau DS Nizar kecundang, satu kepuasan bagi mereka. Langkah untuk Nizar ke Parlimen akan cuba di halang kerana DS Nizar bukan lah calang calang pemimpin. Dengan kelebihan yang beliau miliki, sesungguhnya menggugat pemimpin BN nanti.
elok BN tawarkan SUK tersebut jd calon BN kat bukit gantang...tolonglah SUK...u kena berkecuali dlm segala permasalahan dlm Perak ni.biar makamah yg tentukan dulu siapa yg berhak...harap maklum SUK perak.ini satu pendapata jer...
suk semua macam tu makan gaji
Catat Ulasan