KETUA Pemuda Umno yang baru dipilih, Khairy Jamaluddin, yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Umno pertama, malam tadi mengumumkan pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim, sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
Keputusan ini dilihat sebagai menjawab spekulasi bahawa Khairy tidak akan mengepalai dan turun ke tiga kawasan PRK yang akan berlangung penamaan calon esok dan hari mengundi pada 7 April nanti.
Khairy berkata, Pemuda Umno yang akan menjalankan tanggungjawab itu sebaik saja Perhimpunan Agung Umno selesai hari ini, akan mengambil pendekatan untuk bersama pengundi baru dan memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit.
"Mesyuarat hari ini (malam tadi) memberi tugasan kepada setiap Exco Pemuda yang akan bertugas sepenuh masa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita akan membantu jentera tempatan dan menjadi pemudah cara daripada belakang bagi memastikan golongan muda mendekati kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

3 ulasan:
ketua pemuda penakot....
depan penyokong boleh la..
mai la kj woi turun bukit gantang...
berdepan ngan kami pemuda pas
bagan tiang
Najib lantik tibalannya, Timbalannya lantik Naib pengerusi, Naib pengerusi Lantik Ketua Pemuda Ketua Pemuda lantik Tim ketua pemuda, Tim ketua pemuda Lantik Exco, Exco akan lantik ketua pemuda Negeri, Ketua Pemuda negeri akan lantik Timbalan ketua pemuda Negeri, Timbalan Ketua pemuda Negeri akan lantik Exco pemuda Negeri, Exco pemuda negeri akan lantik ketua Pemuda Kawasan, ketua pemuda kawasan kan lantik Timbalan ketua pemuda kawasan, Tim ketua pemuda kewasan akan lantik, ketua pemuda cawangan last sekali ketua pemuda cawangan akan lantik JkkkP....maka Jkkkp pa la yang buat kerja sorang-sorang jawabnya.
salam ,habis sudah perhimpunan agong umno,yg pasti kj seorang saja yg teruk di PHD olih ahli umno yg lain di tv,hujah ,analesa dan byk lagi komen2 d tv,saolah olah kj saja yg guna wang,yg lain tue bersih,suci,simpati saya pada kj,kj,kamu tabah dan berani, taniah,mohon masuk PAS ,tinggalkan parti hasad denggi tue,kj seorang yg kotor !!!!!!!!
Catat Ulasan