28 Mac 2009

Terkini : 3.00 Petang, ADUN Titi Serong lapor salah guna kuasa Osman Jailu.

IPOH : Satu laporan salah guna kuasa oleh ADUN lompat changkat Jering, Mohd Oslam Mohd. Jailu telah dilakukan oleh Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong di Pejabat Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Ipoh pada jam 3.00 petang tadi.

Khalil tiba bersama penyokong Pakatan Rakyat sempat memberi kenyataan media sebelum masuk ke dalam pejabat SPRM untuk menyerahkan laporannya kepada SPRM.

Khalil menyatakan dia pada hari ini melaporkan dua kesalahan Osman Jailu semasa memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

Pertama kata beliau kesalahan Osman Jailu yang duduk dalam mesyuarat yang melantik Noraini Samat sebagai Pengurus Besar Tourism Perak Sdn. Bhd dedangkan Noraini adalah isteri kedua beliau.

Keduanya tindakan Osman yang melangar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menyatakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak tidak boleh terlibat dengan trade. Sedangkan menurut beliau dalam satu mesyuarat memutuskan dia sebagai penandatangan pertama.

Kata Khalil kedua-dua keslahan itu hendaklah disiasat dengan segera oleh SPRM.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Sila sula mereka yg salahguna kuasa.Tips utk rakyat tahu membeza. Gracias YB. Nona Ratana Chulaborn.

Malaysian-2Day berkata...

Maaf cakap yer, saudara khalil (ADUN Titi Serong) ni takder kerja lain ke? Inilah produk ANWAR IBRAHIM sebenarnya, asyik mencari salah orang dan suka saman, dan mengadu kepada pihak berkuasa tentang kesalahan orang. Bila kah masa saudara Khalil berkhidmat untuk orang Titi Serong? Adakah orang Titi Serong memilih saudara untuk mencari kesalahan BN atau untuk memajukan kawasan mereka? Hairan.

Yang kedua nya, kenapa sekarang baru nak report? Jawab nya mesti baru tau kes ni kan? Tapi semua orang tahu, ini "kes naya" kata orang. Sajer nak kenakan Mohd Osman Mohd. Jailu sebab beliau telah berubah menyokong BN. Sianz. Tak perlulah bersikap begini saudara khalil, mencari kesalahan orang tetapi membiarkan diri kita sendiri kotor. Cermin diri, jika saudara betul2 ikhlas, dari dulu lagi semasa Mohd Osman Mohd. Jailu memegang jawatan EXCO saudara telah membuat laporan mengenainya. Lebih baik saudara menjalankan amanah yang telah di berikan kepada saudara oleh orang Titi Serong dari menghabiskan masa dengan mencari kesilapan orang lain. Titi Serong bukan satu kawasan yang maju, sila lah majukan kawasan saudara.

Anywayz, terima kasih kepada tuanpunya blog yang sudi menyiarkan pandangan saya.

Tanpa Nama berkata...

YB KHALIL MEMANG DA SIAP JALANKAN TUGAS SEBAB DIA RASA BERTANGGUNGJAWAB MENCEGAH PERKARA X BETUL DARIPADA BERLELUASA....SAYA RASA SAUDARA YG BAGI KOMEN DATAS PERLU TANYA BALIK DIRI SAUDARA BESIH KE KOTOR...SEBAB?PATUT KE KITA BIARKAN PEKERJAAN MUNGKAR BERLELUASA...D TELEVISYEN BNYK CARI SALAH PEMBANGKANG..SKIT2 SALAH PEMBANGKANG..TU AKIBAT RASA 'BERSIH' SANGAT LA TU...SATU LAGI YB KITA NI MEMANG LA TENGAH MAJUKAN KAWASAN DIA DSAMPING CEGAH PERKARA MUNGKAR...FIKIR BALIK SAUDARA SEBELUM TERUS MEMBUAT KONKLUSION DAN TUDUHAN

MOGUNDAHALI berkata...

salam

eakyat Malaysia zaman ini mempunyai ruang informasi yang luas. dalam hal ini adalah baik jika segala kelemahan disiasat mengikuti saluran yang betul. Komentar yang bebas sentiasa berfikiran positif dan berfikiran waras. Saya sebagai pemerhati dalam blog tanpa parti terkilan dengan sikap sesetengah bloger yang kurang bijak dalam memberi komen atau pandangan.

penawarrindu berkata...

YB Khalil, teruskan.. rakyat pasti bersama YB.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB, teruskan kerja-kerja nahi mungkar supaya dapat menyelamatkan PERAK tanah airku dan Malaysia amnya.

Tanpa Nama berkata...

salam...
komen kat atas sekali tu sedara jng nk poyo2 la...jng ingat puak2 b end nie bersih orng nyeee dh terbukti depa nie mmng kaki rasuah...so sy rs lbh baik sedara insafkan dulu puak2 b end sblm nk sebuk hal parti orng lain...

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan kuncu2 dia pn sama mcm tu jgk..silap sikit report..

Tanpa Nama berkata...

kpd malaysian-2day
ini pendapat saya...inilah yg dikatakan tindakan melalui pemikiran dan pertimbangan.dunia kini penuh penipuan,yg benar dikatakn salah dan yg salah dipejamkan mata.menegakkan kebenaran perlu ada strategi.teruskan yb khalil.Insyaallah,Allah bersama org2 yg benar.perbetulkan niat kita demi agama utamanya,bangsa & negara.

Ahli PKR berkata...

Saya sangat sedih masih ada lagi insan yang buta hati menyokong UMNO, tidak kah mereka melihat apa yang telah kita tonton di TV 2-3 malam di Perhimpunan UMNO 2009. Penuh dgn rasuah, ada seribu kes yang dilapurkan ke Badan Disiplin UMNO, malu lah nak mengaku sebagai ahli/penyokong UMNO. Saya pernah memegang jawatan Naib Pemuda UMNO Bahagian 1984 - 1987, tapi bersyukur kepada ALLAH SWT saya cepat meninggal UMNO apabila Ketua Bahagian meminta kami para perwakilan menjunjung AL QURAN untuk mengundi sepolan2 mengikut skrip yang dihantar dari KL.

Pada pemilihan tahun 1987 saya terus menarik diri dan keluar dari UMNO, alhamdullillah.

INSAF LAH PADA YANG BELUM SEDAR!

Tanpa Nama berkata...

Osman Jilu ni,nampaknya memang tak tahu buat kerja,sekolah lulus berapa agaknya.Elok sangatlah dia keluar PKR, dan join Umno,kerana kalau dia terus dalam PKR pun keadaan masa depan PKR lagi teruk dek tindak tanduk org bodoh macam Osman Jilu ni.Umno memang parti tempat berkompol org macam Osman Jilu,otak udang.

momotaro berkata...

tahniah YB... teruskan mencegah kemungkaran.. kami sentiasa menyokong YB...