14 April 2009

Analisa PRK Bukit Gantang.

Berikut ini adalah analisa mengikut DUN dalam PRK Parlimen Bukit Gantang pada 7 April yang lepas. Dalam PRK itu calon PAS, Ir. Hj. Muhammad Nizar jamaluddin telah menang dengan majoriti 2789 undi mengalahkan calon BN dan Bebas.


DUN Kuala Sepetang.



DUN Trong



DUN Changkat Jering

6 ulasan:

Aizad berkata...

Assalamualaikum Drs. Harap pihak Drs dapat beri gambaran sebenar tentang bilangan pengundi berdasarkan bangsa. Dr maklumbalas, di dapati pengundi Melayu yang malangnya Islam telah berkurangan berbanding PRU 12 lepas. Sila beri pandangan. Saya rasa kita perlu ambil perkara ini dengan serius.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya bukan melayu telah memahami perjuangan PAS. Orang Umno jangan kata kuala sepetang itu undi DAP semata-mata tetapi sedarlah bahawa ada juga pengundi MCA yang mengundi Pas kerana mereka menilai dan mengkaji kehidupan dan cara hidup pemimpin PAS berbanding pemimpin Umno yang hanya mementingkan diri. Umno hendaklah bermuhasabah.Kalau kamu mengata DAP, sebenarnya seperti juga kamu mengata keseluruhan pengundi berbangsa Cina dalam MCA,Gerakan...
Dalam Berita Online hari ini, Zamry komen bahawa orang cina terpedaya dengan PAS..apakah beliau memikirkan orang cina tidak mempunyai akal fikiran untuk menilai sehingga mereka terlalu mudah terpedaya?Insaflah..bahawa politik perkauman sudah tidak relevan lagi. Di Amerika Syarikat pun mereka tidak melihat kepada kaum apabila mereka memenangkan presiden kulit hitam Barack Obama untuk memimpin mereka, sedangkan lawannya adalah kulit putih. Apakah hendak dikatakan oang kulit putih tidak pandai menilai dan tak kenal bangsa mereka sendiri?

Pas Selamat berkata...

mana lah kite boleh tau setiap org melayu tu undi ape
ada bekas asing ke
tak boleh tau la
cuma anggaran je berdasarkan majoriti melayu kat situ

leaflizard berkata...

ramai remaja islam, tidak lagi daftar mengundi, saya cadangkan, banyak kan, tempat mendaftar mengundi di tempat2 ceramah. ramai anak muda, tidak mahu pergi berdaftar dengan sendiri nya. bagi mereka, tidak menguntungkan mereka, walhal, di mulut dan di hati, sangat getik dengan umno dan barisan nasional.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa kalau calon anak tempatan yang bertanding lebih banyak majoriti PAS dapat lebih2 lagi pengundi melayu , Kalau ade calon di kalangan peguam , doktor atau jurutera lagi bagus. Ade sesetengah pengundi ade ciri perkauman yang hanya mengundi calon anak tempatan ajer seperti berlaku di Kuala Terengganu tapi kalau kat Kelantan tak kisah sapa2 pun boleh asalkan bulan macam Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS Kalau mamat tuh bertanding atas tiket bebas jangan harap

Tanpa Nama berkata...

KENA CERMAT , BANYAK ANGKA KEPUTUSAN 2008 TAK BETUL / CONTOH BN 15 UNDI DI PASIR HITAM , TAPI YANG SEBENAR 71 UNDI / LARILAH COLUM BEZA UNDI DAN JUMLAH KELUAR UNDI / ADA BANYAK LAGI...CHECK BETUL-BETUL