14 April 2009

'Cina, India bukan pengemis'

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan dengan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata:

"Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.

"Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.

"Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan."

Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN', Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu juga mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan.

"Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

"Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti," Muhyiddin dipetik berkata dalam wawancara tersebut.

"Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.

"Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap Umno, tetapi Umno yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, Umno yang adil, Umno yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah."

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Yuan berkata pengundi Cina di dua kawasan tersebut sukar mengaitkan diri mereka dengan BN kerana ia tidak lagi menegakkan yang terbaik di Malaysia."

"Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi. Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil lagi berkesan dan meyakinkan," katanya.

"Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."

Chang sebaliknya mencadangkan idea "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak haruslah diberikan lebih penekananan kerana ia boleh memberi makna sebenar perjuangan BN.

Selain mencadangkan kempen bersama antara pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk semua kaum, Chang menambah, ramai pengundi kini terpengaruh dengan slogan keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat

Sementara tokoh DAP Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai "pengesahan" bahawa BN mengaku bersalah mengamalkan politik wang ketika pilihanraya, menggunakan dana awam khususnya dalam bentuk projek pembangunan sebagai umpan untuk meraih sokongan pengundi.Malaysiakini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka pengundi bukan melayu ni..tak sapa layan macam pengemis pon..tetapi sikaptamak dan stretegi supaya orang melayu berpecah belah dan lingkup..Ini stretegi yahudi..memecahbelahkan opemimpin-pemimpin arab yang x sedar ditipu secara halus dan seterusnya di perkudakan..itulah yang hendak dibuat di Negeri Perak ni....

mas berkata...

org cina dan india dh tahu kerajaan umno/bn penipu rakyat, org melayu je yg bodoh masih percaya khurafat hanya umno mampu bela bangsa melayu. susah betul nk ubah fikiran jumud org melayu ni.

saya bangga dgn cina muslim dan india muslim yg lebih paham Islam daripada org melayu yg Islamnya diwarisi.

sibuk dgn bangsa, agama diketepikan, inilah perangai umno. semakin terdesak mereka gunakan sentimen perkauman.

Tanpa Nama berkata...

Apakah Cina dan India itu tidak Pengundi yang sah berdaftar dan rakyat malaysia yang sah???

Apakah Cina dan India di Malaysia dikira tidak mengenang budi apabila mereka memberikan undi kepada paerti lain (selain BN)???

Siapakah yang menerima kerakyatan Cina dan India di Malaysia ini kalau tidak UMNO/Perikatan semasa nak merdeka dulu. Kenapa orang Melayu mudah lupa?????????

Kau pikir laaaa

Dan berkata...

Ini hanya taktik UMNO untuk menarik kembali undi orang Melayu.

Siapa yang tergugat? UMNO atau Orang Melayu?
secara jelas ialah UMNO takut dengan perubahan politik negara dimana Rakyat akan menentukan siapa kerajaan yang mereka pilih!

50 tahun kita dah ditipu...
12 kali pilihan raya kita dah bagi peluang dekat BN tapi tiada perubahan yang dilakukan.

Mala kali ini kita beri peluang kepada mereka yang sanggup berubah!

Itulah Pakatan Rakyat!


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

sapa tipu sapa? dah kalah pun masih nak menipu lagi. dah mengundi tu hak diorang. suka ati doranglah nak undi sapa2. perlembagaan tak sekat diorang nak undi pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

bangsa Cina dan India tahu apa erti MARUAH...
Pengundi BUKAN Cina dan India setiap kali pilihanraya tak kira umum atau kecil tergadai Maruah dengan sogokan UMNO BN ....
HAnya yang masih berMARUAH adalah pendokong ISlam, masih tetap bersama Islam...