14 April 2009

Drs. Khalil : Parti PAS telah diterima oleh semua kaum.


BUKIT MERTAJAM, 12 April :- Kemenangan PAS di PRK Bukit Gantang membuktikan PAS adalah sebuah parti yang telah diterima oleh semua kaum di Malaysia, kalau sebelum ini PAS dianggap sebagai parti untuk orang Islam sekarang ini zaman itu telah berlalu. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Karnival Jom Sertai PAS yang diadakan di sini.

Program yang menarik kehadiran hampir 1000 orang itu adalah yang julung-julung kali diadakan di sebuah kawasan PAS di Pulau Pinang setelah pelancaranya di Peringkat Pusat oleh Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau menyeru ahli-ahli UMNO dan penyokong BN supaya dengan segera mendaftar masuk PAS atau parti dalam Pakatan Rakyat yang lain."Sebelum kapal BN karam cepat-cepatlah masuk Pakatan Rakyat " ajak Khalil.

Pelbagai acara diadakan bagi mengisi program tersebut bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir. Antaranya ialah sukaneka yang melibatkan pelajar sekolah PASTI dan golongan dewasa. Disamping itusatu pertunjukan silat juga telah diadakan.

Dalam Ucapannya,Drs. Khalil juga menegaskan rasa syukur kerana sebahagian besar kaum cina dan india yang memeluk Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan, walau bagaimanapun beliau tidak menafikan ada segelintir yang memilih BN.

Sehubungan dengan itu beliau melahirkan rasa hairan dan kesal kerana setelah memilih Islam yang menyebabkan segala dosa dibersihkan sebagaimana kapas yang bersih, kenapa pula memilih parti yang bukan berjuang untuk Islam, soalnya.

Beliau juga menjelaskan situasi politik terkini di Perak setelah berakhirnya PRK Bukit Gantang.

Antaranya beliau mendedahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak sehingga kini dalam keadaan yang tidak stabil dimana hanya 30 pratus sahaja yang berfungsi. " Kalau rumah ada 100 bilik, dia berani buka 30 bilik sahaja, selebihnya takut dibuka kerana takut ada masalah"katanya.

Dengan itu persiapan sedang dibuat untuk menghadapi kemungkinan DUN Perak dibubarkan pada bulan Mei dan pilihanraya dijangkakan pada bulan Jun tahun ini, katanya.

5 ulasan:

iam_khufu berkata...

belum lagi YB, PAS belum lagi diterima oleh semua kaum. Mereka masih lagi tidak berapa minat dengan PAS tapi oleh kerana UMNO bermasalah jadi tidak dapat tidak mereka terpaksa mengundi PAS. PAS masih gagal lagi menunjukkan parti itu adalah sebuah parti yang mampu membela semua lapisan rakyat di Malaysia. Banyak kelemahan yang KETARA dalam PAS. Saya bukan Ahli PAS tetapi saya seorang anak muda yang menyokong PAS atas dasar mengambil Islam sebagai sumber utama. Saya sebagai peribadi menyokong PAS kerana tidak ada pilihan lain. Jika terdapat parti lain yang yang ingin menegakkan islam saya akan melupakan PAS dan menyokong parti itu. Sebagai pimpinan PAS saya rasa YB tahu masalah yang dihadapi oleh PAS.

alamalikut berkata...

iam_khufu..pelik saya baca komen sedara. apa benda yang sedara nak?.... cuba cuba sedara nyatakan... yg mana kureng kita tambah yg mana tak betul kita betulkan... cuma takut yg sedara nak kan itu tak ikut Islam..ni yg susah.

Idham Lim (林川興) berkata...

kita mesti yakin dengan janji Allah dan sifat Islam, "ya'lu wa la yu'la alaih" tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari nya.

Kesempurnaan Islam yang menyebabkan kita mesti yakin ianya akan diterima oleh seluruh alam, termasuk berbagai bangsa yang ada didunia. kemana sahaja kita pergi pasti ada penganut Islam itulah buktinya.

Kenyataan saya diatas saya kira tidak melampau dan sudah umunya diterima.

Kelemahan Jemaah seperti yang saudara anggap bukan kerana Islam yang menjadi terasnya tetapi kelemahan anggota jemaahnya. Itulah kelaziman manusia yang punya kelemahan.

Yang penting arah tujuan dan pegangan kita sudah benar, teruskan hasrat murni kita untuk menyempurnakan Islam yang kita anut pada diri masing-masing lalu ia akan membawa kepada kesempurnaan PAS yang kita anggotai.

Tanpa Nama berkata...

iam_khufu, semasa Rasulullah dan khalifah yang empat pun pelbagai masalah wujud kerana adanya puak munafiq. Masalah adalah sebahagian dari perjuangan kerana sampai bila pun pasti ada yang menentang Islam sama ada secara terang-terangan atau secara berselindung. Tiga orang khalifah telah mati dibunuh - Saidina Umar dibunuh oleh orang kafir dan Saidina Uthman dan Saidina Ali dibunuh oleh orang Islam sendiri, sedangkan mereka adalah manusia yang dijanji syurga.
Adakah mereka gagal sebagai pemimpin? Adakah mereka mempunyai kelemahan yang terlalu besar hingga wajar diperlakukan begitu? Sebagai manusia, pasti tidak lari dari kesilapan dan kekurangan namun mereka tetap mulia di sisi Allah.
Bagi saya, tiada ruginya jemaah PAS sekiranya orang sesempurna awak tidak sertai. Silalah tunggu jemaah sempurna yang dianggotai ahli sempurna yang perjuangkan Islam. Selamat temui apa yang dicari dan dinanti!

Mohd Firdaus berkata...

iam_khufu : Bagi sy, tak salah kita melontarkan idea. Bagi pandangan. Tapi, utk menjadikan pandangan tu lebih baik, sy rasa baik kita terus terang. Kat mana yg PAS buat tak betul, kat mana yg boleh ditambah baik. Baru org respect bila kita bagi pandangan.

Kalau iam_khufu boleh bagi contoh yg exact apa kekurangan, apa kesilapan, baru boleh pemimpin PAS pertimbangkan cadangan tu. Jgn main hentam sebarangan aja.

Dan ayat last tu, kalau ada parti lain yg mendukung Islam, dah lama sy tinggalkan PAS.. jgn cakap macam tu. Seolah2 PAS ni teruk sangat, mcm buat banyak sangat kesalahan. Bukan senang nak tubuh sesuatu parti yg boleh diterima semua org. Apa yg dah ada tu, kita baikkan aja lah...