14 April 2009

Penolong Pendakwaraya anggap peguam tertuduh ugut hakim

Penolong pendakwaraya membalas hujah-hujah peguam kepada tertuduh perhimpunan Kuala Kangsar dengan mengatakan peguam tertuduh mengugut hakim.

Beliau juga menganggap 3 hujah pembela iaitu ada surat sakit, dokumen dan peguam baru dilantik tidak boleh diterima.

Dia mengakui tindakan lambat menyerahkan dokumen sebulan atau dua bulan lebih awal, tetapi beranggapan jumlah 6 hari lepas diserahkan dokumen dan gambar baginya sudah cukup untuk diteliti.

Beliau juga mengatakan tidak ada ketetapan undang-undang supaya dokumen diserah lebih awal. Sambil mengakui hanya wakil peguam yang diserah minggu lepas(8 April) dan yang lainnya diserah pada pagi ini.

Pendakwaraya juga mengatakan soal gambar adalah 'kacang' sahaja. Dengan maksud sekali tengok boleh tafsir

Tiada ulasan: