16 April 2009

Isu Eli : Khir dalam keadaan terdesak.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Mohd Khir Toyo nampaknya dalam keadaan sangat terdesak dan tiada isu untuk menempatkan namanya kembali dalam pentas politik negeri Selangor. Berita mengenai keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan disifatkan menguntungnya Barisan Nasional (BN) olehnya.

"Kita akan mengeksploitasi isu tersebut," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri itu.

Persoalannya sekarang adakah keputusan kerajaan negeri itu sesuatu yang salah dan apa yang berlaku oleh Elizabeth juga salah. Tidak kah Khir tahu bahawa Elizabeth adalah mangsa pencerobohan orang yang tidak bertanggung jawab, hak peribadinya telah diexploitasi sedemikian rupa.

Sebenarnya yang bersalah adalah orang yang menceroboh hak Eli dan dia perlu dihukum, bukannya Eli.

Begitu juga tindakan kerajaan Selangor mengekalkan Eli adalah tindakan yang tidak ganjil malah tepat serta mengembalikan hak Eli kepada kedudukan asal kerana dia tidakpun bersalah.

Saya tidak faham dengan kenyataan Khir yang mengatakan keputusan itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan nilai-nilai yang mereka pegang.

Janganlah Khir melihat terlalu jauh, pandanglah dulu apa yang ada dalam batang tubuh parti cap dacing dan keris yang Khir pegang. Kalaupun bukan 100 % mereka ada skandal dan masalah tetapi umumnya mengetahui ianya satu keadaan yang biasa.

Malah bukan menjadi luar biasa dengan pemimpin wanita umno negeri dibawah khir yang terlibat skandal dengan suami orang dilantik lagi jadi exco wanita umno mMlaysia.

Mungkin benarlah andaian di negeri Selangor, lembu pun lebih mulia dari manusia dalam beberapa hal ? Malah Al Quran menyebutkan "bal hum adha" lebih teruk dari binatang. Fikir-fikirkanlah !

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
memang benar dan tepat sekali...betapa ceteknya Khir melihat diluar diri nya...
tetapi terlalu panjang akal menafikan segala kebobrokan yang dilakukan oleh diri sendiri....
Bolehkah kita samakan dgn sifat2/ciri2 org munafik la klu macam tu...
atau dlm bahsa lain juga..org "Gila Meroyan"

Tanpa Nama berkata...

Abg K.yol emang gitu..dah tahap merghoyan dah tu..ape bole buat...dia kan OKU (Orang Kalah Undi)...he he he.

Tanpa Nama berkata...

salam sdr se islam

saya nak tanya dengan ikhlas di sini

1)memang khir toyo ini jelas rasuah tetapi tidak di ambil tindakan.kita sama2 bantah ke MACC

2)betul lah lelaki yang menyebarkan gambar Eli itu jahat dan patut ditangkap.kita sama2 beri tekanan pada polis.

3)tetapi Eli membuat hubungan seks bebas(bukan dengan lelaki ini saja).
Sanggupkah sdr se islam mempertahankan perbuatan beliau?memang betul dia bukan islam tetapi ahli2PAS dalam kerajaan selangor tak boleh mempertahankan seks bebas ini.Isu seks bebas bukan isu islam tetapi menjadi masaalah besar dikalangan belia sekarang.

4)PAS tidak boleh mengharamkan yang halal

Tanpa Nama berkata...

peribahasa melayu menyebut anjing yang suka makan tahi kalau tak makan ia tidak akan merasa puas sehingga terjelir lidah dan meleleh air lior tetap mahukan tahi juga. Begitulah manusia yang suka mencari keaiban manusia lain dia tetap akan melakukannya sekalipun keaibannya lebih dahsyat dari orang lain. Justeru itu Allah menegaskan Dia akan membuka aib orang-orang yang suka memberi aib kepada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

ini lah politik...dunia ini huru hara kerna politik dan perebutan kuasa..

iam_khufu berkata...

Satu pengajaran kepada semua pemimpin PR supaya menjauhi dan menjaga diri dari sebarang skandal yang memalukan.

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan;
Selemah-lemah iman kita tegur dalam hati berdoa semoga dr.khir toyo diberi petunjuk dan hidayah serta dibukan pintu hatinya untuk mengamalkan islam sepenuhnya. Rebutlah ruang dan peluang sementera masih sihat,hidup,senang.dll.Sesungguhnya agama suku dan politik suku atau agama melayu yang diamalkan saudara dr.khir toyo sudah jauh menjarakkan beliau dari rakyat.Dari insan yang bukan maksum.

Pak Oncu berkata...

KHir Toyo ni sejenis manusia yang bersifat HAIWANIAH,,,,,,,,

mat_terab berkata...

Kenapa Tak Suruh Ali Rustam dan Khairy letak jawatan juga.....?

Idham Lim (林川興) berkata...

kita mustahil boleh menghalalkan yang haram, saya berhujah pada dasar penyebaran gambar secara curi adalah pencabulan hak peribadi orang lain yang dilarang.

saudara telah mendedahkan sesuatu yang berat yang entah dari mana buktinya dan perlu dipertanggung jawabkan . dan saya tidak tahu menahu mengenai fakta yang dinyatakan saudara.

keadilan boleh ditegakkan dalam sesuatu sudut yang kita jelas faktanya, itulah yang saya perkatakan.

Ikemen berkata...

salam YB, mohon izin pastekan artikel YB ke blog Khir Toyo boleh?

Ikemen berkata...

salam Yb, mohon izin paste artikel YB ke blog khir toyo

manik basha berkata...

khir toyol bodoh ,doktor apa dia ini? mangkuk ayun betul ini tak faham bahasa kah si toyol ni kan el di sabotaj bukan dia rela tayang body dia. ini muslihat toyo untuk ubatkan diri sendirinya. toyo kamu tak dapat duduk kerusi MB selangor janganlah cemburu bagi orang lain pulak.hang ingat kerusi MB bapa hang punya kah.

kusutt berkata...

saya sarankan dr.khir mengeksploitasi isu rasuah ketua menteri melaka Ali Rustam dah KJ, kita tengok beranikah dr.khir membuatnya. jawapannya sudah pasti tidak berani lor..

Idham Lim (林川興) berkata...

ok, boleh

Tanpa Nama berkata...

Selamat kembali Eli. Ada juga mulut celupar kat sini yang sanggup tabur fitnah. Bila kah masanya gambar Eli melakukan seks diedarkan. Gambar2 yang dicuri hanya setakat dia memakai kain dan terkangang, itu pun didalam bilik tidur dia sendiri.
Adakah mereka yang mendesak Eli letak jawatan tidak pernah bertelanjang samada semasa buang air besar atau mandi. Macamana kalau ada orang yang mengambil gambar secara candid dan terus sebarkan gambar sedemikian. Adakah Khir akan letak jawatan sekiranya gambar tersebut adalah gambar dia. Kita tahu jawapan dia "itu bukan dia - superimposed" "ada orang mau sabotaj" dan sebagainya. Atleast Eli mengaku gambar dia.
Steady Eli - selamat kembali. Peduli orang UMNO?BN. Just do you work. Your people need you. We in PR need you.

abdulhalim berkata...

baca blog msomelayu tentang hilmi hubung mso tu.

Tanpa Nama berkata...

kpd datuk Khir Toyo dan Datuk Sri Ali Rostam bahawa kita ada anak perempuan jika anak kita diambil kesempatan seperti yang berlaku kepada yb. eli apakah perasaan kita, sesekli lihatlah ke bumi dan jangan ingat kita tak masuk ke bumi, sepatutnya kita malu sebagai lelaki yang mencintai perempuan agama lain mengambil kesempatan ke atas kelemahan perempuan tersebut yang sepatutnya menunjukkan akhlah yang baik bagi mendakwah mereka supaya mencinta agama kita alangkah malunya saya