Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 15 April : - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan kenyataannya sebelum ini bukan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak serta tidak bertujuan menghasut rakyat agar melakukan demonstrasi sebagaimana berlaku di Pattaya, Thailand.
Kamaruddin berkata demikian sebagai respons kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan kenyataannya sebagai amat tidak bertanggungjawab, berbahaya serta sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.
Kamaruddin menegaskan, merujuk balik kenyataannya itu, beliau menyatakan Najib perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman peristiwa yang berlaku pada sidang Asean yang dihadirinya di Pattaya.
"Dalam kenyataan saya yang lalu, saya menegaskan jika rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan digulingkan, rakyat akan berhimpun dan bertindak. Jadi, saya mengatakan dengan pengajaran tersebut adalah lebih baik Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan serta diadakan pilihan raya.
"Saya menyatakan kebimbangan saya dan tidak mustahil perkara seperti itu juga akan berlaku di Malaysia,"tegas Kamaruddin sewaktu dihubungi Harakahdaily.
Dalam pada itu Kamaruddin juga beranggapan kenyataan Najib yang mengakui sekarang ini era 'the goverment knows best' sudah tamat.
"Sama ada Dato' Hishamuddin, Dato' Zambry atau menteri kabinet yang lain seharusnya menghayati hasrat Perdana Menteri yang baru ini serta mendengar pandangan semua pihak dan tidak patut menganggap dirinya tidak lagi boleh ditegur," jelas Kamaruddin.
Sebelum ini, Kamarudin dalam kenyataanya kepada Harakahdaily berpendapat keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap BN yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.
Justeru katanya, jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.
"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera,"katanya.
Dalam kenyataanya itu, Kamaruddin turut menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut. Harakahdaily.

4 ulasan:
segala nya ada kemungkinan bukan mustahil..namun ini lah sikap pimpinan umno.isharat jelas melalui prk bk gantang dan bk selambau pimpinan umno masih
membutakan mata dan memekak kan telinga..RAKYAT DI UTAMAKAN!!HANYALAH OMONGAN KOSONG NAJISSS RAZAK

Kita akan demo lagi, yang akan datang demo anti-ISA. Gerakan anti-PPSMI akan tumpang sama dalam demo itu.
Yb Khalil saya sebagai ketua biro belia,sukan dan rekreasi JKKN nak maklumkan pada pihak YB semalam Pengerusi JKKN kampung saya telah dipanggil oleh pihak Penghulu Mukim Temelong Lenggong,menyatakan bahawa JKKN akan dibubarkan.pertanyaan saya: 1.adakah boleh ia dibubarkan sebelum sampai tempoh tamat sesi 2008-2010.
2.adakah ia menepati slogan PM Ke 6 satu malaysia,rakyat diutamakan.
3.berikan tafsiran menurut peruntukan undang-undang tubuh negeri ataupun ketetapan pendaftar pertubuhan.
cadangan
1.menghimpunkan semua JKKN serta memaklumkan tidak dibenarkan menandatangani sebarang notis pembubaran JKKN.
2.meminta semakan Kehakiman terhadap status/kuasa pembubaran JKKN.
JKKN telah dibentuk dari pilihan rakyat akar umbi,jika pm menegaskan satu malaysia,rakyat diutamakan,dimana duduknya pelaksanaannya jika pentadbiran yang dipilih oleh rakyat bawahan ini dibubarkan dan diganti dengan JKKP(diserapkan kembali ke JKKK)yg semua sedia maklum adalah perlantikan melalui mesyuarat peringkat pimpinan parti(UMNO).
Catat Ulasan