16 April 2009

MB Selangor: Elizabeth Wong boleh kekal Exco, ADUN

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi tumpuan ekoran tersebarnya klip video dan gambar separa bogel beliau menerusi internet dua bulan lalu, hari ini ditawar untuk mengekalkan kedua-dua kedudukan itu.

Jika beliau bersetuju menerima keputusan itu yang dibuat oleh Majlis Kerajaan Negeri hari ini, Wong perlu menyambung semula khidmat mulai esok.

Pembantu Wong ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataannya lewat petang ini.

Perkembangan terbaru ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di sini sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu seolah-olah memperlihatkan kerajaan Selangor membelakangkan isu moral, Khalid memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memandang serius isu moral dan sentiasa memastikan pimpinan negeri menjunjung prinsio ini.

"Oleh itu jika ada sebarang bukti yang kukuh, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya.

Menteri Besar memaklumkan bahawa keputusan tersebut juga telah dimaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi.

Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kerajaan negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta siasatan polis sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

Wong merupakan Ketua Penerangan Wanita PKR.

Keputusan itu diumumkan pada penghujung cuti dua bulan yang diberikan kepada Wong ekoran isu tersebut.

Pada Februari lalu, Wong mengemukakan surat tawaran untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid meminta beliau mengambil cuti dan memikirkan semula keputusannya.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah pendirian PKR, beliau menafikan andaian tersebut.

Jelasnya, itu adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri setelah dibincangkan oleh Exco yang mewakili semua parti dalam Pakatan.

Berbanding dengan kes Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Kamaruddin yang telah meletakkan jawatan 8 April lalu, Khalid memberitahu, Wong juga membuat langkah yang sama dengan menulis surat tawar meletakkan jawatan.

Namun, katanya, penelitian kerajaan negeri bahawa apa yang berlaku ialah beliau adalah mangsa keadaan dan oleh itu "ditawarkan semula ke jawatannya." Mstar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong keputusan tepat oleh TSKI. Eli telah membuktikan rekod perkhidmatan yang cemerlang. Sewajarnya beliau diberi peluang meneruskan tugasnya sebagai EXCO & ADUN. Negara kita memerlukan lebih ramai pemimpin yang berdedikasi seperti Eli.

Kalau nak dikirakan isu moral, saya rasa 99% menteri kabinet yang ada sekarang kena letak jawatan.

Hidup PR!

Tanpa Nama berkata...

Good on brave Ms. Wong. I hope she would pursue her case to have the men who took the photos be convicted criminally. What women/girls have to put up with, in an increasingly Taleban-mentality Malaysia, as led by UMNO! Look at Altantuya's case - the police criminals are even given the privilege to hide their faces the whole time, even after being convicted! I bet they are enjoying themselves now with their multi-million BLOOD cash! And that Razak Baginda, staying and studying in fancy Oxford Univ. from all the BLOOD money does he? Strange that all these vile crimes happen to be committed by Malay-Muslim men!

Katharina Sri (former: Noor Aza Othman),
Germany.

Tanpa Nama berkata...

Setujuh! Negara kita memerlukan lebih ramai pemimpin yang seperti Eli..


Hidup !! Eli..

Tanpa Nama berkata...

good on her esp her incident is more of people invade her private life unlike some ppl who commit adultery which is more shame then what she does.

till then .. let's hope she work harder in serving the Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Hi my respectable Eli even thought i have not seen you but i heard about all your good deeds you have done.We really need the people like you to stay. Do not let the evil people win.All the malaysian will put a curse on this type people .

kekwa66 berkata...

Harap kerajaan Selangor bertambah kukuh! Jangan takut pada si khir tu....dia dah hilang taringnya!