Dr Fikrah
Semalam saya buka laman web Perakdaily, dan terdapat sebuah artikel yang menceritakan tentang penolakan bangsa Melayu terhadap perjuangan PR. Mereka agak terkesan dengan dakyah BN yang memburukkan isu sembah derhaka. Patutlah begitu, “dehaka” itu adalah Bahasa Melayu, manakala Cina dan India tidak menggunakan perkataan tersebut.
Hakikatnya, Bangsa Melayu yang terpengaruh dengan dakyah BN itu haruslah “memahami”, bukannya hanya mengikut buta. Kita tidak mahu rakyat Malaysia menyokong PR kerana bencikan UMNO semata-mata. Sebaliknya, sokonglah PR dengan kefahaman, bukan dengan semangat. Ini kerana semangat itu mungkin akan berkurangan, dan kefahaman itu semakin bertambah.
Hakikatnya, perkara ini tidak perlu dihairankan kerana Nabi Muhammad SAW juga meghadapi masalah yang sama. Baginda SAW bukan sahaja dibenci oleh beberapa pimpinan Quraisy yang juga berbangsa Arab, malah beliau dibenci oleh bapa-bapa saudaranya seperti Abu Lahab. Bangsa Arab Quraisy sendiri menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana ajaran Islam yang telah dibawa oleh Baginda SAW adalah bercanggah dengan ajaran nenek moyang mereka. Kadangkala, orang-orang “lama” pun ada yang berkata sedemikian. Mereka berkata “sebelum ini atuk dan bapa kita mengundi BN, maka kita perlu meneruskan amalan tersebut”. Kenapa melihat pada amalan tok nenek moyang, sedangkan mereka hidup di zaman mereka?
Lebih teruk daripada itu, pimpinan Quraisy yang juga sebangsa dengan Nabi Muhammad SAW merancang untuk membunuhnya. Ya, walaupun mereka adalah serumpun, tidak hairanlah sekiranya perkara ini boleh terjadi. Kerana ingin menjaga kepentingan mereka, mereka sanggup merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW yang juga sebangsa dengan mereka.
Hari ini, Melayu sendiri tidak mahu menerima Islam yang dibawa oleh PAS. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu adalah Islam. Tetapi bagaimana pula dengan seorang Melayu yang murtad? Apakah pula bangsa dia? Adakah setelah dia murtad, dia berbangsa kristian? Atau berbangsa Cina? Mana mungkin, kristian itu bukannya bangsa, dan Melayu sampai kiamat tidak boleh berbangsa Cina!
Mereka beralasan menolak PR kerana “sembah derhaka”. Hakikatnya berapa jutakah orang Melayu sendiri yang mengatakan mereka Islam, menderhakai Allah dan Rasul? Ketaatan yang 100% ialah kepada Allah dan Rasul sahaja, manakala pempimpin, sekiranya perintahnya bercanggah dengan Allah dan Rasul, maka ia tidak berhak ditaati, sepertimana yang disebut di dalam Surah an Nisa’ ayat 59.
Lihatlah peristiwa hijrah. Baginda SAW berhijrah ke Madinah, meninggalkan sanak saudaranya, kampung halamannya, dan bangsanya sendiri. Semua ini adalah untuk menegakkan Islam. Begitu juga kita hari ini, kita sanggup dicerca oleh bangsa sendiri semata-mata untuk menegakkan Islam. Bahkan kita mungkin akan diancam dengan lebih teruk daripada itu. Inilah hakikatnya.
Salam Perjuangan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan