28 April 2009

Kekalkan kepimpinan ulama

Tinta Islam
tintaislam@yahoo.com

Menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung tak berapa lama lagi, nampaknya suasana telah mula panas dengan berbagai-bagai isu berbangkit dan yang paling panas adalah isu pertembungan idea dua tokoh paling berpengaruh dalam PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am. Hamba mengikuti perkembangan isu 'kerajaan perpaduan' cetusan TG Presiden ini melalui pandangan dan komentar daripada para pimpinan baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Dikalangan pimpinan PR, ada yang menyokong cadangan ini dan ada yang menolak, yang terawal menolak cadangan ini ialah TG Mursyidul Am. Disinilah titik tolak bermulanya manipulasi dan propaganda yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana seolah-olah kedua-dua tokoh utama PAS ini mengisytiharkan 'perang' sedangkan umum tahu keakraban dan penghormatan yang diberikan antara satu sama lain.

Hamba sedari awal tidak melihat isu ini sebagai suatu isu yang besar kerana kedua-dua 'tok guru' PAS ini adalah dikalangan ulama besar di Malaysia, punyai asas dan punyai hujah untuk mencadang atau menolak sesuatu tetapi malangnya yang membesar besarkan isu ini bukan sahaja dikalangan musuh didalam BN malah terdapat juga 'musuh dalam selimut'.

Dua pimpinan utama pemuda PAS, Ust. Nasruddin Tantawi dan Ust. Nik Abduh tidak ragu-ragu untuk menulis didalam blog mereka perihal wujudnya kelibat yang suka untuk melaga-lagakan pimpinan tertinggi PAS dan 'mereka' ini dilihat begitu bercita-cita besar setelah melihat Pakatan Rakyat berada dalam landasan yang betul untuk ke Putrajaya.

Timbul satu persolan dalam benak fikiran hamba kenapa sekarang ini apabila terdapat perselisihan pendapat dikalangan pimpinan tertinggi PAS, pantas ia akan dibesar-besarkan sedangkan sedari dulu pimpinan PAS tidak pernah lekang dari berselisih pendapat. Satu perkara yang menarik perhatian hamba ialah petikan daripada Blog Ust. Nik Abduh yang menyentuh isu ini "Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH". Hamba yakin ungkapan ini dibuat bukan sekadar 'rasa-rasa' tetapi pasti ada asasnya tambahan pula beliau adalah orang yang paling rapat dengan TG Mursyidul Am.

Apabila Ust. Nik Abduh menyebut tentang 'pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu', hamba secara peribadinya sudah terbayang siapa gerangannya tetapi hamba yakin TGNA lebih tahu yang mana intan yang mana kaca.

Namun apa yang penting untuk peringatan semua jamaah PAS, sebuah gerakan Islam perlu diterajui oleh pejuang Islam yang sejati, dan pejuang Islam yang sejati itu adalah dikalangan Ulama, maka kekalkan kepimpinan Ulama!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pendapat saya, nik abduh ni cetek lagi permikrannya dr segi politik, dia telah menyebabkan perpecahan yg lagi serius skr, cuba tengok komen komen di banyak blog.
maaf cakap kalau org spr nik abduh dan 3 atau 4 org lagi sptnya menguasai pemuda selepas ni, payah org muda nak nyokong pas.

muryadi berkata...

Saya menyokong penuh pendapat YB serta ni Nik Abduh dan Uzt. Nasruddin Tantawi.

Harap yg gelojoh dan gopoh utk merebut pangkat atau keuntungan dlm PAS semoga dijauhi dan ditarbiyah terlebih dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Drs,TGHH menangguhkan dahulu saranan nya tentang "Unity Government" kerana akar umbi masih samar lagi tentang konsep yg cuba di utarakan.Sebagai sebuah partai yg dianggotai pelbagai strata latarbelakang serta pendidikan penerangan tidak semudah disangkakan.Terkenang Ustaz Nakhaei Hj Ahmad,salah seorang pimpinan terdahulu yg mempunyai pandangan dan gagasan yg mendepani masadepan memilih utk berada diluar jemaah setelah pandangan bernas sukar diterima masa itu.Tentang perbezaan pendapat dimusim pemilhan ini hendaknya tidak sampai memudaratkan jemaah.Pada yg dianugerah kemenangan ia datang dgn amanah dan tanggungjawab utk hisab didepan ALlah. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Perhatikan akibat yang sedang, akan terus dan akhirnya membawa padah pada PAS itu sendiri. PAS bukan hak individu atau hak ulama sahaja, ianya hak semua pecinta islam, ada ulama, ada professional, ada fakir miskin, ada orang kaya, ada orang sihat ada orang sakit dan selain nya. Pemimpin bila tersepit dan sudah nampak penolakkan jemaah terhadap mereka jangan beralasan gunakan slogan, "Kepimpinan Ulama " ini kerja orang yang tersepit dan perhatikan tulisan ini:

Chicken Feet aka KaKiaYam said...
i thought the idea of unity government was thrown out of the window some time ago. But now, it resurface. I think, PAS will lose a lot of supporters, both from it's own members as well as from non-muslim like me.

The fact that the idea of unity government is KIV by the Presiden send all the wrong signals. The idea should be totally and outright rejected, just like the way Tok Guru did.

I don't trust Hadi Awang. To me, he is just another Harusanni, one that cannot differentiate between race and religion.

I just hope one day, there will be a person like Tok Guru that will be able replace him.

By the way, I disagree with TB on the issue of jumping ship. That is an abuse of the democratic process. What is wrong with having another by-election for the people to choose again?

April 27, 2009 1:48 PM

Tanpa Nama berkata...

dah lama dlm politik pun masih tak matang lagi ka? perbezaan pendapat tu mmg biasa. Tapi jgn nak tuduh menuduh. Nik Abduh tu cakap ada org pengaruhi nik aziz ada bukti ka? JIKA MMG NIK AZIZ YG TOLAk UNITY GOV tu jgn nak salahkan org lain. saya harap tindakan disiplin perlu diambil segera terhadap Ust. Nasruddin Tantawi dan Ust. Nik Abduh.

iam_khufu berkata...

off topic jap

Cuba ustaz bukak blog ni.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/04/unbelievable-news-from-egypt-legal.html

Tanpa Nama berkata...

Mungkin saudara2 semua patut baca tulisan Nik Abduh ini:

http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/

Tanpa Nama berkata...

Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.

Selepas itu Nik Abduh tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat Nik Abduh, Abe Jak pun akan diam.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Nik Abduh dan Hasan Tantawi mula menunjukkan taringnya iaitu Ustaz2 tidak suka dengan golongan protaz!

Jika ini berlaku, aku yakin sepenuhnya, PAS akan ditolak selepas ini! Tidak mustahil...Jgn jadikan PAS seperti kuasa gereja!

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap ketua pemuda PAS jangan diberi pada dua orang ustaz nih...sudah banyak ana lihat 2 orang ini buat hal...2 orang ni lah yang menganjurkan perbalahan ketika zaman Dr Asri jadi Mufti dulu...

Mereka juga lah yang memulakan kebencian orang2 politik terhadap orang2 sunnah...Mereka lah orang yang menolak konsep ummah centric 4 tahun lepas....Tiba2 umno centric terima lak, ummah centric tak terima...fikir2lah siapa mereka walaupun mereka anak tok guru mahupun Ustaz!

Tanpa Nama berkata...

Yang komen kutuk-kutuk Ust Hasan Tantawi dan Ust Nik Abduh ni nakkan Dr Mujahid (orang JIM) ke? Amboi! Senang-senang nak suruh ambil tindakan disiplin atas mereka!

Tanpa Nama berkata...

Dr Mujahid JIM???? Hangpa ni senang2 jer tuduh dia JIM...dia pure PAS la beb....Aku pun tak faham la dgn PAS ni...semua yang bercanggah dengan pendapat depa dituduh JIM dan wahabi...pelik...macam mana la bile pegang negara nanti...Harap Drs tahu sikap2 tak elok orang PAS ni...suka menuduh...lain kepala dgn depa terus cop JIM, UMNO, Salafi dan lain2.....

Abdullah Ngah berkata...

Kita memang mengharapkan pas mengekalkan kepimpinan ulamak.Harapan kita itu barangkali ianya hanya menjadi impian sahaja.

Tengok pada perkembangan politik semasa PAS ulamak pasti tersingkir.

ini salah orang PAS juga. Mereka nampak orang bukan ulamak diangkat naik memimpin.

Dalam dua tiga tahun ini ulamak masih boleh kekal memimpin PAS.

Tetapi selepas itu pas akan dipimpin golongan orang yang ada IQ tinggi tiada EQ.

Begitulah kita nampak nasib malang yang akan menimpa PAS yang dasarnya ialah Al Quran dan Hadis.

Orang yang ada pengetahuan Islam semakin hari semakin tersingkir kerana kaedah kepimpinan Islam yang syumul tidak akan diterima pakai.

Lebih lebih lagi orang PAS sekarang kebanyakannya menggunakan hawa nafsu berbanding menggunakan wahyu.

Namun demikian, ulamak semakin hari semakin hilang pengaruhnya dikalangan perwakilan yang mengundi dalam pemilihan kepimpinan peringkat pusat.

Usah peringkat pusat malah peringkat kawasan juga ulamak sudah lama tersingkir.

oleh itu apa yang dinyatakan oleh Nik Abduh dan Nasruddin Hasan Tantawi itu ada asas yang kukuh, kerana ada pihak yang cuba cuba berbuat demikian dalam media, termasuk akhbar sinar harian.

AnakMaharani berkata...

Salam YB,

Ulamak yang jumud memang wajar tidak dipilih. Begitu juga profesional yang jahil juga wajar tidak dipilih. Namun begitu TGNA (MA) dan TGHA (Presiden) merupakan contoh ulamak yang dinamik, terbuka, berwawasan jauh, tinggi ilmunya dan juga terkini, Begitu juga Allahyarham Us Fadhil, walupun beliau bukan dari golongan Tuan Guru, beliau merupakan contoh profesional ulamak. Maaflah pada ahli yang jumud dan jahil yang memang sentiasa kan ketinggalan zaman. Selaras dengan aspirasi 'PAS For All' walaupun ia nampak sudah mendekati hati non-Muslim tetapi sayangnya ia masih kabur dikalangan ahli PAS sendiri dek kerana kejumudan dan kejahilan. Ahli ahli PAS disemua peringkat perlu kemantapan proses tarbiyyah agar kejumudan dan kejahilah dapat dinipiskan/diminimumkan. Saya sebagai golongan 'profesional' sentiasa mendokong kepimpinan ulamak yang ada, atas sifat-sifat dan kebolehan mereka sebagai pemimpin masakini. Namun begitu sekiranya lahir nanti golongan ulamak profesional atau profesional ulamak yang memiliki semua kebolehan, apakah tidak layak mereka memimpin PAS? Samada kita suka atau tidak, TGNA dan TGHA adalah manusia biasa yang akan bernoktah (mati) dan kita sewajarnya sudah memiliki barisan pelapis yang berwibawa untuk menggantikan tempat mereka. Sekiranya pengganti yang layak adalah dari kalangan ulamak profesional atau profesional ulamak, tidakkah kita bersedia menerima mereka. PAS selepas PRU12 memang berbeza dari sebelumnya. PAS For All, kini satu realiti bukan lagi ilusi atau slogan kosong, jadi pemimpin yang akan kita pilih juga perlu benar-benar mendokong aspirasi PAS. Saya rasa sijumud dan sijahil tidak akan mampu mendokong aspirasi ini , malahan mereka tidak bersedia dan terus berbalah dengan menuduh dan melabelkan org yang berbeza pendapat. PAS For All, bukan hanya slogan utk menarik non-Muslim mengundi PAS, tetapi intipatinya adalah penerimaan PAS oleh semua, tidak kira mereka dari ABIM, JIM, Tabligh, Ex-Arqam, Ex-ISA, Ex-UMNO/MCA/MIC/DAP/PKR etc. Apa yang penting mereka perlu mengikuti proses tarbiyyah PAS sebelum dilantik memegang jawatan dalam parti. Kekuatan PAS adalah pada proses tarbiyyah ahli-ahlinya. Tanpa tarbiyyah, penyokong/ahli PAS hanya hangat-hangat tahi ayam, cepat lesu, kecewa dan su'uz-zan dan terus-terusan menjadi golongan yang jumud dan/atau jahil. Proses tarbiyyah PAS juga bukan sekadar membaca kitab tetapi juga memahami waqi' dan membincangkan strategi, isu-isu semasa dan terkini.

Hentikanlah/kurangkanlah debat yang memecahbelahkan parti dan bercorak tuduh-menuduh dan melabel. Saya nak tanya pelabel Erdogan/Ulamak ni, siapa yang kamu nak pilih jadi PM Malaysia Erdogan atau Najib? Sudah pasti jawapannya Erdogan. Jadi sekiranya ada dikalangan pemimpin PAS yang cenderung dengan style Erdogan, tak bolehkah beliau diangkat sebagai pemimpin PAS (kalau bukan No 1, mungkin No.2 atau 3) dan kemudian dicalonkan sebagai PM Malaysia selepas kemenangan PRU13..AllahuAkbar.

Wassalam