IPOH : Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini sebagai tanda protes, kata Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming.
Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar sah bagi Perak iaitu sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan ataupun Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).
Kes membabitkan Nizar dan Zambry yang kini merupakan Menteri Besar telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini.
"Pakatan akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara ini (sama ada memulau sidang 7 Mei)," kata beliau pada sidang media hari ini.
Sambil menggesa kerajaan negeri pimpinan BN supaya menangguhkan sidang DUN sementara menunggu keputusan kes, Nga berkata, langkah mengadakan sidang akhbar adalah perbuatan tidak menghormati sistem kehakiman.
Nga yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat berkata, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum menerima agenda sidang minggu depan itu.
"Di bawah suasana normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang," katanya sambil menambah, beliau ada dimaklumkan bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker V. Sivakumar.
Selain itu, Nga berkata, keputusan BN memanggil sidang DUN juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri.
Najib yang juga Perdana Menteri mesti menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan beliau, kata Nga. Mstar.

9 ulasan:
apsal nak pulau plak??!!!...
kalo tak masuk dewan...nanti usul tukar spekear akan lulus....
masuk dewan!!!!!...pertahankan kuasa kita yg masih ada pada spekear!!!...
keputusan mahkamah dah ada... semua hakim mana berani nak tegakkan kebenaran.. mahu kena tutup periuk nasi
xlama lagi muncul siputum rasanya
sokong pendapat SInarrasul kita kena masuk dewan & pertahankan hak kita
masuk dewan...lepas tu si Zambry banyak cakap..gantunglee.. dalam dewan habis cerita.. dia orang nak main..kita pun boleh main
jom kita pakat ramai ramai rakyat perak!!! kita beri sokongan pada adun adun pr.kita pertahan kan kerajaan pilihan rakyat yang sah!!!
BIAR BN DI PERAK MALU,BIAR ORG BN KLUAR DARI PERAK, TERUS PERTAHANKAN HAK RAKYAT....
salam...
kalau speaker x masuk gak dlm dewan(baikot)???
adakh dewan boleh berjalan seperti biasa???
salam....tanpa nama 12.02....utk soalan anda tu....kalau speaker dan semua adun PR tak masuk dewan....lagi muda kerja depa la.....si OKU tu akan ambil alih tempat speaker sebab dia timbalan speaker....pastu.....ader plak geng adun umno buat usul tak percaya pada speaker dan MB nizar...pastu masa undi usul....semua sokong....sebab dah adunPR tak der...maka kalah la dlm dewan.....maka habislah semuanya berkecai jadi debu....kalau speaker dan adun PR masuk dewan....sebarang usul tak percaya akandiusulkankepada tuan speaker....hak speaker untuk benarkan usul di undi....sah tak benarkan punya...so tak dak la undi tak percaya kepada speaker dan MB nizar.....
tolonglah speaker dan adun PR semua masuk dewan....pastu provok si adun-adun umno terutamanya zombie dan tajul rosli supaya marah dlm dewan...tinggikan suara dlm dewan....pastu tuan speaker bleh gantung depa barang setahun dua...hehehehehehehe ...apa macam...ada brani....????
Catat Ulasan