28 April 2009

DUN Penanti: Pilihan raya kecil 31 Mei, penamaan calon 23 Mei

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini dengan tempoh berkempen selama lapan hari.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulai Pinang.

Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

MAKLUMAT SEPINTAS LALU:

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara

Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran

Jumlah petugas: 242 orang

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya.

Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mstar.

5 ulasan:

anakjatiperak berkata...

untung le orang penanti. Dapat wakil rakyat baru,rezki bertambah.Projek datang lagi. Hak yang janji dalam PRK Permatang pauh dulu pun tak siap lagi, datang lagi projek. Lepas ni seberang jaya pulak kosongkan kerusi. Pilihanraya lagi.atau pun BN boleh habak kat pengundi kami datang ini adalah untuk memastikan kesinambungan projek yanag kami janji dulu dan kini akan tercapai impian. One malaysia.

ZAMRI kecik's berkata...

betul ke seberang jaya nak kosongkan kerusi?
arif shah nak pi mana?
kenapa dengan dia?
baik masuk PAS je.
dengar cita,dia tu ok gak.

Pak Brahim berkata...

Alhamdulillah, untungnya jadi rakyat malaysia, hari2 dihidangkan dengan perkembangan siasah tanahair. Pelbagai maklumat baru diterima. Keperibadian dan integriti pemimpin2 di kaji dan diperhalusi.

Melalui sistem pilihanrayalah rakyat dapat memilih calun2 pemimpin mereka dan melalui kempen pilihanraya jua rakyat dapat mengenali lebih dekat ketokohan pemimpin yang bakal mereka pilih.

Saya amat berharap dengan amalan prinsip yang sihat ini dapat diteruskan agar kerusi DUN dan kerusi Parlimen diwakili oleh mereka-mereka yang benar-benar komited terhadap perjuangan, bersih dan beramanah.

Tanpa Nama berkata...

x sabaq nak mengundi dah ni...

alamalikut berkata...

Aku dengar umno dah takde org yg boleh dicalonkan di Penanti... patutlah Zahid Hamidi dtg jauh jauh jadi boss besor umno p.pinang.
betul gak kata najib...umno tak yah tandinglah.. sesekali terima reality, jg malu.