28 April 2009

TRAGEDI DI SG ROTAN (2)


Kebakaran di Sg. Rotan.


Mari kita berfikir secara profesional dan menimbangnya penuh berhemah sebagai insan yang berilmu. Pada hari ini saya ingin berkongsi 3 gambar yang menampilkan 2 situasi. Gambar yang pertama ialah kebakaran yang berlaku di Sg.Rotan yang telah saya ceritakan tempohari dan gambar yang kedua adalah gambar kebakaran di Selama pada tahun lepas. Pada 2 gambar yang menunjukkan kes kebakaran ini terdapat satu perbezaan iaitu ada garisan bomba pada kebakaran di Selama tetapi tidak di Sg Rotan. Kenapa? Inilah perbezaan 1 Malaysia yang dicanangkan Najib. Gambar di Selama penyokong UMNO gambar di Sg Rotan penyokong PR..


Kebakaran di Selama.


Saya tertarik hati bila melihat ulasan yang diberikan terutama dari insan yang bernama PENAT BERCAKAP. Saya kira dia adalah penyokong BN, xpelah kan 1 Malaysia. Antara ulasannya yang diringkaskan : PR jgn duk menyalahkan UMNO yang telah perintah 50 tahun, jgn sensasikan bila benda dah terjadi, beliau juga menyuruh PAS buat banci daftar penduduk daif,susah dan memerlukan bantuan TIDAK KIRA UMNO ATAU PR...

Tengoklah ungkapan tersebut, kalau benar BN tu dah buat bancian org miskin daif, orang miskin taklah terus miskin, rumah terbakarpun tidaklah dibuat perbezaan BN atau PR.

Ingin saya buka 1 cerita lagi yang saya dengar dari WANITA2 UMNO yang ada di tempat kebakaran di Sg Rotan tersebut: IBU BAPA BDK2 NI ORG SENANG, HDSETPUN ADA, KITA SURUH DUDUK MENYEWA KAT LUAR DIA DUDUK KAT SINI...kenapalah mereka asyik menyalahkan keluargani? tidak tahukah mereka adab2 menziarahi mereka yang ditimpa musibah?dan paling saya tidak dapat melupakan ialah rupa WANITA2 UMNO tersebut yang tidak ada MENUNJUKKAN WAJAH SEDIH MALAH TERSENYUM BANGGA memandang ke arah saya dan kawan mungkin kerana mereka ternampak gambar TOK GURU dalam kereta saya.

Wahai WANITA2 UMNO!: Hdset sekarang nak beli RM 50 sudah dapat tapi nak menyewa rumah sekarang kalau tinggal di kgpun RM200, belum lagi dibandar. Memanglah hangpa boleh bangga kerana datang situpun naik kereta mewah harga 100 ribu lebih. Hangpa taukah penderitaan keluarga ini? Tanyalah org kg disana? Tertarik juga saya mendengar ulasan ANAK JATI PERAK : BN rampas kuasa di Perak kerana tak mahu pekong 50tahun terbuka...

Perjuangan atas nama bangsa yakinlah tidak akan selamat, itu yang sepatut dikupas oleh ahli panel.


Wahai rakyat Malaysia, Kedua-dua gambar tersebut adalah situasi yang melanda orang MELAYU , 1 Malaysia berlainan fahaman politik. Gambar ketiga pula adalah situasi ke 2yang ingin saya kongsikan ialah tentang 1 banner yang saya jumpa sebelum naik feri baru2 ini. Forum Perdana Isu Semasa tajuknya. LIhatlah siapa ahli panelnya. Semua tahu siapa terutama yg gambar ditengah2tu kes pemilihan UMNO dulu. Mesti ingatkan!

Yang saya tertariktu SEMUA UMAT MELAYU DIJEMPUT HADIR, UNTUK RAKYAT-KERANA RAKYAT-DEMI RAKYAT. Mungkin PENAT BERCAKAP bolehlah mengulasnya.. Saya bukan untuk mencari salah tetapi ingin rakyat Malaysia tahu dan boleh membezakan yang mana intan yang mana kaca yang mana nilam yang mana mutiara...Al-Fatihah kita sedekahkan kepada adik Mohd Saiful (7thn), adik Amirul (4thn), adik Mohd Yusof (2thn) mangsa TRAGEDI DI SG ROTAN

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Musibah tidak mengenal waktu.Memandang kemelut ini kerap dihadapi golongan marhaen ingin saya cadangkan pd YB dpt menghubungi JKM daerah ataupun negeri.As far Im concern they are professional.Bantuan diberi tidak kira partai selagi layak.After all ,Pengarah Negeri nya tidak bias.Bekas pelajar SM Convet,Taiping.Ex Edwardian(bekas pelajar SM king Edaward VII Taiping)siswazah produk Universiti Sains Pulau Pinang.Semoga kita dptkan meringankan bebanan dukacita yg ditanggung. Nona Ratana Chulaborn.

PEMBELA berkata...

MARILAH SAMA2 KITA BANTU MEREKA YG SUSAH TANPA MENGIRA SAPEPUN. SAYAPUN BENGANG DGN PENAT BERCAKAPTU. UTK PENGETAHUAN BELIAU DI KG PAUH BILA PAS NAK BUAT BANCIAN BN AKAN MENGHALANG TAPI YG DPT BANTUAN SETELAH DIKIRA ORG BNLAH JUGA YG BYK SUSAH TAPI PAS TETAP MENJLNKAN AMANAH TANPA MENGIRA SESIAPA. DULU WAKTU MEREKA BERKUASA XDEPUN DEPE JAGA ORG BN SENDIRI JUGA

BAPA WANITA berkata...

apale wanita2 umnotu? memang xde ati perut langsung

Tanpa Nama berkata...

MARILAH KITA PAKAT MEMBANTU DAN MEMBERI SUMBANGAN. SAYA SUDAH ANDA BILA?

PROF berkata...

sejarah membuktikan dimana bn? hanya yg dangkal sejarahje xtau nak menghukum

FROM LONDON NOGORI berkata...

PAS FOR ALL. WHERE MAMAK ZAM TO TALK ABOUT THIS?