12 April 2009

Nik Aziz terharu apabila artis berhijrah


Oleh Salma Husin
Foto: Reza Taha

KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.


“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.Siasahdaily.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"BERKESEMPATAN"
kITA HARUSLAH MENGAMBIL KESEMPATAN/PELUANG YANG TERHIDANG. ORANG ORANG CINA MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS SOKONGAN MELAYU YANG NAMPAK BERLEBIHAN KEPADA PAS/PKR, BEGITU JUGA PENYAYI ATAU PELAKON JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS PENGHIJRAHAN KAUM MUDA BERAMAI-RAMAI KEKEM PR.
"cari makan maa..."

Tanpa Nama berkata...

Jika masih ramai lagi orang yang sama pemikirannya macam orang tanpa nama di atas..
jahanamlah malaysia yang memang dah nak jahanam di buat oleh parti kesayangannya..
Ingat semua orang sama macam dia.. ingat cari makan jer.. tak kiralah duit halal ke haram..


Pemerhati Sepi

PAK SU SIK berkata...

MOGA-MOGA PENYANYI-PENYANYI ROCK YANG MASIH RAMAI LAGI, YANG MASIH BELUM TERBUKA HATI UNTUK BERSAMA BERJUANG MENEGAKAN ISLAM DINEGARA KITA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR, DAN DAPAT BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN SUCI INI.

CUMA KEPADA PENYANYI-PENYANYI ROCK YANG DAH BERSAMA KITA DAPAT MENAMBAHKAN ILMU, SUPAYA DAPAT MENYAMPAIKAN DAKWAH DENGAN LEBIH BERKESAN. IMEJ MESTILAH DI JAGA, BUANGKANLAH RANTAI ATU SUBANG, KALAU RAMBUT PANJANG TU JANGANLAH TELAMPAU PANJANG, BIAR KEMAS, BERSESUAIAN DENGAN IMEJ ISLAM.

D'Rimba berkata...

Mudahan golongan artis ramai mengikuti jejak Tuan Guru

kayaire berkata...

bila lagi puak2 umno totok nak berhijrah ke PAS.
Anda di jemput sama macam artis-artis tu..
Marilah kita sama2 memperjuankan Islam

abdulhalim berkata...

Cara menarik khalayak mendekati Islam dilihat kian menarik. Elok rasanya gaya baginda Rasulullah s.a.w. menyampaikan risalah Islam dengan menanamkan aqidah selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun dengan ilmu fiqah di Madinah wajar dijadikan kajian terperinci. Bukan mengecam serta mencerca jika ada terdapat bukan Muslim membaca al-Quran! Jika kaedah sedemikian (mengecam dan mencerca)digunapakai, saya percaya kita gagal menarik orang-orang bukan Muslim mendekati Islam.

Lebih 10 tahun lalu, saya pernah tulis sebuah nashah drama untuk program Sandiwara Radio di Alor Setar dan telah diterbitkan oleh Tengku Abdullah Tengku Ahmad (TATA)dengan mengemukakan salah satu watak bukan Muslim yang mengambil subjek Pengetahuan Ugama Islam dalam peperiksaan disekolah menengah. Dia akhirnya menganut Islam. Biapun itu hanyalah berdasarkan daya kreatif saya, mutakhir ini rupanya ia adalah sebahagian realiti.

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU ABDULHALIM!
Tapi dalam blog ni maki hamun berlualuasa,
yang Pas kepada UMNO, UMno kepada PAS,yang x dak nama pun tumpang juga, keindahan ISLAM itu tidak di tampilkan dengan bijaksana,
contoh:
Hidup,...hidup,.....
hidup rakyat....
dan bla...bbla.....

Tanpa Nama berkata...

Innaka la tahdi man ahbabta wa la kinna llaha yahdi man yasha'

Tanpa Nama berkata...

salam..

saudara Cina Islam..tentu lebih syahdu kerana terkenang nikmat hidayah yang Allah beri..saya pun bukan Melayu tok nenek saya bukan dari Tanah Melayu tapi saya sayangkan Islam..moga CinaIslam akan istiqamah dalam berdakwah sesama ahli PAS dan umum..sejak-sejak saya ikut berpolitik secara maya ni macam ternipis iman sebab lidah dok cakap banyak spekulasi sendiri yang rasanya menjadi dosa kepada saya...rasa macam tak minat nak ikut politik ni..blogger2 perlu di tarbiyah agar bertanggungjawab dunia akhirat atas tulisan mereka..rujuk www.zaharuddin.net tentang adab dan akhlak blogger/menulis di internet

mekjah berkata...

salam YB...PAS for ALL...takbirrr...PAS sokmo