Setelah 4 hari kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan berusaha memperbaiki trend pengundian semua kaum terhadap calon dari Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu.
Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana berdasarkan keputusan pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak, masih belum kelihatan satu perubahan yang ketara berhubung sikap pengundi terhadap BN.
"Kalau ikut formula di situ pengundi majoritinya Melayu dan kalau ikut formula biasa majoriti Melayu kita menang tapi sekarang majoriti Melayu tidak boleh pastikan kemenangan kita kerana Melayu sudah berpecah.
"Dan kita pada waktu kempen mengharapkan mudah-mudahan undi dari kaum bukan Melayu akan berubah dan bertambah tetapi bila undi Melayu telah berpecah, undi dari bukan Melayu tidak berubah malah makin berkurang dan akhirnya kita kalah.
"Harap ini tidak merupakan satu trend tetapi ia nampak seperti itu. Sebab itu kita berhadapan dengan satu senario yang agak serius dan justeru proses pembaharuan harus dilaksanakan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis bersama petugas Umno dan Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM)di Shah Alam.
Pada pilihan raya kecil itu, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya yang merupakan Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh majoriti 2,789 menewaskan calon dari BN, Ismail Saffian.
Pada PR Umum ke 12 pada tahun lepas majoroti yang di menangi oleh calon PAS, Hj. Roslan Sharom ialah sebanyak 1566 undi sahaja.

8 ulasan:
Drs,Memandangkan pembubaran DUN negeri Perak bukan pertkara mustahil langkah memperkemas jentera partai wajar dilakukan dr sekarang.Byk ahli setempat dan sekitar dpt belajar dr pengalaman berharga drPRK Bkt Gantang Berkerja dlm satu pasukan ,bersistematik dan ikhlas adalah ramuan kejayaan tempohari.Meminjam kata kata seorang teman "Bertemu ramai pimpinan dan ulama "in person" satu nikmat yg tidak terhingga semenjak satu tahun menjadi ahli PAS.Phobia dgn DAP yg kerap disusurgalur kan dgn "Chin Peng" dpt di"neautralise".Semoga usrah dpt ikuti para ahli disamping aktif dgn kerja partai.Semarak salam buat semua. Nona ratana Chulaborn
salam..ape lagi spr...post mortem la kome..kerja overtime dengan menteri baru...sepadankan semulele...dulu time che det kome habis pecahkan kawasan melayu..jadi bercampur-campur sekarang baru padan muka..bukan Melayu lebih caya PAS daru ameno...kah..kah..kah..senjata makan tuan yoep..sekarang mau buat macammanaye..kome nak hantaq nalik ka..itu samy vellu ka..ong tee kiat ka..atau cam ne..pening...pening...pening...
pening tak habis2..elok Be End ni makan pil tidor...biaq dia padam ....
Tan Sri Muyhiddin sudah tahu Rakyat tolak BN, Tutup sahaja kedai BN, tidak lama lagi BN akan dikuburkan oleh Pakatan Rakyat, dan formula RAHMAN akan diGanti dengan formula ANWAR.
Hidup Pakatan Rakyat.
Memang benar majoriti pengundi B.Gantang Melayu, tapi BN juga yang pecahkan Melayu B.Gantang kepada tiga DUN dengan harapan menghancurkan PAS. Kini PAS is for all dan diterima semua kaum warganegara Malaysia. Hentikanlah cakap pasal melayu..melayu...
saya berusia 57 tahun , lulusan USM sejak muda. bukan nak bangga tapi nak ketua ketua UMNO baca. UMNO mahu sedar, ingat, jujur, prihatin kpd rakyat khasnya Melayu. Kalau ketua ketua UMNO/ BN asyik berlagak "awak" saja yg pandai dalam semua hal, kesampingkan pensyarah "pensyarah dan Prof tulin yg non partisan ", kalau awak /UMNO erpesona dgn ego diri, semua tajuk (ekonomi, kewangan,bahasa dll) awak/UMNO je yg pandai, orang lain unta belaka bangang dsbnya, maka eloklah anda/UMNo/BN gali kubur mulai sekarang!
BN akan mencari nama baru,juadah baru,buku baru,segala-galanya baru supaya tidak ditolak
oleh rakyat.
Tak perlu gali kubur.Kubur telah digali.
Suka ati je orang Muo ni nak salahkan orang yang undi pembangkang. Dah tu hak demokrasi diorang yang termaktub dalam perlembagaan. Suka ati dioranglah nak undi BN ker, PAS ker atau Cap Lembu sekalipun.
Nama je alumni sekolah premier High School Muo, tapi mentaliti cam budak tak sekolah.
Dak JJ
Hampeh...
Apa cerita dengan program BERSIH.. bila nak tuntut SPR buat celup jari... dakwat dah beli.. tak kan nak baut mandi kutt...
Catat Ulasan