12 April 2009

Malik dan Maktar calon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang - Guan Eng

BUTTERWORTH : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee adalah dua calon yang disenaraikan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepadanya bahawa bakal Timbalan Ketua Menteri adalah seorang ADUN daripada parti itu yang berbangsa Melayu.

"Kita ada dua sahaja Adun PKR yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang. Siapa yang dipilih kita kena tunggulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guan Eng berkata walaupun beliau mempunyai kuasa melantik timbalannya, namun atas dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat, beliau meminta Anwar menamakan calon daripada PKR yang layak mengisi jawatan itu.

Khamis lepas, beliau memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk mengemukakan nama calon daripada PKR untuk menjadi TKM 1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang juga dari PKR yang meletak jawatan pada 8 April lepas.

Selain Abdul Malik dan Maktar, dua lagi nama yang disebut-sebut untuk mengisi tersebut jawatan itu sebelum ini ialah Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan timbalannya, Dr Mansor Othman.Mstar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup, hidup,.....
hidup Maktar...

Maktar merupakan anak pengasas sek. Pondok,
pondok Hj Piee Sg Bakap.
Satu lagi pondok Hj. Usop Sg. Bakap.
sekolah yang berlainan tetapi tujuan
yang satu MENCARI DAMAI ABADI.

alamalikut berkata...

Tak perlu gopoh... selesaikan dulu DUN Penanti.. ada PRK ker atau takde????..... kalau ada cuba cuba lah kasi kat PAS pulak.. nak tenguk gak setia kawan PKR ..asik2 setia kawan Lim gUan Eng jer.. apa kata Anuar???

alamalikut berkata...

Tak perlu gopoh... selesaikan DUN Penanti dulu.. Ada atau tak PRK??...kalau ada, cuba cuba kasi kat PAS pulak ..saja nak tenguk setia kawan PKR asik2 setiakawan Lim Guan Eng jer.. amacam??

Tanpa Nama berkata...

tak kesah sapa janji jujur adil saksama & jangan zalim pada muslim

Tanpa Nama berkata...

Kuota TKM 1 P. Pinang untuk ADUN PKR sahaja ker? Macam mana plak ngan kuota ADUN PAS?

Harap DSAI dan LGE pertimbangkan hal ini.