26 April 2009

Sidang DUN Perak tetap diadakan 7 Mei ?

Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.

Beliau berkata persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun pertikaian mengenai tarikh oleh Speaker V. Sivakumar masih berlarutan.

Zambry menganggap masalah mengenai tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah isu remeh yang menurutnya menunjukkan kononnya Pakatan Rakyat tidak matang berpolitik.

"Jangan bersikap seperti anak kecil dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai...apa yang diperkatakan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi adalah tidak betul kerana di bahagian BN terdapat tambahan tiga kerusi Bebas," katanya seolah tidak menyedari BN mendapat "barang curi" dengan cara tidak bermaruah di Perak .

Zambry mendakwa kedudukan berkenaan adalah serupa semasa Pakatan Rakyat memerintah dengan jumlah 31 kerusi tetapi pada kali ini jumlah majoriti berkenaan dimiliki BN. Namun realiti dari keadaan sebenarnya jauh berbeza kerana Pakatan Rakyat mendapat majoriti setelah mendapat mandat Rakyat tetapi BN merampasnya dalam satu kudeta dan sekaligus menafikan mandat rakyat tersebut.


6 ulasan:

pemimpinrakyat berkata...

tumpang laluan.....cuba lihat blog:

http://www.pemimpinrakyat.blogspot.com

anakjatiperak berkata...

aku pun mula pening la ni.Apakah jika sivakumar dan pakatan rakyat kalau tak datang DUN,BN boleh bersidang guna Timb Speaker (Lompat)?Tolong bagi idea sikit.

Unknown berkata...

Dear All,

this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in all BLOGS and place in this world. Thank you.

"The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

abdullahngah berkata...

Perak mempunyai dua orang menteri besar bagaimana boleh diadakan sidang dewan undangan negeri pada 7 mei ini.

Mungkin dua orang menteri besar itu akan berebut rebut kerusi menteri besar macam kanak main rebut kerusi.

Sudah barang tentu yang pantas dan cepat akan mendapati kerusi yang dikhaskan kepada menteri besar.

saya bimbang akan terpahat sejarah paling anih bahawa sidang DUn perak macam main main dalam dewan yang mulia.

Apa pula kata speaker dan Sultan yang akan merasmikan sidang itu nanti.

komentarkini.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

apa punya orang la zamri ni...
bodoh dan cuba perbodohkan rakyat
kedudukan kerusi skrg ni PR 28 BN 28
yg 3 lagi tu kenapa tak masuk BN?
takut dimakan sumpah ke?

3 org tu dah khianat pada rakyat
mereka akan menyesal seumur hidup
menjual amanah rakyat
hanya kerana sedikit habuan dunia
kalau gentleman tunggu 4 tahun lagi
kita jumpa diprk 13

Dan berkata...

Bagi saya, Pakatan Rakyat masih kerajaan sah di Negeri saya yang tercinta Perak!

dan Nizar merupakan MB Perak saya yang sah!

Kembalikan Hak Rakyat! Bubarkan DUN Perak!


ini suara anak PERAK.


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/